Selepas sebulan cuti pertengahan semester sempena Sukan SEA, Hafiz pulang ke Universiti Wijayapura, dan rasa terkejut dengan keadaan universiti yang semakin indah tersergam. Bangunan sudah bercat dengan warna yang cantik, trek larian untuk tempat orang berjoging sudah ditukar, jalan sudah diturap.
Hafiz terkejut melihat bas universiti pun semua dah tukar kerusi, dah bukan kerusi buruk lagi, dan bila dia melangkah ke Kolej 18, dia nampak kolejnya pun dah cantik.
"Baru sebulan aku tinggalkan universiti ni, dah cantik macam ni? Gila babi betul," kata Hafiz.
Ketika Hafiz berjalan ke arah biliknya, dia nampak Faiz dan Din baru nak keluar.
"Wei, Fiz! Alan cari kau, bodoh!" kata Faiz.
"Aku balik kampung la," kata Hafiz.
"Kau ni kan Ketua Koordinasi, dah tahu cuti ni kita busy, kau balik kampung, dah kenapa?" kata Din.
"Aku mana tau busy. Busy buat apa?"
"Kau tak nampak apa dah jadi kat universiti kita ni?" tanya Faiz.
"Makin cantik, ada apa ni?" tanya Hafiz.
"Kau tak tau ke Gelanggayu anjurkan Sukan SEA?" tanya Din.
"Sukan SEA? Aku tak tau, aku tak minat sukan."
"Patutlah. Adilah menang pingat perak pun kau tak tau ke?" kata Faiz, saja pancing tentang Adilah.
"Adilah menang pingat perak?" tanya Hafiz.
"Ye la, ni kitorang nak pergi Pejabat Penghulu Pelajar, Alan belikan pizza nak sambut kemenangan Adilah dengan Azhari, Exco Sukan. Dorang tu walaupun wakil kebangsaan, tapi tetap datang tolong," kata Faiz.
"Adilah menang acara apa?"
"Snooker. Dah, kau pergi letak beg kau, lepas tu kita gerak pergi Pejabat Penghulu Pelajar," kata Faiz.
"Alan marah kau, aku tak tanggung, Fiz!" kata Din.Hafiz bersama Faiz dan Din datang masa Adilah, Azhari dan beberapa orang exco yang lain sedang makan pizza di dalam pejabat.
"Alan mana?" tanya Hafiz.
"Ada dalam office, dia tengah ambik paper, exam," kata Azhari.
"Exam? Apasal exam dia awal?"
"Alan paper universiti Oxford, bukan universiti kita. Dia duduk sini sebab dia LDL je," kata Faiz.
"Paper dia, Oxford?"
"Haah, kita punya paper level tak sama macam Alan," kata Din.Hafiz nampak Adilah sedang makan seorang diri, dan dia mahu menegur pujaan hatinya itu.
"Dila? Makan sorang-sorang je ke tu?" tanya Hafiz.
"Tak lah, ni ada dua ratus orang kat belakang saya ni," kata Adilah.
"Amboi, bukan main lagi dia melawak."
"Kenapa awak tak tolong kami semua? Awak dah kecewakan kami semua. Awak dah kecewakan saya."
"Maafkan saya, saya tak tahu..." Hafiz garu-garu kepala.
"Alan dah keluarkan surat pekeliling tentang universiti kita jadi tuan rumah penginapan atlet kebangsaan dan luar negara, takkan awak tak baca surat tu? Buat penat je saya taip," kata Adilah.Muka Hafiz dah pucat lesi. Dia tahu Azlan akan marah dia lebih teruk lagi.
"Boleh saya jumpa Alan?"
"Dia kata dalam dua jam ni, jangan ganggu dia. Dia tengah ambil exam."
"Exam macam mana tu?"
"Tadi ada dua orang pegawai dari Oxford University datang pejabat, dan dia ambil exam kat dalam pejabat dia."Hafiz jenguk di cermin pintu pejabat Azlan dan nampak Azlan sedang menjawab soalan peperiksaan akhir dengan ada dua pegawai dari Britain berdiri di depannya.
"Apasal Alan tak ambik paper sama macam kita ya?" tanya Hafiz. Adilah tidak menjawab sebaliknya tengok jam di tangannya.
"Alright, lagi 15 minit! Kita semua dah boleh buat persiapan!" kata Adilah. Kawan-kawan lain semua bertungkus lumus mengemas pejabat.
Hafiz seorang diri terpinga-pinga tak tahu apa yang sedang berlaku di pejabatnya.
Selepas tamat menjawab peperiksaan, Azlan keluar dari pejabatnya bersama dua pegawai universiti Oxford itu, dan bersalaman, dengan Faiz mengambil gambar Azlan bersalaman dengan dua orang pegawai itu.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.