Rusuhan dan pergaduhan antara agama antara penganut Katolik dan penganut Buddha yang bermula sejak Mac, kini dah merebak ke dalam tentera Dai Viet Selatan.
Tentera udara Dai Viet Selatan, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Nguyen Cao Ky berperang dengan tentera darat Dai Viet Selatan yang diketuai oleh Nguyen Chanh Thi.
Kedua Nguyen ini saling bersaing merebut kuasa di Dai Viet Selatan, dan apabila Cao Ky yang merupakan Perdana Menteri memecat Chanh Thi, seorang pegawai tentera, maka berlakulah kebangkitan dan kemarahan penyokong Chanh Thi.
Jeneral William Westmoreland jadi pening kepala dan minta Yahya untuk selesaikan isu antara dua Nguyen ni.
--
Yahya
Inilah masalah Nguyen ni, masa macam Wan, sama macam Tengku kat Gelanggayu ni, sama dengan Raden kat Majapahit. Semuanya ada masalah feudalisme yang menebal.
Lagi pulak, Chanh Thi memang pegang ramai anggota tentera yang menyokong dia, jadi operasi tentera untuk lawan Viet Cong pun tergendala.
Ini menyebabkan berlakunya kesukaran dalam operasi tentera Amerika Syarikat dan Dai Viet Selatan di Xa Cam My, di mana 36 orang tentera Amerika Syarikat terbunuh dan 71 orang cedera.
Dah masuk 12 tahun sejak zaman Eisenhower lagi aku dah involve dalam Perang Dai Viet, tak pernah sekali pun orang Dai Viet ni tak menyusahkan aku. Dulu si Ngo Dinh Diem yang bongok tu asyik menyusahkan aku, sekarang ni dua Nguyen ni pulak.
Jadi aku request kepada White House untuk tambah lagi bajet dan senjata untuk menstabilkan keadaan di Dai Viet.
--
15 Mei, 1966
Kerajaan Majapahit mahu berdamai secara rasmi dengan kerajaan Gelanggayu, dan menamatkan Konfrantasi. Menteri Luar Majapahit, Adam Malik datang ke Wijayapura dan bertemu dengan rakan sejawatnya, Datuk Syed Alwi di Wisma Kembara.
Wijayapura minta kerajaan Majapahit bayar ganti rugi terutamanya kepada anggota tentera Gelanggayu yang terkorban, serta menjual beberapa syarikat milik kerajaan Majapahit kepada Gelanggayu.
Pada 28 Mei, kerajaan Majapahit umum bahawa Konfrantasi telah tamat, dan berdamai dengan kerajaan Gelanggayu. Pada 31 Mei pula, kerajaan Arroyo pula menyambung semula hubungan diplomatik dengan Gelanggayu.
Dengan kejayaan Jeneral Tun Yahya menundukkan Soekarjo di Majapahit, dan menaikkan Marcos di Arroyo, Pemangku Raja, Tengku Aminul Rasyid menganugerahkan Yahya sebagai jeneral lima bintang.
Tengku Aminul Rasyid juga menarik balik jawatan Tan Sri dari Wan Husin, menambahkan kemarahan Wan Husin kepada Yahya.
--
1 Jun, 1966
Sekumpulan perusuh yang beragama Buddha bertindak membakar Konsulat Amerika Syarikat di bandar kedua terbesar di Dai Viet Selatan, Hue.
Mereka ini terdiri dari penyokong Nguyen Chanh Thi yang memberontak menentang Perdana Menteri, Nguyen Cao Ky. Pergaduhan antara mereka yang beragama Buddha dan Katolik menyebabkan kenderaan tentera Dai Viet Selatan di berek-berek semuanya dibakar perusuh.
Di Amerika Syarikat, lebih 400,000 pelajar universiti dan kolej bertindak ponteng kelas dan membantah penglibatan kerajaan Amerika Syarikat dalam perang Dai Viet.
Benar seperti apa yang dijangka oleh Mamat, bahawa kerajaan Lyndon Johnson akan berada dalam keadaan huru-hara. Operasi tentera di Dai Viet Selatan banyak yang gagal, rusuhan kaum makin kerap berlaku, dan tunjuk perasaan pelajar universiti membuatkan Johnson dalam keadaan tertekan.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.