Episod 75 - 24 Februari, 1963

45 8 0
                                    

Faridah dan Mamat menaiki kereta api dari Liverpool ke London, dan menuju ke Gelanggayu Hall, iaitu tempat pelajar-pelajar dari Gelanggayu untuk makan makanan Gelanggayu, dan terutamanya pada hari raya Aidilfitri.

"Mat, aku dah lama tak makan ketupat dengan rendang!" kata Faridah yang seronok tak sabar nak sampai ke London.

Mamat diam sahaja, dia pandang ke cermin luar memandang pemandangan.

"Mat, kenapa kau diam je?"
"Sejak 1952 saya tak dapat beraya dengan ibu dan ayah, abang Jamal, Osman..."

Mamat seperti mengeluh.

"Nanti kita raya la kat Melaut. Mat, kau bawa baju Melayu kau kan?"
"Bawa."
"Aku ada beli kamera baru tau. Nanti kita ambik la gambar raya kita berdua."
"Jangan awak hantar kat Mat Nor sudahlah."
"Eiiii memang tak la!"

Mamat tersenyum. Hilang sikit murung dia tiap kali dia usik Faridah tentang Mat Nor.

"Mesti seronok kan Aunty Laila beraya kat Melaut sekarang?"
"Ya, harapnya macam tu lah."

--

Faridah pergi ke saf perempuan, Mamat pergi ke saf lelaki, dan semuanya bertakbir menyambut Aidilfitri. Mereka pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Fazl, di Wimbeldon.

Matanya menitis air mata, mendepani perasaan rindu kepada Melaut. Rindu kepada keluarga, rindu kepada sanak saudara, angin laut di Teluk Tenang.

Mamat benar-benar menghayati maksud takbir itu, dan dia benar-benar rasa terkesan dalam hati. Dia sedar, dia sedang melawan Yahya, yang kini berada di puncak kuasa segala kejahatan.

Ayahnya Kassim merelakan pemergian Mamat dan berpisah dari keluarga kerana Kassim memegang falsafah Sun Tzu, "kita kena dekat dengan musuh ketat."

Bagi Mamat, Yahya bukan sahaja mengkhianati ayahnya, keluarganya dan Melaut, tetapi kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Dia bertekad dia akan melawan hingga akhir nyawanya, kecuali jika Yahya bertaubat dan insaf dari jalan yang dipilihnya.

Kerana itu, apabila dia menghayati maksud dalam takbir itu, dia menitiskan air mata.

--

"Kau ni, kenapa kau merah? Sikit-sikit menangis bila nak rindukan kampung halaman."
"Awak tak faham cara saya berpisah..."
"Aku fahamlah! Tapi, rileklah Mat. Happy la sikit. Hari ni kan hari raya. Senyum sikit. Ha, kan handsome tu!" kata Faridah.

Mamat senyum.

"Awak tiru saya," kata Mamat.

Faridah menjelirkan lidahnya.

"Gelanggayu Hall kena naik stesen ni. Berhenti kat stesen Marble Arch," kata Mamat, tunjuk ke arah stesen kereta api bawah tanah.

Faridah jadi macam pelik.

"Kau cakap kau tak pernah pergi London? Macam mana kau boleh tahu?"
"Kan masa kat stesen kereta api, ada peta kereta api kat situ."
"Kau boleh hafal dengan sekali imbas? Bapaklah!"
"Pakar saintis yang pernah kaji saya masa saya kecik dulu kata ini eidetic memory. Itu kelebihan saya, tapi kelemahan saya, kalau saya tak boleh tahan emosi saya, saya akan kena sawan. Macam awak nampak hari tu."

Faridah mengangguk-angguk. Kemudian dia korek handbag dia, dan capai kamera, dan ambik gambar Mamat secara candid.

"Eh, nak ambik gambar bagitau la dulu!"
"Ah, aku suka ambik gambar candid. Barulah original!"

Dalam stesen kereta api, Faridah dan Mamat perasan ada ramai orang dari sebelah Alam Melayu ni naik kereta api bawah tanah dan pakai baju Melayu.

"Dari Gelanggayu ke?"
"Ya, saya," kata Faridah.
"Gelanggayu dari mana?"
"Wijayapura."
"Samalah! Saya orang Dato' Sagor. Awak?"
"Langgak Golf."
"Nama saya Hasnah. Siapa lelaki sebelah awak tu?"
"Muhammad Niat."
"Dato' Muhammad Niat? Yang jadi juara chess Europe tu dulu ke?"

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now