Episod 50 - 1 Januari, 1954

41 7 0
                                    

Tan Sri Kolonel Yahya bin Atan mengangkat sumpah sebagai Duta Gelanggayu ke Amerika Syarikat hari ini, serta menyerahkan watikah dari Sultan Jaafar kepada Presiden Dwight Eisenhower.

Dalam masa sama Presiden Eisenhower mengatakan komitmen Washington terhadap memerangi komunis di Gelanggayu akan menjadi lebih kuat dengan adanya Yahya sebagai duta.

Keadaan makin genting di Dai Viet, dengan Perancis kini semakin melemah di sana. Kerajaan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada Perancis di Dai Viet sebanyak $400 juta untuk memerangi komunis di sana, dengan bantuan datang dari Gelanggayu.

Yahya memberitahu Eisenhower bahawa fasiliti untuk tentera Amerika Syarikat yang dibina pada Perang Goryeo boleh digunakan Washington untuk memerangi komunis di Asia Tenggara.

Yahya juga berkata kepada Eisenhower bahawa komunis ini adalah seperti domino - jika Dai Viet jatuh ke tangan komunis, maka setiap negara-negara Asia Tenggara akan terdedah dengan komunis. Yahya juga berkata parti komunis ketiga terbesar di dunia ialah di Majapahit, maka Gelanggayu menyedari ini adalah ancaman yang paling besar yang perlu ditangani oleh Washington.

--

Yahya

Walaupun Perancis yang dapat duit $400 juta tu, tapi duit tu disalurkan melalui Wijayapura, dan perkara itu membuatkan Paris call pejabat aku. Bakal Presiden Rene Coty menghubungi pejabat aku dan berkata sebarang usaha tentang perang di Indokwantong harus melalui Paris, bukannya Wijayapura.

Bagi pihak Gelanggayu, aku cuma berkata bahawa bantuan tu disalurkan ke kami dahulu, kerana di sini dah ada fasiliti untuk tentera Amerika Syarikat, jadi ia lebih mudah untuk menyalurkan bantuan.

Aku rasa Perancis ni bengkek sebab Amerika Syarikat macam melihat Gelanggayu ni macam sama taraf dengan mereka. Perancis ni kan ada perangai sombong mereka sebagai imperialis.

Dulu Revolusi Perancis pun keluarga Wan Demang yang tolong, lagi banyak sembang.

Aku kemudiannya menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Rizal Samad, untuk luluskan projek pembinaan lebuhraya Wijayapura-Lingga agar mudah untuk menghantar bantuan ke sempadan Gelanggayu-Dai Viet dalam Perang Indokwantong yang dah berlanjutan lapan tahun ini.

--

Bercakap tentang lebuhraya, Presiden Eisenhower ada bercakap dengan aku tentang kekaguman beliau terhadap kejuruteraan Jerman semasa dia memimpin tentera Berikat menewaskan Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau bercakap tentang projek Autobahn yang dibina oleh Adolf, di mana lebuhraya menghubungkan semua bandar-bandar utama di Jerman, dan kalau Amerika Syarikat nak melaksanakan projek yang sama, memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 40 tahun memandangkan Amerika adalah sebuah negara yang besar.

Untuk Gelanggayu pula, pada aku masalah utama ialah Melaut dan Lamas yang dipenuhi dengan pemberontak. Kalau tak, tak perlu nak naik kapal yang memakan masa sampai 10 hari untuk sampai ke Wijayapura.

Tapi tak apa, mulakan dari Wijayapura ke Lingga dulu, memandangkan itu lebih mudah, dan kebetulan Amerika Syarikat nak menghapuskan komunis dari merebak ke Gelanggayu, jadi perlu projek pembangunan macam lebuhraya ni untuk membendung kemaraan komunis dari Dai Viet.

--

"Dari Wijayapura nak ke Lingga tu dah nak dekat 700 kilometer! Entah-entah sepuluh tahun baru siap," kata Faridah apabila mendengar berita pengumuman projek lebuhraya itu di radio.

Dalam pada tu, Faridah teruja juga, sebab dia nak beli tanah di kawasan yang masih lagi murah seperti tanah ladang atau tanah kampung berhampiran kawasan lebuhraya itu, supaya apabila siap sahaja lebuhraya itu nanti, dia boleh menjana ekonomi di kawasan yang sudah dimilikinya.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now