Episod 186 - 9 Julai, 1988

33 5 0
                                    

Izham menang pilihanraya kecil Tanjung Emas menewaskan Rashid Jaafar dari Parti Jujur, dengan majoriti undi 7,976.

Ketika tangan Izham dijulang oleh Datuk Rahizan selaku wakil dari Parti Persekutuan, Datuk Rahizan berbisik kepada Izham;

“Kau jangan nak berlagak sangat bila kau menang ni, Iz. Daripada 35,000 majoriti, turun ke 8,000 je. Pengaruh orang kau semakin melemah.”

“Datuk jangan ingat kami tak tau siapa punya kerja ni.”

“Kalau kau tau siapa yang bunuh Imad, kau pasti terkejut.”
“Jangan nak psiko saya la, Datuk.”
“Tak percaya, sudah.”

Kamera berkerlipan dari pihak akhbar semua mahu menemuramah Izham, ahli parlimen Tanjung Emas yang baru. Sebagai ahli parlimen di kawasan zon segi tiga emas Wijayapura, sudah pastinya kerusi ini kerusi yang paling direbut kerana kerusi ini antara kerusi yang paling kaya.

--

Pagi Ahad, Pengetua membaca akhbar dalam kereta bersama Azlan, kemudian dia ketawa.

“Tok Aki, still has his masterclass touch. Nampaknya pilihanraya akan datang, orang-orang Datuk Rahizan pula yang akan menguasai Kabinet.”

“Kenapa pula, Pengetua? Kan Izham menang semalam? Dan apa kaitan keputusan PRK ni dengan Tok Aki?”
“Menang, tapi jatuh teruk. Silap-silap tak sampai sepenggal Izham pegang ni. Pilihanraya lepas ni, Datuk Rahizan akan pilih orang lain. Dan tentang Tok Aki, ini adalah pelan aku dan dia untuk stabilkan keadaan.”
“Stabilkan keadaan? “
“Hakikatnya pertarungan ini antara orang yang mahu ramalan Sayyid Muluk jadi kenyataan, dengan orang yang tak mahu ia jadi kenyataan. Bila kau dah besar nanti kau akan faham kenapa aku bawa kau ke mari.”

Selepas kemenangan Izham, Azlan membayar semua stafnya termasuk dengan bonus kemenangan yang dijanjikan. Pada awalnya janji dapat 280 ringgit sahaja, tapi Azlan tambah dengan wangnya sendiri untuk semua orang dapat 700 ringgit.

Orang macam Kecik dan Fazrul yang di bahagian manegerial, dapatlah 1,000 ringgit seorang.

Joni dan Lias pun seronoklah dapat wang yang banyak dari kerja dengan Azlan, dan mereka mahu terus bekerja dengan Azlan. Pun begitu, Azlan berkata kepada Joni dan Lias, kerja ini pun nasib-nasib sahaja, dan buat masa sekarang masih belum ada kerja yang sesuai.

Tetapi Kecik memujuk Azlan untuk mengambil dua orang ini bekerja dengannya, kerana kehebatan mereka berlawan. Maka Joni dan Lias pun, walaupun mereka bukannya anak yatim, tetapi mereka pun mahu tinggal di rumah wakaf dan bekerja dengan Kecik yang bekerja di sebuah bengkel motorsikal di kawasan pelabuhan.

--

Azlan dan Hanis berdua pergi hiking di sebuah kawasan hutan berhampiran Air Terjun Chemohong, di Ketil.

"Kaki awak okay ke tu? Kan hari tu kata cedera?" tanya Hanis.
"Dah lama dah luka tu. Boleh dah jalan ni," kata Azlan.

Azlan dan Hanis rasa seronok kerana dapat hiking bersama. Dua-dua pun berkongsi perasaan yang sama kerana berkongsi minat yang sama. Hanis suka aktiviti lasak seperti hiking, Azlan suka memancing di kawasan ulu-ulu jeram seperti kawasan ini.

Bab memasang khemah, Hanis tahu pasang khemah, kerana dia merupakan bekas ahli Girl Guide ketika belajar di Temasik. Azlan juga merupakan seorang pengakap ketika di Temasik, menjadi ahli Tzofim, iaitu persatuan pengakap di Israel ketika di Har Hatzofim, masuk British Boys Scout ketika di Abingdon, dan masuk Pengakap ketika di Gelanggayu.

Jiwanya memang selamanya jiwa pengakap.

Selepas kedua-duanya memasang khemah, Hanis mengumpul daun kering dan kayu-kayu, sementara Azlan menggunakan skil batu api untuk menyalakan api.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now