Sejak 8 Februari, dengan bantuan logistik dari tentera Amerika Syarikat, tentera Dai Viet Selatan telah cuba untuk menakluk Laos, selepas berjaya menakluk sebahagian daripada timur Khmer.
Tetapi tidak seperti di kawasan Khmer yang banyak kawasan tanah rata, terutamanya di kawasan Lembah Sungai Mekong, di Laos keadaannya berbeza.
Hutan yang tebal, permukaan muka bumi yang bergunung-ganang, serta keadaan yang menyebabkan ramai para tentera Dai Viet Selatan dijangkiti malaria.
Di Khmer, apabila tentera Amerika Syarikat dan Dai Viet Selatan menyerang timur negara itu, kawasan yang dilalui mempunyai pengangkutan jalan raya yang memudahkan tentera Dai Viet Selatan menyeberang sempadan Khmer dengan mudah. Di Laos, jangankan jalan raya, jalan balak pun tak ada. Yang ada cuma jalan tikus yang dibuat oleh Viet Cong dan tentera Dai Viet Utara dari Hanoi ke Kuala Melaut melalui Lamas dan Khmer sebelum ke Laos dan Dai Viet Utara.
Operasi Lam Son 719 adalah operasi pertama yang dilakukan oleh Dai Viet Selatan tanpa Amerika Syarikat sejak Sherman Cooper dan Frank Church, Senator bipartisan meluluskan Foreign Military Sales Act 1971. Tentera Amerika Syarikat cuma membantu di dalam kawasan Dai Viet Selatan sahaja.
Operasi ini telah gagal, dan menyebabkan tentera Dai Viet Selatan berpatah balik dari Laos dengan kegagalan.
--
26 Mac, 1971
Dua minggu yang lalu, di Pakistan Timur, pemimpin kemerdekaan Bengal, Sheikh Mujibur Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan sebuah negara yang bernama Bangladesh.
Maka Presiden Pakistan Jeneral Yahya Khan telah mengarahkan tentera Pakistan menyerang Pakistan Timur menerusi Operation Searchlight.
Lebih 400,000 wanita di Bangladesh telah dirogol oleh tentera Pakistan, sementara lebih 3 juta orang dibunuh, dengan senjata-senjata yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat dengan bantuan Henry Kissinger dan dengan wang dari Yahya.
--
Tragedi malang di Bangladesh membuatkan Mamat menitiskan air mata, dan rasa sedih kerana sesama Islam berperang dengan dilagakan oleh seorang Yahudi bernama Henry Kissinger, dan seorang murtad bernama Jeneral Tun Yahya.
Masa dia baca surat khabar dan membaca tentang kejadian di Dhaka itu, tangannya menggeletar apabila mengetahui perkara itu.
Pedagang Melaut sering berdagang dengan orang Bengali, memandangkan kedudukan geografi Melaut yang berada bersebelahan Teluk Benggala.
Kebanyakan mangsa yang dibunuh dan dirogol ialah orang yang menganut agama Hindu di Bangladesh, selain dari komunis, aktivis pelajar, ahli kesatuan sekerja dan mereka yang melawan tentera Pakistan.
Golongan cendekiawan, tokoh pemikir, pensyarah dan para guru dibunuh oleh tentera Pakistan, dan tentera Pakistan mengeluarkan arahan melarang penggunaan bahasa Bengal di Pakistan Timur.
Lebih 30 juta hilang tempat tinggal.
Melihat kejadian itu, Mamat menghantar faks kepada Vyacheslav dengan gambar peta Pakistan Timur dengan lukisan seperti berdarah.
Vyacheslav faham yang Mamat mahu Soviet campur tangan. Tetapi bagi Soviet, mereka ada perjanjian dengan Bharat dengan tidak campur tangan di rantau di mana Bharat adalah kuasa yang paling besar.
Pakistan menghantar 91,000 orang tentera, 280,000 paramilitari, dan 25,000 militia. Melalui Bharat, Soviet membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak Mukti Bahini yang diketuai Jeneral M.A.G Osmani.
Dengan ini Soviet membantu pemberontak Bengal, sementara Amerika Syarikat menyokong Pakistan.
--
17 April, 1971
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.