Hurikan Diane melanda pantai timur Amerika Syarikat, termasuklah ibu negara Washington DC. Ribut berkelajuan 100 batu per jam melanda kawasan ini, menyebabkan banyak pokok yang tercabut.
Dari tingkap, Mamat dan Aminah ketakutan melihat keadaan ribut yang begitu kencang itu. Bekalan elektrik terputus, menyebabkan semua orang hanya menggunakan lilin sebagai cahaya untuk bergerak di dalam kegelapan.
Tengku AR, Tengku Khalidah, Tengku Norman, Tengku Ariffin dan Tengku Razak semuanya berlari ke rumah Mamat, sebab mereka tak tahu apa yang perlu dibuat apabila berdepan dengan krisis sebegini.
"Yahya ada kat rumah tak?" tanya Tengku AR.
"Dia pergi mesyuarat kat London."
"Alamak, macam mana ni..." kata Tengku AR.
"Tengku jangan takut, duduk kat sini dulu. Jangan pergi mana-mana. Dekat basement rumah kami ada bekalan makanan," kata Mamat."Korang simpan makanan kat basement? Tak takut ke?" tanya Tengku Norman.
"Apa nak takutnya, Tengku Norm. Kalau ribut ni teruk sangat, boleh tercabut bumbung ni, nanti banjir. Baik masuk ke dalam basement. Cuma kalau dah tutup tu, kena tunggu air surut dululah baru boleh bukak," kata Mamat.
"Kalau air tak surut? Kita semua kena timbus laaaa!" kata Tengku AR dalam keadaan panik.
"Tenang, Tengku Mahkota. Jangan panik. Patik tahu apa yang perlu dibuat," kata Mamat sambil capai lampu suluh membawa mereka semua ke basement.Semua orang kecuali Mamat masuk ke basement. Mamat perlu berada di atas untuk memantau keadaan semasa. Dalam usia 11 tahun, dia sendiri yang memaku papan-papan ke dinding agar tidak masuk air jika berlakunya banjir.
Sebelum naik air, baik dia buat kerja dulu. Lagipun bukannya Melaut tak pernah kena ribut dan banjir pun. Dia dah biasa nampak orang-orang di Teluk Tenang membuat persiapan banjir dan dia tahu apa yang perlu dibuat.
Tak ada Yahya kat rumah pun, Mamat boleh buat kerja seorang diri, mempertahankan rumah dari dinaiki air.
Kawasan Alexandria digenangi air, tetapi disebabkan kawasan rumah Mamat ni agak tinggi berbanding kawasan yang lain, maka tak kena air. Air naik pun paras bawah buku lali.
Selepas ribut beransur reda, Mamat rasa lega yang rumah dalam keadaan selamat. Bagaimanapun dia tergerak hati untuk ke 11th Street untuk membantu kawan-kawannya di sana.
Sampai di sana, air banjir dah sampai ke paras lutut. Mamat datang dan cuba membantu Elijah, Saleem dan Booker di rumah mereka.
Sementara nak menunggu air banjir surut, Saleem, Elijah dan Booker sedang menghisap ganja sebab tak ada apa lagi yang perlu dibuat kecuali menunggu air surut.
"What is that?" tanya Mamat.
"It's a herb that give us happiness," kata Elijah, kemudian menghulurkan joint tersebut kepada Mamat.Mamat hisap, kemudiannya terbatuk.
"First time? Hahaha!" kata Saleem.
Kepala Mamat seperti berpinar. Kemudian dia ketawa seorang diri, membuatkan semua orang ketawa. Mamat capai gitar, dan kemudiannya menyanyi dan bermain mengikut irama blues.
In the muddy river, I play some blues
Some says jazz, some says soul but I said I play some blues
As the water rises, I keep myself high
In the muddy river, I play some bluesElijah mengeluarkan harmonikanya, dan meniup mengikut rentak dan irama. Orang yang sedang berduka turut terhibur.
In the muddy river, I play some blues
I want to play rock and roll, but now I play some blues
As the water rises, I pray to God
In the muddy river, God I wish for some blues...Semua orang bertepuk tangan mengikut rentak, tidak kira tua atau muda.
In the muddy river, I play some blues
Some says doowop, some says swing, but I play some blues
As the water rises, I'm right here for all of you
Yeaahhh in the muddy river, I play some blues!
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.