110

17 2 1
                                        

"Getting married is a choice," kata-kata Stella buat aku sedikit terkejut. Dia tampak selamba, sambil baring di sofa dan minum air coklat yang aku buatkan untuknya. Aku pandang televisyen, rupanya dia sedang menonton cerita variety Love Show yang menampilkan beberapa pasangan selebriti dan influencer dikumpulkan untuk blind date. Barangkali ada ayat dari selebriti televisyen itu buat Stella kata begitu.

"This show doesn't call you?" Soalku sambil tersengih.

"I tolak. I got movie filming. And a drama to come," selamba jawabnya.
"I play the lead," Stella sengih sambil angkat kening.

"Congrats!" Sambutku. Stella senyum dan kemudian letakkan cawan air coklat di atas meja kopi. Ruang tamu rumah Stella besar dan selesa. Sengaja aku datang ke sini, untuk tanya khabar dan berbual dengannya.

Stella senyum. Dia kemudian bersandar pada aku.

"You je orang yang ucap congrats dekat I..." gumamnya.
"I can't even tell my boyfriend about this," ujarnya. Muka Stella berubah sedih, barangkali dia tak sempat kongsi berita gembira ini, dan mereka dah gaduh. Aku garu kepala.

"You mind if I sampaikan this news to him!? We're literally bestie, Ryan won't say anything," ujarku. Stella geleng.
"Tak nak, biarlah dia tahu bila masuk news nanti," komen Stella.

Aku senyap.

"I kinda feel bad when you and Ryan are not talking to each other you know. I'm friends with both...so," aku garu kepala. Stella kemudian pandang aku.
"Ha'ah kan. Mesti you uncomfortable. Dekat office kena hadap Ryan mengadu pasal I, dekat I, you kena dengar I mengadu pasal Ryan," ujarnya.

Terkebil-kebil.

"No! I don't mean that!" Tegasku.

"Ryan never said bad things about you," tambahku.
"Not that I remember. He's always tell me how wonderful you are," ujarku polos. Stella mencebik, tak percaya dengan sembangku. Aku pula yang garu kepala. Tak ada sebab untuk aku tipu Stella.

"Tak kisahlah babe. I nak merajuk dengan Ryan. I nak tengok effort dia pujuk I," kata Stella. Aku angkat kening.

Mungkin itu merupakan hubungan normal. Mungkin merajuk dengan Ryan merupakan sesuatu yang normal dalam hubungan Stella dan Ryan, tetapi tidak bagi aku dan Danny.
Aku dan Danny special case! Nak jumpa pun susah, apatah lagi berhubung.
Aku takkan bazirkan data internet semata-mata untuk merajuk dengan Danny!

***

Ryan melihat sahaja jari jemari Uncle Johnny seakan-akan menari di atas kain. Kemahiran menggunting kain supaya lurus membuatkan otak komputer Ryan agak kagum dengan kemahirannya. Sedangkan tangan besar itu sebenarnya lebih sesuai untuk bertumbuk di gelanggang lawan.

"Apa yang tengok tak berkelip tu?"soal Uncle Johnny. Ryan hanya mampu lepaskan ketawa kecil, tak sangka perilakunya akan mengundang komen lelaki itu. Uncle Johnny sengih. Jarang Ryan akan muncul di hujung minggu.
Selalu kalau hujung minggu, dia akan sibuk layan teman wanita.

"Kenapa tak jumpa girlfriend hujung minggu ni?" Soal Uncle Johnny. Ryan angkat kening.

"Ingat nak keluar minum dengan member sekolah tinggi dulu," katanya, mengelak dari menjawab soalan mengenai teman wanita. Takkan dia nak cakap terus terang yang dia dengan Stella sekarang tengah merajuk antara satu sama lain.

Uncle Johnny memandang Ryan. Budak Ryan itu bukan jenis yang akan keluar lepak-lepak dan mabuk bersama rakan-rakan. Dia jenis yang akan ikut sahaja kemahuan teman wanitanya. Jarang dia keluar dengan rakan-rakan.

"Bergaduh dengan girlfriend ke?" Soal Uncle Johnny. Dia tahu bahawa teman wanita Ryan merupakan salah seorang kawan baik Yellena. Sayang betul! Uncle Johnny memang dah suka Ryan dengan Yellena, lagi baik kalau mereka bersama. Ini tidak, katanya Yellena bercinta dengan anak saudaranya. Mula, Uncle Johnny pun tak faham, tapi dia angguk-angguk buat faham sahaja. Jauh juga jarak beza umur antara Ryan dan abang kakaknya.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang