Acara mengangkat sumpah Presiden Ronald Reagan untuk penggal kedua berlangsung pada hari ini di US Capitol, Washington DC.
Azlan, bersama-sama dengan Yahya dan Tengku Ariffin dan Tengku Aminah, dijemput oleh Presiden Reagan sebagai dif terhormat luar negara.
Reagan menang besar dalam pilihanraya tahun 1984, menewaskan lawannya dari Parti Demokrat, Walter Mondale. Reagan menang 49 daripada 50 negeri di Amerika Syarikat. Kecuali Minnesota, iaitu negeri kelahiran Mondale, yang lain semuanya ditapau habis oleh Reagan.
Ini kerana, agensi pengiklanan di Amerika Syarikat semakin hebat dan berpengaruh. Iklan kempen pilihanraya "Morning In America", adalah kempen politik paling berjaya yang dapat mempengaruhi rakyat Amerika Syarikat tidak mengira bangsa, kelas masyarakat, warna kulit dan agama, kerana Reagan memberi harapan, bahawa ekonomi Amerika Syarikat kini dalam proses pemulihan, selepas krisis tenaga tahun 70an yang menyebabkan inflasi dua digit di Amerika Syarikat pada era sebelum Reagan jadi Presiden.
Zaman Presiden Jimmy Carter, sebelum Reagan, semuanya bermasalah. Baik ekonomi, baik polisi luar, kes jenayah meningkat. Dalam masa empat tahun, Reagan berjaya mengurangkan inflasi, dilihat 'garang' berdepan dengan Soviet Union yang semakin lemah, dan masih bergelut dengan perang di Afghanistan.
'Are you better off today than four years ago?' adalah soalan retorik dalam kempen Reagan, yang berjaya menangkap imaginasi ramai rakyat Amerika, sehingga beliau menang pilihanraya paling besar dalam sejarah sejak Perang Dunia Kedua tamat.
1972 Nixon juga besar, 1968 Johnson juga besar dari segi undi elektoral, tetapi Reagan 1984 dari segi undi popular, yang paling besar. Reagan berjaya menyatukan rakyat Amerika Syarikat.
Bagi Azlan, kebijaksanaan retorik Reagan ini ialah tentang bagaimana nak jadi konservatif tetapi boleh menarik pengundi urban yang selalunya liberal.
Azlan dalam laporannya tentang pilihanraya Amerika Syarikat dan kempen Ronald Reagan '84, menulis bahawa salah satu kejayaan utama Reagan ialah menyakinkan kepada rakyat Amerika yang beliau sedang menyelesaikan masalah.
Ekonomi yang teruk akibat krisis harga minyak? Dia benarkan tanah rizab persekutuan Amerika untuk syarikat-syarikat minyak mencari minyak di kawasan itu. Kalau sebelum ni, terdapat banyak karenah birokrasi untuk syarikat-syarikat mendapatkan projek di tanah rizab persekutuan Amerika. Sekarang, syarikat boleh masuk ke tanah rizab dan mencari petroleum dengan mudah.
Perang Dingin yang menakutkan rakyat Amerika tentang perang nuklear? Dia lancarkan program 'Star Wars' dengan meningkatkan perbelanjaan pertahanan, menyebabkan Soviet Union gagal untuk menyainginya. Ditambah dengan hutang kerajaan Soviet Union kepada Faridah yang semakin meningkat, serta sekatan bekalan gandum benar-benar membuatkan ekonomi di blok komunis semakin merudum.
Pemberontakan sedang membuak-buak di wilayah-wilayah luar Rusia, begitu juga demonstrasi tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan parti komunis di negara-negara Eropah Timur.
Lagu 99 Luftballons benar-benar mempengaruhi pemikiran remaja Jerman Timur, yang lahir dalam generasi muda yang tidak melihat sendiri era sebelum Perang Dunia Kedua zaman Adolf.
Mereka melihat tidak penting lagi kehadiran tentera Soviet di bumi Jerman, dan mahu bergabung dengan saudara mereka di sebelah barat. Ternyata sekali kerja-kerja CIA di Eropah Timur semakin rancak dirancang oleh Vyacheslav dengan bantuan isterinya, Agnieszka.
Agnieszka menyebarkan risalah kepada semua rakyat Poland untuk menyokong gerakan Solidarnosc, iaitu gerakan yang mahu bebas dari komunisme serta menghalau tentera Soviet dari bumi Poland.
Kalau sebelum ini, orang Poland, Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, dan Jerman Timur tidak berani melawan rejim komunis di negara mereka kerana adanya tentera Soviet di tanah mereka, tetapi disebabkan tentera Soviet bergelut dengan pejuang Mujahideen di Afghanistan, disebabkan ramai tentera di hantar ke Asia Tengah berbanding di Eropah Timur.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Tarihi KurguMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.