Sultan Jaafar ibni Almarhum Sultan Amiruddin al-Daulah, Sultan Gelanggayu telah mangkat selepas 12 tahun terlantar di hospital di London. Berita tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali siaran langsung di semua saluran televisyen RTG sebentar tadi.
Dengan mangkatnya Almarhum Sultan Jaafar, Pemangku Raja, Tengku Aminul Rasyid bakal ditabalkan sebagai Sultan Gelanggayu, dengan Tengku Norman ibni Tengku Aminul Rasyid akan diangkat menjadi Tengku Mahkota Gelanggayu yang baru.
--
Dalam struktur politik Gelanggayu, baik keluarga al-Daulah mahupun keluarga Tengku Ishak, walaupun kedudukan Sultan adalah kedudukan yang paling tertinggi, namun kuasa yang sebenar terletak di tangan Tengku Mahkota, kecuali jika Tengku Mahkota itu masih di bawah umur.
Ini kerana walaupun Sultan yang memberi kata akhir persetujuan, namun Tengku Mahkota yang banyak menguruskan pengurusan pentadbiran terutamanya isu keselamatan, kewangan dan pertahanan.
Sayap Kuning yang dipimpin oleh Datuk Temenggung dari keturunan Wan Demang juga melaporkan laporan kepada Tengku Mahkota.
Di Gelanggayu, Bendahara atau Perdana Menteri hanyalah orang yang menguruskan pentadbiran dan bukannya seseorang yang berkuasa.
Maka dalam kedudukan sekarang, semua kuasa kini berada di dalam tangan Tengku Norman. Maka kematian Almarhum Sultan Jaafar menamatkan dominasi Jeneral Tun Yahya, yang berkuasa dengan menunggang Tengku Aminul Rasyid, kini apabila Tengku Aminul Rasyid menjadi Sultan, nampaknya pengaruh Yahya semakin berkurangan.
Yahya sedar yang kini Tengku Norman semakin berkuasa, jadi dia memikirkan strategi untuk memecahbelahkan keluarga al-Daulah.
Dia tahu, Tengku Ariffin sayangkan Azlan macam anaknya sendiri. Dia juga tahu yang Tengku Ariffin mahu kahwinkan Azlan dengan Tengku Aminah, sekaligus menamatkan perang saudara antara keluarga al-Daulah dengan keluarga Tengku Ishak.
Pada majlis istiadat pemakaman Almarhum Sultan Jaafar, Jeneral Yahya hadir bersama-sama dengan Azlan dan Faridah.
Tengku Norman dah tahu peranan Faridah, sebab dari awal lagi pun, masa arwah Mamat masih hidup, dia dah beritahu yang Faridah akan main dua kolam. Dan Tengku Norman tahu yang Faridah mahu menggunakan Yahya untuk menarik pelabur-pelabur Amerika Syarikat ke Kwantong.
Tengku Norman juga tahu yang dia kena berpura-pura bergaduh dengan Tengku Ariffin, untuk mempedayakan Yahya dalam permainan politik yang semakin kompleks ini.
--
Istiadat pemasyuran Tengku Aminul Rasyid sebagai Sultan Gelanggayu berlangsung sehari selepas upacara pemakaman Almarhum Sultan Jaafar.
Maka tiga orang puteranya, iaitu Tengku Norman, Tengku Ariffin dan Tengku Razak menyampaikan sembah ba'iah, diikuti oleh Datuk Temenggung, Wan Hamid dan timbalannya, Wan Radzi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali dan kabinetnya pun turut menyampaikan sembah ba'iah ke atas Tengku Aminul Rasyid.
Jeneral Yahya selaku jeneral tentera turut menyampaikan sembah ba'iahnya, tetapi semua orang pun tahu, bahawa Jeneral Yahya yang mengawal Sultan Aminul Rasyid.
Upacara pemasyuran dan upacara pertabalan adalah perkara yang berbeza, di mana pemasyuran ialah upacara pengumuman yang Gelanggayu sudah mempunyai seorang Sultan yang baru, sementara upacara pertabalan ialah upacara merasmikan kedudukannya sebagai seorang Sultan.
--
Yahya
Walaupun AR dah jadi Sultan, dan banyak kuasa aku telah berkurangan, tetapi aku masih mempunyai pengaruh, terutamanya final decision negara ini.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.