Episod 196 - 3 September, 1989

28 4 0
                                    

Seminggu sebelum upacara pembukaan Sukan SEA, Azlan perlu siapkan semua penghantaran katil-katil baru untuk atlet ke setiap bilik-bilik itu. Lebih stress lagi, Adilah sebagai Setiausaha Media menjadi atlet Gelanggayu dalam acara snooker dan billiard, sementara Hafiz pulang ke Air Putih tanpa memberi notis kepada Azlan.

Maka Azlan terpaksa ke Tanjung Kapur dan merayu kepada Hanis untuk gantikan tempat Hafiz sebagai Ketua Koordinasi, sebab pada masa ini memang memerlukan koordinasi yang tinggi.

Hanis, yang sememangnya dalam hatinya mencintai Azlan, bersetuju untuk membantu Azlan hanya untuk menyiapkan kerja ini sahaja.

Azlan, Faiz, Hanis dan Din mewakili Pejabat Penghulu Pelajar, bersama-sama dengan Junaidi sebagai Exco Prasarana dan Azhari sebagai Exco Sukan untuk menguruskan semua ini.

Tak cukup lagi, Azlan telah memanggil Kecik bersama-sama Joni dan Lias untuk mengerahkan tenaga pekerja mengangkat barangan.

Merlina dan Kamariah pun terlibat, sebagai penjual air 100 Plus kepada semua staf-staf Kecik.

Seronok betul Merlina berniaga di kiosk perniagaan ini. Azlan beri kontrak kepada Merlina untuk bekalkan air 100 Plus dan air mineral untuk para atlet yang akan mengadakan latihan di stadium universiti.

Junaidi dan Azhari pun ada sukarelawan yang merupakan pelajar-pelajar universiti yang tinggal jauh seperti di Melaut atau pelajar antarabangsa yang tidak pulang sempena cuti sekolah.

Sukarelawan pun Azlan keluarkan duit juga untuk bayar upah nasi bungkus dan air sirap bungkus. Yang itu diuruskan oleh Nasi Lemak Hasnah yang hantar makanan dari Tanjung Kapur ke Universiti Wijayapura, yang ni Hanis dapat buat duit tepi sikit.

Kalau Adilah yang jadi atlet tu, Azlan tak berapa pening sangat. Lagipun Faiz boleh uruskan hal media kalau Adilah tak ada. Tapi Ketua Koordinasi ni, si Hafiz ni, dia boleh balik pulak sebab Adilah tak ada kat kerja.

Azlan kecewa dengan perangai Hafiz, tapi mengenangkan Hafiz ini roommatenya, dia sabarkan sahaja dan terpaksa memanggil Hanis sebagai Ketua Koordinasi.

Selama tiga hari, Kecik dan orang-orangnya bekerja menyusun katil dan mengemaskan bilik-bilik untuk penginapan atlet.

Azlan bayar upah seratus sehari - upah yang paling tinggi dalam perkhidmatan angkat barang ni. Selalu dalam 20-30 ringgit, paling habis kuat pun 50 ringgit.

Selama tiga hari, Azlan membayar semua staf Kecik 300 ringgit seorang. Azlan juga membayar makanan katering untuk nasi bungkus dan air sirap, dan semua orang yang bekerja dengan Azlan rasa puas hati dan berbaloi sebab dapat makan, bayaran mahal dan Azlan memang menjaga mereka semua sejak kecil lagi.

Akhirnya semua selesai, dan untuk merayakan kejayaan mereka, Azlan ajak Faiz, Hanis, Din, Kecik, Merlina, Joni dan Lias makan ikan bakar di Tanjung Kapur.

Kamariah pulak mak ayah dia tak bagi keluar malam, tapi Azlan berikan duit kepada Merlina supaya 'belanja kawan KFC'.

Semua orang gembira dan puas hati bila bekerja dengan Azlan. Azlan tidak pernah mengabaikan apa yang mereka minta asalkan mereka membuat kerja yang Azlan minta. Lagipun, Azlan tidak hanya mengarah, tetapi tolong sekali bersama-sama pekerja Kecik.

Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now