Episod 192 - 12 Jun, 1989

32 5 0
                                    

Musim pilihanraya kampus di seluruh Gelanggayu bermula hari ini sempena pembukaan baru takwim 1989/90.

Ini termasuklah Universiti Wijayapura yang akan mengadakan pilihanraya pusingan pada 3 Julai, 1989 bagi memilih perwakilan kolej-kolej ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pusingan kedua pula akan berlangsung seminggu kemudian pada 10 Julai, 1989.

Kolej kediaman ini akan memilih 10 orang untuk pentadbiran pelajar di peringkat kolej dalam pusingan pertama. Daripada 10 orang yang terpilih di peringkat kolej, ada tiga orang akan dipilih untuk ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang memiliki sebanyak 60 buah kerusi yang dipimpin oleh Penghulu Pelajar (PP).

Ada 20 buah kolej kediaman dan Azlan bersama-sama Hafiz, Faiz dan Din serta Hanis tinggal di Kolej 18. Untungnya Kolej 18 ini kerana kolej ini mempunyai stesen radionya yang sendiri.

Bagaimanapun stesen radio ini selalunya membosankan dan menyebabkan jarang orang mahu membuka siaran radio ini.

Azlan nampak kelebihan ini, dan mahu menggunakan kelebihan berada di Kolej 18 untuk memulakan kempen politik pertamanya di kampus.

Maka pun pergi ke Merlin Printing dan menempah poster, butang lencana dan risalah untuk bahan kempennya. Tetapi kempennya ialah untuk semua pelajar universiti untuk mendengar siaran Radio Kolej18 FM.

"Mer, boleh tolong tak? Print risalah ni dalam 500 keping?" tanya Azlan kepada Merlina yang sedang sibuk mencetak risalah dari Gagasan Ummah.

"500 keping? Boleh, abang hensem! Tapi lambat sikit la, sebab ada booking pulak pakcik tadi nak buat ceramah Gagasan Ummah," tanya Merlina.

"Jumaat ni boleh siap?" tanya Azlan.
"Boleh, abang hensem!" kata Merlina.

--

“Cantik la, geng kita ada yang nak jadi YB!” kata Din, tumbuk bahu Azlan.
“Aku nak radio kolej pasang lagu best sikit. Aku nak Mother Love Bone, aku nak Pixies, aku nak Sonic Youth!” kata Faiz.

“Ingat YB ni Santa Claus ke?” kata Azlan sambil ketawa.
“Hekeleh, suruh orang undi dia, tapi tak nak backup isu kita. Blah la, belum undi lagi dah nak tipu rakyat,” kata Hafiz.
"Entah! Isu berat ni pasal radio universiti ni! Asyik lagu-lagu lama, lagu orang tua je, siapa nak dengar?" kata Faiz menambah.

“Ok, aku akan tunaikan korang punya hajat semua, tapi ajar aku macam mana nak kawal radio,” kata Azlan.
“Kau nak kitorang kawal radio?” tanya Faiz.
“Hafiz, kau tau kan? Hari tu kau kata, kau tau guna,” tanya Azlan.

“Tahu, Alan. Tapi nak masuk office radio kolej tu, depan bilik Penggawa. Aku tak berani,” kata Hafiz.

Penggawa tu macam warden asrama la dalam Universiti Wijayapura.

“Benda nak pecah masuk tu, aku boleh settlekan. Kerja kau, ajar aku macam mana nak kendalikan mesin tu,” kata Azlan.

"Kau tau ke macam mana nak bukak pintu kunci?" tanya Hafiz.

"Bab tu takde masalah, Fiz. Aku ni MacAlan!" kata Azlan.

“Adventure ni,” Din mengangguk setuju.

“Kau tak rasa ke ada orang jaga radio kolej tu?” tanya Faiz.

“Tang tu kita kena gamble la. Kau nak kita takeover stesen radio tu ke tak?” tanya Azlan.

"Control! Total control!" kata Faiz.
“Weh, aku on,” kata Hafiz.
“Kasi jadik!” kata Din.
“Awak camana, Hanis?”

Hanis tunjuk ibu jari bagus.

“Okay, jom kita gerak ke studio radio!”

Jam 11 malam, mereka berlima menghendap bilik radio kolej.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now