Episod 199 - 30 Oktober, 1989

24 3 0
                                    

"Eh, Faiz? Mana pergi surat resume banyak-banyak hari tu?" tanya Azlan ketika mencari surat-surat resume yang diterima untuk menjadi setiausaha peribadi Azlan.

"Eh, kat dalam kotak tu lah. Takkan tak ada lagi dah?" kata Faiz, menjenguk dari tepi pintu pejabat Azlan.

"Yang ada dua je," kata Azlan.
"Aik? Ada orang rembat ke?" tanya Faiz.

Azlan buka sampul surat pertama. Dia nampak nama Mastura, dan dia campak surat tu ke dalam tong sampah. Dia buka sampul surat kedua, dan nampak nama Cindy, pun dia campak dalam tong sampah.

"Ini semua kepala geng Girls Just Wanna Have Fun la ni punya kerja. Patutlah hari tu dia menggelabah buat-buat kemas office aku," kata Azlan. Faiz menjeling ke arah Adilah yang sedang menaip kerjanya di komputer di sebelah Din yang sedang menyiapkan surat pekeliling rasmi dari pejabat Penghulu Pelajar.

Azlan ambil bakul sampahnya, kemudian dia berbisik kepada Faiz.

"Kau panggil Fazrul, cakap aku nak jumpa dia kat kafetaria Canselori."
"Sekarang?"
"Now."

Faiz terus berlari menuju ke arah bilik Fazrul, sementara Azlan masih berangin dengan Adilah yang sabotaj semua pemohon-pemohon kerja yang lain. Mata Azlan memerhatikan Adilah, yang buat-buat fokus buat kerja, padahal dia tahu yang Adilah mendengar.

Azlan ambil bakul sampah dan terus buangkannya ke tong sampah.

Dia kembali ke pejabatnya, kemudiannya dia terus memakai coatnya kembali.

"Alan, awak nak pergi mana?" tanya Adilah.
"Makan nasik."
"Nak ikut, boleh?"
"Siapkan kerja dulu," kata Azlan.

Adilah mengekori Azlan dari belakang, dan mendapati yang Azlan berjumpa dengan Fazrul.

"Takkan dia nak hire Fazrul pulak? Ke dia lepak biasa?" Adilah terjenguk-jenguk.

"Awak buat apa tu?" tanya Hafiz, yang kebetulan baru habis kuliah.
"Oh, tak ada apa-apa."
"Jom, kita makan sama? Saya belanja," kata Hafiz.
"Takpe-takpe, dah kenyang. Awak pergilah makan," kata Adilah, yang kemudiannya berpatah balik ke pejabatnya di tingkat tiga.

--

"Faz, aku offer Marina gaji 1.2k ringgit, jadi secretary aku."
"Dia kata dia tak nak la," kata Fazrul.
"Ni bukan soal nak atau tak nak, ni aku suruh. Adik dia dah berapa banyak dapat projek dari aku. Karang aku karate tengkuk dia kalau dia tolak offer aku," kata Azlan.
"Baik, Bro Alan."
"Kau sekali, gaji 1.2k."
"Eh? Saya baru Year One, sama dengan Marina?"
"Anggaplah ini pelan transisi aku menjelang tahun depan. Tahun depan, kau ganti aku tempat Penghulu Pelajar ni, Marina jadi Ketua Koordinasi atau Chief of Staff."
"Baik, nanti saya cakap dengan dia."

Faiz berbisik dengan Azlan.

"Kau biar betul nak ambik budak, Year One?"
"Bukan sebarang budak Year One ni, Faiz."

Azlan sedang cuba nak memecahbelahkan kumpulan Girls Just Want To Have Fun, dengan menggunakan Marina yang juga anggota kumpulan yang diketuai oleh Adilah itu.

--

"Weh, apasal aku weh? Apahal dia nak aku kerja kat office dia pulak? Kalau aku cakap tak nak, tak apa ke?" tanya Marina kepada Fazrul.
"Bro Alan cakap kalau kau tolak offer dia, dia karate tengkuk kau. Dia offer kau gaji 1.2k," kata Fazrul.
"Siap EPF? Socso?"
"Ya, maknanya kau dah ada semua tu sebelum kau grad lagi."

Marina diam. Dalam masa sama memang dia dibentuk oleh Datuk Khamis untuk berkhidmat untuk Azlan, cuma dia merasakan yang dia belum bersedia untuk bekerja dengan Azlan.

Tetapi disebabkan Azlan mahu Marina, titah Azlan haruslah dijunjung, dan Marina bersetuju untuk bekerja di pejabat Penghulu Pelajar.

Maka keesokannya, Azlan memanggil semua untuk hadir bermesyuarat untuk mengadakan rombakan pejabat. Azlan mengekalkan Faiz sebagai Ketua Staf dan Adilah sebagai Setiausaha Media, serta menaiktaraf jawatan Hanis daripada DJ Kolej18FM, kepada Ketua Eksekutif Radio Universiti menjelang tahun 1990, apabila Azlan merancang untuk menswastakan penyiaran radio itu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now