Episod 195 - 14 Julai, 1989

23 4 0
                                    

Lepas solat Jumaat, Azlan, Faiz, Hafiz dan Din melepak di pejabat Penghulu Pelajar. Lepas Jumaat biasanya tak ada kelas, jadi memandangkan pejabat Penghulu Pelajar ada air cond, cuaca pulak panas, mereka berempat melepak di situ.

Hafiz sedang dengar radio, Faiz dan Din pula sedang lawan ping pong di ruang tamu. Azlan pula sedang stress dengan lagu kat radio.

Lagu It Must've Been Love dari Roxette ni lagu putus cinta. Memandangkan time ni Hanis yang jadi DJ, memang Azlan jadi lagi stress la.

Lay a whisper on my pillow
Leave the winter on the ground
I wake up lonely, this air of silence
In the bedroom and all around
Touch me now, I close my eyes
And dream away

It must have been love, but it's over now
It must have been good, but I lost it somehow
It must have been love, but it's over now
From the moment we touched, 'til the time had run out

Mana taknya, sejak peristiwa kena simbah air tu, Azlan kini mendapat reputasi 'Mat Romeo' dari seantero universiti. Gelaran tu dia anggap macam ada satu 'konotasi negatif' yang melekat pada dirinya.

"Lan! Ala, rilek laaaa! Hanis pasang lagu tu tak maksudkan kau laaaa!" kata Faiz sambil memukul bola pingpong.
"Kau fikir lebih la, Lan!" kata Din.
"Pening la aku hal perempuan ni, pening!" kata Azlan.

"Ala, ok la tu, Lan. Ada dua orang perempuan nak kau. Daripada aku, sorang pun tak nak aku..." kata Hafiz.
"Cuba kau kemas sikit, Fiz. Ni confirm kau boleh ada makwe," kata Din.
"Entah. Ala Fiz, Mira tu jadi Exco Hal Ehwal Wanita. Kau date je la dengan dia. Kau dengan dia type lebih kurang je," kata Faiz.
"Entah, daripada kau kejar si Dila tu. Dia tu keturunan Wan Demang. Golongan aristokrat tu," kata Din.
"Dah ada la tu tengku-tengki yang dah hinggap tu, Fiz. Lupakan je la," kata Faiz.
"Kalau level Alan, boleh la try Dila tu," kata Din.

Kata-kata Faiz dan Din tu amat menyakiti hati Hafiz. Pada Hafiz, dia tidak suka dikaitkan dengan Mira. Faiz dan Din ada inner joke, sebab dalam undi Kolej 18 tempoh hari, semua orang undi nombor 58 kecuali satu, yang mengundi Amira. Faiz dan Din menuduh Hafiz, dan Hafiz akan jadi berang bila dikaitkan tentang itu.

Yang kita pembaca ni dah tahu yang undi Amira tu Azlan.

Azlan dah rasa semak dengan lagu Roxette, dia tutup radio.

"Weh, apahal kau tutup radio?" kata Hafiz.
"Radio ni aku beli pakai duit aku sendiri. Suka hati aku lah," kata Azlan, sambil hempas pintu biliknya.

Di dalam bilik pejabatnya, Azlan sambung gitar elektrik ke dalam amplifiernya, kemudian dia goreng gitar lagu Eruption dari Van Halen. Azlan bila marah, dia suka lepaskan dengan bermain gitar elektrik.

Lagu tu gorengan gitar yang sangat susah, dan bila Faiz, Din dan Hafiz dengar, mereka terkejut dengan bakat gitaris Azlan.

Adilah masuk ke dalam pejabat, bawa empat bungkus mi udang Sepetang.

"Wow, siapa goreng gitar sampai macam tu?" tanya Adilah.
"Big boss," kata Faiz.
"Kenapa dengan dia, awak?" tanya Adilah pada Hafiz.
"Alah, dia kan gaduh dengan awek dia," kata Hafiz.
"Alaaa, kalau aku la, aku dump je 'makcik garang' tu," kata Faiz.

Di Universiti Wijayapura, terutamanya dari kalangan batch Year One 1988/89 seperti mereka ini semua, menggelar Natasha sebagai 'makcik garang'. Ini kerana semasa Natasha menjadi ketua fasilitator Minggu Orientasi UW, dia memang garang dan suka marah-marah junior. Hanya Adilah sahaja mampu jadi kawan dia.

"Aku ingatkan Hanis tu makwe Alan. Sekali rupanya dia dengan Hanis tu skandal. Yang makwe sebenarnya tu, 'makcik garang'. Hahaha!" kata Din.
"Sebenarnya Azlan ni, menurut apa yang saya dengar, dia dah ditunangkan dengan Tengku Aminah, puteri kepada Tengku Ariffin, adinda Tengku Norman, Tengku Mahkota Gelanggayu. Toh Puan Faridah benarkan Azlan dengan Natasha tu kejap je pun," kata Adilah, duduk menghadap cermin dan memakai make up.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now