87

9 2 2
                                        

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut tropika di awal pagi. Aku memandang Ryan, rakan sepasukan aku dalam permainan paintball. Sementata itu, Danny berada di hadapan aku, pasukan lawan, Team Merah.

Danny, Nicholas dan Ben satu kumpulan.

Aku, Ryan dan Abraham satu pasukan, Team Biru.

Memang tak disangka-sangka. Manalah aku tahu kena cabut warna untuk tentu pasukan.

"Danny, kau jangan nak buat drama eh...kau nampak je Yell, kau tembak terus," arah Nicholas. Mula tadi, dia bengang kerana tak satu pasukan dengan Ryan. Katanya, mereka kalau jumpa Ryan pun tak boleh nak tembak sebab Ryan boss. Namun, Ben masih lagi rasional. Nasib ada Danny yang bukan pekerja, jadi tugas untuk tumpaskan Ryan terletak di bahu Danny.

Danny menjuih bibir.

"You serius laa jumpa I terus nak tembak?" Soalku. Aku mengikat tali kasut sementara Danny mengikat baju kalisnya.
"Sorry Yell...perang kot," sampuk Nicholas.

"Kalau kau nak drama komedi romantik, dalam novel lain Yell. Novel kita melodrama," tambah Nicholas. Aku mencebik! Banyak lahh kau punya melodrama!

"It's okay Yell. I'll protect you," bisij Ryan yang tiba-tiba muncul dari belakang aku. Ryan tersenyum memandang Danny.

***

Vlin berjalan keluar dari pintu pejabat. Tidak sengaja, dia terlanggar pula Lily Miller. Salah seorang peguam baharu di syarikatnya. Katanya, Lily Miller dapat masuk The League sebab dia merupakan bakal menantu Wang Henderson.

"Jalan tu tengok orang sikit boleh?" Soal gadis muda itu sarkastik. Vlin pula tercengang apabila gadis itu menjelingnya.  Vlin pun dia boleh sound! Lily Miller ni memang tak peduli orang! Tidak lama, gadis itu terus angkat kaki.

Hari itu seharian dia tak ada mood. Bahkan, sampai terbawa-bawa ketika makan malam dengan Steve.

"Tak ada mood betul you," komen Steve. Dia cuba suap tomato kecil pada Vlin, namun wanita itu tak nak buka mulut.
"Ada seorang junior The League, sombong betul," komen Vlin.

"I was too stunned to speak dengan dia," ujar Vlin. Steve ketawa.

"Looks like there's a stronger character than you," komen Steve. Vlin angkat kening. Dia tak kisah pun semua itu. Tapi, berjumpa dengan Lily Miller memang buat dia hilang mood!
Steve hulurkan kunci.

"Apa ni?" Soal Vlin.

"Kunci yatch," jawab Steve. Wajah Vlin berubah.

"You bagi I?" Soal Vlin.

"You can use it for a shortescape. I don't mind," ujar Steve. Vlin kecilkan mata.
"I ada business trip, so I give this to you. In case you wanna go on a vacation without me," kata Steve.
"And, I need to send Danny soon," ujar Steve.

"Might be busy with family matters and business for a while," komen Steve.

"You know I don't need this right," marah Vlin. Steve mendengus, bersedia untuk ambil balik kunci itu.
Namun, Vlin tak bagi.

"Maybe I can wait for you there," kata Vlin.
"When you're good, semua dah tenang...Let's have a party. Both of us!" Tambah Vlin. Steve angguk setuju.

***
"Yell yang jaga bendera," kata Nicholas. Danny diam, dia tak berapa setuju dengan logik Nicholas, tapi kalau dia pun, dia akan guna teknik yang sama.

Ryan dan Abraham yang akan cuba merebut bendera, sementara Yell akan tunggu di base jaga bendera. Secara logiknya, mesti Yell yang akan jaga base, sementara yang lelaki akan pergi perang.

Alasan Nicholas menyuruh Danny jaga bendera ialah, Danny tak berani nak tembak Yell. Berlainan dengan Nicholas dan Ben, yang dah berazam, nampak siapa terus tembak tanpa belas kasihan.

***

Rancangan di atur Ryan. Aku bersembunyi di sebalik pokok. Teknik kami ialah berpecah, aku menghala ke kanan, manakala Ryan ke kiri. Dari tempat aku, aku boleh nampak Ryan bersembunyi. Begitu juga dengan dia.

"On my count Yell," bisiknya di radio sebelum kami bergerak seiringan maju ke hadapan. Abraham pula bertugas jadi pengawal bendera. Kata Ryan, pemikiran Nicholas dan Ben sangat jelas. Mereka akan terus serang kami dengan pemikiran Yell yang akan jaga base, jadi, laluan yang mereka akan lalu ialah jalan tengah terus. Sebabnya, jalan tengah lebih pendek dan singkat.

Bunyi kayu kedengaran. Ryan cepat arahkan aku bersembunyi. Aku menurut sahaja, duduk meniarap di balik kayu besar.

Pak! Aku dengar bunyi tembakan dilepaskan. Ryan.

Ben mengetap bibir, baju kalis miliknya sudah terkena bola paintball biru milik Ryan.

"Ben down," ujar Ryan.

"Move Yellena!" arah Ryan. Aku bergerak perlahan.

"Yell...kau pergi base diaorang terus, aku lalu jalan tengah dan tarik perhatian Nick," kata Ryan. Aku angguk, segera berlari ke arah base pasukan merah. Jalan untuk ke pasukan merah tak adalah mudah, aku kena melalui jalan lumpur. Nak tak nak, kotor lah jugak kasut aku. Apabila mendekat dengan base pasukan lawan, aku lihat Danny sedang mengawal bendera sambil memegang senapang paintball.

"Target seen!" suara radio Danny berbunyi. Aku telan air liur, Ryan langsung tak balas aku atau bunyi apa-apa melalui radio. Memandangkan Nicholas dah cakap target seen pada Danny, besar kemungkinan yang Ryan pun dah down adalah sangat tinggi. Sekarang tinggal aku dan Abraham sahaja dalam pasukan biru! Tak boleh jadi, macam ni kalah la kami! Aku duduk di sebalik papan besar, rasanya Danny tak perasan aku. Punyalah aku berhati-hati agar tak buat bunyi. Aku segera tutup radio, takut kalau Ryan bersuara nanti Danny dengar pulak. Aku cuba acukan mata senapang paintball kepada Danny, namun disebabkan kedudukan Danny yang jauh dan dia asyik bergerak ke hulu ke hilir, aku tak dapat nak tembak dia dengan tepat.

Tak boleh jadi, aku kena bergerak. Sebelum Abraham down, mereka rampas bendera, aku kena tembak Danny dulu!

Sama ada aku tembak Danny, atau dia yang tembak aku.

Danny memandang ke arah bertentangan. Aku menggunakan peluang itu dengan sebaiknya untuk mendekati Danny sambil mengacu senapang paint. Namun, dia sempat berpaling, turut mengacukan senapang pada aku. Kami saling mengacu senapang. Kalau dalam drama thriller, pasti cukup mendebarkan. Namun, sekarang pun dah cukup untuk buat aku gementar.

"Back off  Yell...Kalau tak I tembak you," ujarnya.

"No! You back off, kalau tak I betul-betul tembak you," ujarku tegas. Kami masih saling mengacu senapang pada baju kalis masing-masing. Danny mengundur ke kiri setapak, begitu juga aku. Masing-masing tak mahu mengalah.

"Yell!" Tempik Ryan dari belakang. Aku segera tunduk ke bawah. Ryan menembak tepat baju kalis Danny dengan cat biru.Sepantas kilat, aku bergerak mengambil bendera pasukan merah sewaktu Danny masih blur yang dia baru kena tembak dengan Ryan!

Rasmi! Pasukan biru menang! Aku angkat bendera pasukan merah sambil memandang Ryan yang dengan jayanya mengangkat senapang paintball.


Author's note:

Haa, i dah bagi spoiler sikit dalam permainan paintball ni >.< korang rasa apa akan jadi lepas ni?

Lily Miller >
My Flower Lily
Hi guys! Berkelapangan boleh check out My Flower Lily. Bukan nak cakap lah, My Traitor Bestie ada ratus lagi(kata nak jadi drama meleret-leret gituu)

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang