Episod 33 - 23 Januari, 1947

46 8 0
                                    

Suhu di seluruh Britain jatuh ke tahap paling sejuk dalam sejarah moden. Di Elmstone, Kent, suhu jatuh ke parah paling rendah iaitu -21°C. Di London, salji begitu tinggi sehingga sukar untuk kenderaan berjalan.

Musim sejuk bermula dengan dua tempoh cuaca sejuk pada Disember 1946 dan Januari 1947, tetapi tempoh paling sejuk tidak bermula sehingga 21 Januari 1947.

Punca utama cuaca sejuk adalah antisiklon yang terletak di atas Scandinavia dari 20 Januari.

Kawasan bertekanan tinggi ini menyekat perkembangan lekukan merentasi Lautan Atlantik dan memaksanya ke selatan United Kingdom, mengakibatkan angin kencang timur yang membawa salji ke timur dan tenggara England sebelum merentasi seluruh negara.

Isles of Scilly berada di bawah salji setinggi 7 inci (0.18 m) dan suhu semalaman di Writtle, Essex, ialah -20 °C (−4 °F). Sepanjang Januari suhu tertinggi yang direkodkan di England dan Wales ialah 14 °C (57 °F) dan minimum ialah -21 °C (-6 °F).

Bekalan elektrik terputus di sana sini, sehingga hanya menggunakan lilin sahaja.

Dan di hospital, Laila jadi begitu sibuk kerana ramai yang jatuh sakit. Dia sendiri pun sudah pakai tiga lapis jaket, namun keadaan masih lagi sejuk. Badannya rasa macam nak demam, namun dia terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan pesakit walaupun dia sendiri pun sakit.

Tanaman pun banyak yang tak jadi, menyebabkan makanan banyak yang kena catu. Akibatnya, rakyat Britain mula marah dengan kerajaan Parti Buruh pimpinan Clement Attlee.

Bekalan tenaga pula bermasalah sejak kerajaan Parti Buruh memiliknegarakan semua syarikat-syarikat tenaga.

Kesan musim sejuk yang sejuk diburukkan lagi dengan masalah dalam sektor tenaga yang menyebabkan bekalan arang batu menjadi rendah.

Industri arang batu dan elektrik telah dinasionalisasikan baru-baru ini oleh kerajaan Clement Attlee dan diletakkan di bawah kawalan Menteri Bahan Api dan Tenaga, Manny Shinwell.

Shinwell menyelia usaha untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi terdapat kebimbangan bahawa bekalan arang batu tidak mencukupi.

Pada permulaan musim sejuk, simpanan arang batu mengandungi arang batu yang cukup untuk bertahan selama empat minggu sahaja, berbanding bekalan biasa sepuluh hingga dua belas minggu yang wujud sebelum perang.

Walau bagaimanapun, Shinwell membiarkan dirinya diberi harapan palsu oleh laporan produktiviti yang terlalu optimistik daripada Kesatuan Pekerja Lombong Kebangsaan (NUM).

Laporan ini gagal diterjemahkan ke dalam pengeluaran sebenar kerana kerajaan bimbang untuk mengambil NUM, yang kadar ketidakhadiran ahlinya adalah 2.5 kali ganda daripada tempoh sebelum perang.

Musim sejuk memberi kesan yang teruk kepada industri British, menyebabkan kehilangan kira-kira 10% daripada pengeluaran perindustrian tahun itu, 10 hingga 20% tanaman bijirin dan kentang, dan satu perempat daripada stok biri-biri. Parti Buruh yang memerintah mula kehilangan popularitinya.

--

Laila

Tak ada lah seronok mana duduk kat London ni. Sana sini penuh dengan salji, jalan raya jadi licin, kemudian sejuk sangat sampai kesian tengok ada ramai orang-orang tua dan kanak-kanak yang sakit.

Makanan pula asyik kena catu, lepas tu selalu terputus api, terpaksa kami semua buat kerja guna lilin.

Bayangkan, ada empayar yang besar macam Britain pun, rakyat biasa masih ramai yang hidup miskin dan menderita dalam musim sejuk.

Aku nak beritahu Abang Yahya yang aku mahu balik ke Gelanggayu.

--

"Laila, cuba jangan perangai macam budak-budak? Awak kan tengah belajar lagi. Takkan dah nak balik?" tanya Yahya kepada Laila.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now