Adilah
Alexanderplatz, Berlin Timur
Lebih 500,000 orang berdemo menuntut tembok Berlin diruntuhkan sejak lima hari lepas. Orang sampai duduk bantah dan mogok lapar di sini. Tetapi aku perlu mengelak orang ramai yang sedang berasak-asak di sini.
Pada masa ini, kerajaan Jerman Timur dah tak bayar gaji lebih dari lima bulan. Stasi (polis rahsia Jerman Timur) pun dah tak peduli lagi.
Aku membawa briefcase dan masuk ke dalam Kementerian Penerangan Jerman Timur. Aku cari di mana pegawai bernama Günter Schabowski. Schabowski ni adalah jurucakap kerajaan.
Di dalam briefcase aku ada dokumen yang palsu, mengatakan pintu sempadan boleh dibuka secepat mungkin. Dalam briefcase dia yang rupanya sama, isinya lain.
Jadi aku tukar beg, dan Schabowski ambil beg yang aku tukar tadi.
Jam 18:53, Schabowski mengumumkan pintu sempadan antara Jerman Timur dan Barat sudah dibuka. Dalam video tu, boleh nampak dia seperti keliru. Kenapa arahan dari Setiausaha Agung Parti Komunis ni bunyinya macam pelik?
Tetapi disebabkan 'nature' kepada masyarakat komunistik ni kan patuh cakap ketua tanpa banyak membantah, jadi dia pun ikutlah.
Dalam dokumen asal ni, dia nak kata tentang kerajaan Jerman Timur nak melonggarkan undang-undang untuk merentasi sempadan.
Melonggarkan ni tak sama dengan membuka terus macam apa yang dokumen palsu tu tulis.
Menjelang pukul 19:04, orang ramai dan serbu sempadan Jerman Timur dan Barat. Pegawai-pegawai Jerman Timur dah tak boleh kawal lagi.
Jam 20:21 pengawal sempadan Jerman Timur membiarkan sahaja orang merentasi sempadan. Mereka melompat-lompat gembira dan bersorak-sorak.
Mereka yang di barat datang menyambut mereka di timur.
Hanya satu kesilapan Schabowski sahaja, yang berpunca dari aku menukar beg briefcasenya, berjuta rakyat Jerman Timur bergembira.
Eh, tu dia, CNN dah sampai! Lambai-lambai, harap-harap Alan nampak aku!
Orang mula mengambil tukul dan pahat untuk memecahkan tembok yang memisahkan bangsa Jerman ini sejak 1961.
Aku ambil dua ketul serpihan batu dari Tembok Berlin ni, satu untuk aku, satu untuk Alan. Aku percaya Alan mesti suka benda artifak bersejarah macam ni.
Seumur hidup aku, dunia dibayangi dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Dan mulai hari ini, Soviet dah tidak boleh dianggap sebagai superpower lagi. Mereka sudah terlalu lemah untuk mengekalkan kuasa mereka.
Dan aku kini berada di peristiwa yang paling penting pada abad ke-20. Sama penting macam D-Day, Hiroshima, JFK.
Aku berbangga pada malam November 1989 ini, aku berada di Berlin. Tak lama lagi, selepas diluluskan oleh Bunderstag di Bonn nanti, bangsa Jerman di dua sistem ini akan disatukan. Entah bila agaknya Goryeo nak ada perkara yang sama.
Selesai kerja, aku balik dulu.
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of changeThe world is closing in
And did you ever think?
That we could be so close?
Like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of changeTake me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away (dream away)
In the wind of change
(Mmmmmmm)--
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Tarihi KurguMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.