Ali meminta tolong untuk tumpang rumah sebab malam tahun baru kerana dia telah menikam seorang ketua gangster dari Khmer yang merupakan seorang pelarian perang.
Semua sebab mereka berjudi, dan Ali kalah, menyebabkan dia marah bila dapat tahu yang gangster tu main tipu. Ali terus tikam gangster tu sampai cedera parah dan bergaduh dengan konco gangster tu. Ali cedera dalam pergaduhan itu dan mencari tempat yang selamat, dan dia memikirkan tempat Azlan yang paling selamat.
“Boleh, Li. Kau boleh tumpang rumah aku.”
“Aku bayar sewa, Alan.”Azlan pegang bahu Ali.
“Kau dah selamatkan nyawa aku dulu masa bergaduh dengan geng Harry Datuk Mubin. Aku terhutang nyawa dengan kau,” kata Azlan, merujuk kepada kes pergaduhan dengan Harry anak Datuk Mubin.
“Jangan macam ni, Alan.”
“Kita bukan je kawan, Li. Kita brotherhood. Bila kau susah, aku jadi resah. Bila kau senang, aku pun jadi riang.”Ali terus peluk Azlan dan menitiskan air mata.
“Cuma buat masa ni, aku tak nak kau kerap keluar. Bahaya, Ali. Kau nak makan, aku masak. Kau nak barang keperluan, aku beli. Tapi ada satu syarat.”
“Apa dia?”
“Strictly no alcohol and drugs.”Ali mengangguk setuju.
“Kalau kau nak mabuk, bukan kat rumah ni. Karang tak masuk malaikat dalam rumah ni. Aku nak kau kat rumah ni, sober. Faham?”
“Faham.”
“Kau dah cakap dengan Abang Az pasal ni?”
“Az tengah ikut family dia pergi Disneyland kat Los Angeles. Entah mende-mende macam budak kecik.”
“Ada la tu anak sedara ke apa. Sementara dia belum balik dari Amerika, kau duduk sini dulu. Bila dia balik?”
“Dua minggu lagi.”
“Ok, kau mandi dulu.”—
Ali sedang bergelumang menahan gian. Dia sudah merasa kesakitan apabila kesan dadahnya mula menghilang. Ali rasa amat tertekan dengan kesan dadah yang semakin berkurangan di dalam badannya.
“Li, kau ok tak?” Azlan pandang Ali yang sedang terguling-guling. Azlan sedang pakai baju Melayu, dengan sejadah, nak imamkan ibunya untuk solat Maghrib.
“Takpe, Lan. Kau sembahyang je dulu. Jangan pedulikan aku,” kata Ali dalam kesakitan.
“Kalau kau nak apa-apa, beritahu aku.”
Ali tak menghiraukan Azlan. Dia rasa sakit yang amat sangat. Seperti menuju ke sakratul maut.
Ali sudah tak tahan, dia menjerit sekuat hati.
Jeritan kuat Ali tu mengejutkan masa Azlan sedang baca tahiyat akhir, membuatkan dia dan ibunya terkejut.
Habis sahaja solat, Azlan berdoa kejap, sebelum terus cergas ke bilik. Sejadah pun dia tak lipat.
“Ali, jom ikut aku ke hospital.”
“Tak nak!” jerit Ali sambil menendang almari baju Azlan.
“Woi bodoh, kau kalau nak mati, jangan kat dalam bilik aku la!”Ali terus menggelupur, dan Azlan jadi panik.
“Aku kawan kau, Ali. Apa kata kau pergi ke hospital?”
“Nanti aku kena tangkap polis lah, bodoh!”
“Habis tu, kau nak sakit teruk kat sini. Kau nak dadah kan? Dadah kat hospital la berlambak. Kau nak heroin, morfin, kokain, semua ada kat situ.”
“Aku tak nak masuk penjara!”
“Aku nak kau sober, Ali. Kau faham tak?”Ali terus rebah dan lemah denyutannya.
Azlan terus telefon hospital untuk hantar ambulans.
“Ali, hold on, bro. Hold on!”
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.