Episod 198 - 13 Oktober, 1989

24 4 0
                                    

Azlan menghadiri solat Jumaat di Masjid Universiti Wijayapura, yang dihadiri oleh ribuan pelajar dan para pegawai universiti.

Sebelum solat Jumaat bermula, Azlan telah memberitahu kepada khatib, dan memberi teks ucapan khutbah Jumaat tentang kelebihan bersedekah.

Di Gelanggayu, teks ucapan khutbah bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing, kerana kerajaan pusat tidak mengawal bahagian teks khutbah Jumaat.

Azlan mengkaji Undang-undang Tubuh Negeri Wijayapura, yang tidak menetapkan apa-apa teks khutbah, asalkan 'tidak bersifat menghasut'.

Bermakna di Wijayapura, khutbah di masjid tidak sama di masjid yang lain kerana tidak ada kawalan dari kerajaan negeri.

Dan di Universiti Wijayapura, biasanya Jabatan Agama di Bangunan Canselori akan memberi tugas kepada Penghulu Pelajar untuk menulis teks khutbah.

Azlan menggunakan peluang itu untuk menyebarkan propagandanya.

Semuanya bermula pada bulan Ogos, apabila beberapa wakil dari Kolej 3, 5, dan 6, yang terdiri daripada Kumpulan Mahasiswa Islam (KAMI) yang membantah keras Azlan membawa artis dari Jerman Barat, Scorpions.

Perkara itu kemudiannya didengari oleh Adilah selaku Setiausaha Media merangkap ketua perisikan untuk Azlan dalam memastikan tiada bantahan yang serius dalam pentadbirannya.

Ketua blok Kumpulan Mahasiswa Islam yang bernama Kamaruzzaman Yusof, membantah tindakan Azlan dan ia mencemarkan reputasi Penghulu Pelajar dengan mengatakan Azlan telah memalukan pelajar Islam dengan menjemput artis Barat yang sering menyanyikan lagu-lagu yang lucah ke gudang ilmu seperti universiti ini.

Ketika sesi debat di Majlis Perwakilan Pelajar, Azlan yang duduk di kerusi Penghulu Pelajar memandang mata Kamaruzzaman sebagai ketua pembangkang MPP.

Azlan yang duduk sebelah Exco Prasarana, Junaidi, berbisik.

"Jun, Kolej 6 ni kau boleh uruskan tak?" tanya Azlan.
"Nak cara keras ke cara lembut?"
"Cara keras aku tak nak. Cara lembut pun aku tak nak. Aku nak cara yang dia boleh ingat nama aku sampai bila-bila," kata Azlan.

Junaidi berbisik dengan stafnya, suruh lalu di tepi Adilah yang berada di tepi tangga.

Kamaruzzaman adalah ketua Penghulu Kolej 6, yang gagal bersaing dengan Azlan untuk merebut kerusi Penghulu Pelajar.

"Malulaaahhh kamu wahai Azlan! Sebagai seorang Penghulu Pelajar, yang beragama Islam, anda telah menghina diri anda sendiri dengan terlibat dengan dunia rock and roll yang suka memuja syaitan dan seks bebas berleluasa!" kata Kamaruzzaman Yusof yang sedang memberi ucapannya.

Azlan kemudian menoleh ke arah Adilah, yang duduk di kerusi belakang sebelah tangga keluar bangunan.

Adilah duduk di tepi, mendengar sahaja ucapan Kamaruzzaman itu, kemudian dia menulis nota kepada seorang lelaki yang lalu di tepinya.

Nota itu tertulis, ''Give him hell."

Maka dua bulan perancangan, maka pagi Jumaat 13 Oktober, 1989, Kolej 6 telah terbakar pada jam 4 pagi. Azlan sendiri menyaksikan orang-orang PALAPES dari Kolej 17 membakar blok Kolej 6, menyebabkan orang-orang di situ mengalami kesusahan.

Mujur semuanya sempat keluar dari bangunan, dan tiada kemalangan nyawa.

Adilah turut sama menyaksikan kejadian itu, berdiri di sebelah Azlan.

"Perangai suka membakar kau ni bahaya, Azlan," kata Adilah.
"Aku suka api. Dulu masa aku kecil, arwah ayah aku ajar aku macam mana nak hidupkan api menggunakan batu. Ia selalu memberikan aku keseronokan untuk membakar sesuatu yang mencari pasal dengan aku."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now