Episod 193 - 5 Julai, 1989

28 5 1
                                    

Hari ini adalah hari kedua kempen dan hari ini Hafiz datang ke dalam mesyuarat pagi ini bersama-sama dengan Faiz dan Din.

Hafiz seperti biasa pakai baju band Gun and Roses, seluar jeans dan selipar Ryukyu untuk datang mesyuarat, bangun agak lewat sebenarnya menyebabkan dia mandi koboi.

"Wei Fiz, kau tak mandi ke?" bisik Faiz.
"Aku dah mandi tadi," kata Hafiz.
"Asal bau lagi, Fiz? Aduhhh! Kau pakai Odorono tak?" tanya Faiz tentang deodorant.

Hafiz diamkan diri, tanda dia terasa segan dengan soalan pedas Faiz.

"Wei Fiz, janganlah jatuhkan imej Alan, Hafiz. Kita nak jumpa pengundi nanti. Kau takkan nak berbau macam ni," kata Din.
"Aku bangun lambat tadi. Aku dah set alarm dah. Aku sempat basuh muka je," kata Hafiz memberi alasan.
"Kau lambat tu mesti sebab kau nak habiskan level 3 game Contra, kan?" kata Faiz.
"Sorry sikit, aku dah level 5, okay?" kata Hafiz mendabik dada.

Faiz dan Din geleng kepala, dan terus malas nak tegur lagi Hafiz.

Sedang berbual-bual itu, tiba-tiba dia nampak ada seorang gadis memakai baju kurung corak batik Majapahit, dengan sanggulnya diikat rapi, serta memakai kasut tinggi dan berjalan gaya pramugari menuju ke arah studio.

"Siapa tu?" tanya Hafiz, terkejut melihat tiba-tiba ada gadis cantik yang masuk ke dalam studio.
"Staf baru, Adilah nama dia. Alan baru ambik kerja, ganti Hanis. Hanis asyik takde je, tempang kempen side perempuan," kata Faiz.

Faiz pandang mata Hafiz seperti terpesona dengan kejelitaan gadis itu.

"Selamat pagi, Faiz. Selamat pagi, Din. Yang ini siapa namanya?" tanya Adilah.
"Hafiz, Hafiz Samsudin."
"Oh, saya tolong buatkan kopi dulu ya?" kata Adilah sambil berjalan ke arah meja yang ada cerek elektrik dan Nescafe 3 in 1.

"Awak semua nak kopi?" tanya Adilah.
"Tak payahlah, tadi dah breakfast," kata Faiz.
"Buat susah-susah je, Dila," kata Din.
"Err, saya nak kopi," kata Hafiz.

Faiz dan Din menjeling sesama sendiri, dan membaca isyarat gaya bahasa badan Hafiz terhadap Adilah. Jangkaan Faiz tentang reaksi Hafiz kepada kehadiran Adilah ini seperti sudah dijangka. Kebetulan Faiz ini ada ke kelas behavioural studies, sebahagian dari ko-kurikulum kertas minornya, selain kertas majornya dalam sains komputer.

Adilah buatkan dua cawan kopi, dan berikan kepada Hafiz. Hafiz menghirup air kopi itu dan terasa seperti angau dengan perasaannya.

Azlan tiba dengan memakai suit dari Benson & Clegg yang kedainya terletak di London, kelihatan dengan penuh rapi dan bersedia untuk bekerja dalam kempen pilihanraya kampus ini.

"Encik Azlan nak kopi?" tanya Adilah.
"It's okay. Saya upah awak kerja ni bukan sebagai pembancuh kopi. Saya upah awak kerja untuk kempen pilihanraya ini. Duduk, kita ada meeting sekarang, sebab jam 9:00 pagi, saya ada kelas dengan Dr Shauqi. Sekarang 8:30 am, so kita ada dalam 20 minutes meeting sebelum saya kena gerak. So, awak dah buat laporan vox populi seperti yang saya minta semalam?" tanya Azlan.

Adilah bangun dan mengeluarkan kertas dari failnya.

"Ini adalah data yang saya kumpul dari 300 orang pelajar, sample dari pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua dari Kolej 14, 15 dan 16. Data menunjukkan masalah utama mereka ialah tentang keadaan lampu jalan yang gelap dari asrama mereka menuju ke masjid, atau ke dewan-dewan kuliah. 42% melihat isu itu sebagai isu yang mereka mahu bangkitkan," kata Adilah.
"Macam mana pulak dengan laporan risikan kita, Din? Ada tak pihak lawan bangkitkan isu ini?" tanya Azlan.
"Pihak lawan banyak main isu bus stop."
"Berapa ramai calon main isu bus stop?" tanya Azlan.
"Ikut data yang saya ada, 42 daripada 60 calon akan bercakap tentang bus stop terutamanya dari Fakulti Undang-undang yang agak panas," kata Din.
"Okay. Faiz, apa jadual aku hari ni?" tanya Azlan.
"Kau ada kelas Dr Shauqi dari jam 9-11, kemudian jam 12 sesi bertemu dengan pelajar di kafetaria Kolej 3 Lelaki, makan tengah hari dan solat Zuhur di surau tu. Jam 2-4 kelas History of International Relations Dr Chowdry, lepas tu Asar di Fakulti Pengajian Islam, usrah di surau dari jam 4:30 sampai 5:30 petang, tajuk ialah 'Bagaimana Tamadun Islam melahirkan ramai saintis dan ahli fikir, dan berdialog dengan pensyarah, Dr Marzuki Zainal Abidin. Jam 5:30 petang riadah sampai jam 6:30 petang. Lepas tu kau boleh mandi dan berehatlah lepas maghrib tu. Jam 7:00 makan malam di Kolej 17 Lelaki dan solat maghrib kat situ, Isyak kita kat situ jugak, kemudian kita start berjalan kat Kolej 17 dan sesi vox populi," kata Faiz menerangkan jadual padat Azlan untuk hari kedua kempen.
"Hafiz...Hafiz?" Azlan panggil Hafiz.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now