Awal pagi aku terus cari Ryan di pejabat. Semalam, setelah aku sampai ke bawah, Ryan hantar mesej mengatakan dia mahu pulang. Aku ditinggalkan begitu sahaja, dengan penyapu di luar kawasan apartment macam orang bodoh. Alasan Ryan, dia dah kejar lelaki itu sampai parkir, dan dia tiba-tiba teringat lampu rumah tak tutup dari pagi.
Yang aku peliknya, Ryan tinggal dengan ibu ayahnya di rumah besar. Rumah besar macam tu kan ada orang gaji. Setakat tak tutup lampu...
Aku lihat Ryan tenang sahaja sedang melihat komputer riba. Semalam, dia boleh tinggal aku begitu sahaja.
"Hai Yell!" sapanya ceria.
Amboi! Cerianya dia sapa aku. Macam semalam tak jadi apa-apa. Sumpah, aku rasa "terkebil-kebil". Biasanya kau buat!
Aku jadi bingung dengan Ryan. Semalam rumah aku nak kena masuk dengan perompak kot! Dia siap kejar perompak sampai bawah, lepas tu cakap perompak hilang dan dia balik. Aku macam bangang ketinggalan dekat situ.
Apa benda ni oi!
Tanpa disuruh, aku tarik kerusi dan duduk di hadapan Ryan. Tak boleh jadi. Kalau dibiarkan perompak itu, memang nahas aku nanti. Lebih baik aku buat laporan polis. Ryan boleh jadi saksi. Awal pagi aku dah tanya security apartment, mereka cakap cctv yang ada di koridor itu sebenarnya dummy untuk acah sahaja. Sepanjang mereka bekerja, tak ada lagi kes pecah rumah!
"Boss, you need to come with me?" Ujarku. Ryan tampak tenang, masih sibuk dengan kerja pejabat.
"Esok kan photoshoot majalah tu," balasnya. Aku kerutkan dahi. Siapa pulak yang tengah cakap pasal photoshoot majalah? Hampir aku lupa. Aku dan Ryan dah setuju untuk ambil gambar dengan majalah Exonomic tempoh hari.
Eh!
"Aku nak pergi balai buat report pasal kes semalam," ujarku. Wajah Ryan berubah.
"Balai? Balai polis?" Soalnya polos. Aku mendengus. Dah jadi bodoh ke mamat ni? Mestilah balai polis, takkan balai bomba pula! Perompak nak masuk rumah kau cari bomba kenapa?
Aku sengih bodoh."Takkan balai bomba kan," sindirku.
Wajah Ryan bertukar. Aku tak berapa reti untuk tafsirkan air mukanya dalam perkataan. Namun, pada pandangan aku, Ryan tampak tak begitu selesa.
"Nak report pasal apa?" Tak tahulah dia pura-pura bodoh ataupun dia kena ketuk dengan perompak semalam sampai jadi bodoh. Aku pulak yang terkebil-kebil.
"Pasal semalam! Rumah aku nak kena pecah masuk dengan perompak kot! Kau nampak kan!" Tegasku.
Ryan nganga. Dia senyum pahit dan sengih.
"Takyah lah...aku dah settle dengan uncle semalam," ujarnya. Aku pula kerutkan dahi. Sembang Uncle macam dah kenal lama. Aku angkat kening.
"I want to lodge a report," tegasku. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Lebih baik aku berjaga-jaga andai kata orang tersebut datang lagi untuk merompak rumah aku.
Selalu, selagi perompak tak puas hati, dia takkan menyerah dengan sebegitu mudah!Ryan tampak tenang.
"Tak yah kot," ujarnya.
"What do you mean by tak payah? Pres! It's legit a robber!" Aku cuba jelaskan. Ryan pandang aku dengan senyuman.
"Trust me. I dah settlekan semalam. No more robber Yellena." Tegasnya.
Melihat Ryan bertegas, aku pula yang kekok serba tak kena.***
Stella pejam mata rapat-rapat. Tak sangka dia akan disimbah dengan air cuma disebabkan kalah game. Waktu rehat, Stella berehat sahaja dalam van sementara pembantunya Genie pergi beli kopi panas. Sejujurnya, akibat disimbah dengan air, dia jadi kesejukkan dan tak selesa.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantikAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...