Hari ini hari lahir Azlan yang ke-20, maka semua orang yang berkaitan dengan Tengku Ishak, termasuklah Jeneral Yahya dan Tok Aki wajib pulang ke Teluk Tenang untuk melafazkan sumpah ba'iah.
Ali yang kini menguasai politik underground di selatan Suvarnabhumi turut hadir dalam upacara ba'iah itu.
Maka ramai orang menghadiri upacara itu, dengan nenda Azlan, Samsiah dan ibunya, Faridah menjirus air dari tujuh punca sungai di Melaut, dengan tujuh kuntum bunga dari semua daerah di Melaut.
Pada majlis sumpah ba'iah ini, semua yang hadir melafazkan sumpah taat setia kepada Azlan sebagai pemerintah Melaut.
Yahya tersenyum sambil menjeling ke Tok Aki, sementara Tok Aki senyum dan memandang ke arah Ali yang sepenuh hati melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Allahuakbar' sambil menjulang tangan kanannya.
--
Yahya dan Tok Aki duduk berdua di atas batu besar di Teluk Tenang, sambil bermain catur magnet poket yang dimiliki oleh Tok Aki.
"Catur magnet ni aku beli di Pakistan, 200 rupee sahaja. Tapi inilah yang menajamkan fikiran aku masa aku di Afghanistan," kata Tok Aki kepada Yahya.
"Sekarang, Soviet Union dah kalah di Afghanistan. Amerika Syarikat bakal jadi kuasa terbesar yang pernah ada di muka bumi ini. Kuasa global, seluruh dunia dikuasai oleh Amerika, bahkan angkasa dan dasar laut pun dikuasai Amerika."
"Ada satu yang belum lagi kau dan kaum yang kau sokong itu, yang tak akan dikuasai oleh Amerika," kata Tok Aki.
"Kau nak kata apa? Otak? Perut? Semua kami dah kuasai, Aki. We will create a new world order."
"Jangan mendabik dada lagi, Yahya. Kau belum kuasai sebahagian besar iman kami. Kau belum genius tahap Dajjal lagi."
"Dajjal...antichrist...semua ni pada aku, cuma propaganda untuk halang manusia untuk bercita-cita besar macam aku," kata Yahya.
"Dan aku akan halang kau, Yahya. Jangan cakap aku tak beri amaran kepada kau," kata Tok Aki.Yahya pandang ke arah caturnya, kemudian dia pandang ke arah jam.
"Aku perlu kejar flight untuk ke Texas, untuk bertemu dengan Presiden Bush," kata Yahya.
"Kau dari dulu bila nak kalah, kau mengelak, Yahya."
"Aku lebih hebat daripada kau, Aki. Aku dah berjaya membantu Amerika Syarikat jadi kuasa dunia sekarang."
"Soviet Union itu pun kau minta tolong aku untuk kalahkan mereka di Afghanistan. Kau takdelah hebat mana, Yahya," kata Tok Aki.Yahya cuma geleng kepalanya, senyum dan terus melangkah pergi dari pantai itu.
"Azlan, lekas ikut aku," kata Yahya.
Dari jauh Tok Aki nampak yang Azlan seperti boneka kepada Yahya, sama seperti Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid.
Walaupun dia sudah melafazkan sumpah ba'iah, Tok Aki merasakan adalah satu keperluan untuk menggulingkan Azlan dari tampuk pemerintahan di Melaut.
Tok Aki nampak Ali ada potensi, terutamanya pengaruhnya yang semakin kuat di selatan Suvarnabhumi. Kumpulan Kisida yang semakin kaya dan berpengaruh dilihat bakal meluaskan empayarnya ke Khmer dan Dai Viet, terutamanya golongan Melayu Champa di kawasan sana.
Tok Aki lihat dan pantau keadaan semasa Ali, dan menghantar Fauzan untuk membantu kumpulan Melayu di utara Pentas Sunda ini untuk bersatu di bawah Ali.
Sementara apabila Ali sudah menjadi seorang warlord yang kuat, Tok Aki merancang untuk menggunakan Adilah untuk menggoda Azlan, dan seterusnya menjatuhkannya, dan menaikkan Ali sebagai Khalifah, dengan dia menjadi Ayatollah atau pemimpin agama.
Sama seperti sistem di Iran di mana ada Presiden dan Ayatollah. Bercakap tentang Ayatollah, Tok Aki mendapat berita bahawa Ayatollah Khomeini dikhabarkan sedang sakit.
Nampaknya proses untuk mencari Ayatollah yang baru bakal berlangsung. Tok Aki mengamanahkan Fauzan untuk membantu menjaga keamanan di Melaut sementara dia ke Iran untuk melawat Ayatollah.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.