177

19 3 1
                                        

"What if you get pregnant?" Soalan Ryan membuatkan aku tersembur kopi susu yang aku minum. Baru hari kedua jadi suami, dah kalut tentang anak! Eyyy!
Aku ketap bibir dan pejamkan mata. Ryan nampak begitu polos bertanya aku soalan sedemikian rupa sedangkan malam semalam, dia tak kelihatan sepolos ini.

"I couldn't get pregnant within one night!" Balasku laju.
Dia dah lupa ke? Takkan tak belajar biografi zaman sekolah!

"Then we should try again tonight," balasnya selamba. Nampak muka tak bersalah, tapi entah apa yang sedang bermain di fikirannya. Aku tak rasa fikiran Ryan se"innocent" wajahnya.
Aku ternganga dengan gaya Ryan yang selamba. Dia menghirup kopi sambil memandang aku dan tersengih.

"Being a married man is freaking nice," komen Ryan. Aku berkerut lalu menjamah makanan.

"Bangun tidur terus nampak you, nak makan pun nampak you. This is nice," katanya. Dia mengambil telefon dan mengambil gambar aku dan sarapan.

Loceng pintu berbunyi. Ryan bangun, namun aku pantas melarang.

"I'll get the door," kataku.
"Might be my parcel," ujarku lagi.

Ryan seronok melihat gambar dengan Yellena di feed instagram miliknya. Sejak bercinta, dia lebih terbuka dengan hal ini.

***

Natasha tersenyum di pagi hari apabila #RyanYellenaTieTheKnot menjadi topik bualan netizen. Selain itu, Chia Department Store online juga mendapat faedah kerana menjadi trending no.2 paling hangat di laman carian.

Tak sia-sia dia upah pemasaran media sosial yang bagus. Platform media sosial merupakan perkara paling penting untuk menarik perhatian orang awam mengenai syarikatnya.
Dan Ryan, tanpa disuruh sangat mematuhi kerjanya sebagai Pengarah Pemasaran dan Kewangan.

Barangkali Ryan tak berniat untuk tujuan pemasaran.
Namun, gambar dan kapsyen instagram Ryan sudah cukup untuk buat peminat iri hati dengan kehidupan baharu Ryan dan Yellena, orang kuat Chia Department Stores.

Kapsyen yang Ryan tulis mudah dan ringkas. Ia juga bukan pertama kali public display affection yang dia tunjukkan. Sebelum ini juga ada beberapa kali Ryan upload gambar bersama Yellena. Berbeza dengan Stella, Ryan lebih terbuka saat berhubungan dengan Yellena. Mana tidak, Yell bukan figura selebriti seperti Stella.

"Starting forever with breakfast by your side. 🥂❤️ #NewlywedBliss #MorningLove"

Telefon dari Puan Chia ganggu paginya yang bahagia membayangkan ramai orang akan akses Chia Storeline di pagi hari. Bahkan, pengikut juga dah bertambah, dan semuanya disebabkan #RyanYellenaTieTheKnot. Namun, Puan Chia satu hal pula. Awal pagi dah suruh dia pergi ke villa!

***

Aku telan air liur memandang ke arah wanita yang berdiri di hadapan aku. Dia bermain dengan hujung rambut sebelum tersenyum ke arahku.

"Look who is it?! My daughter in law!" Sapa wanita itu lantas membuka kaca mata hitamnya. Mata aku jatuh ke arah dua buah bagasi di kiri dan kanannya.
"Bring this inside," dia mengarahkan aku.

Aku terpinga-pinga tapi menurut juga. Kedua-dua bagasi besar itu berat nak mampus! Entah berapa banyak barang yang sudah disumbat ke dalam beg tersebut.

Saat aku angkat kepala, Ryan berkerut memandang aku dan wanita itu silih ganti. Tanpa mempedulikan wanita yang sudah buat sofa rumah kami macam rumahnya sendiri, Ryan mendatangi aku.

"What the hell are these?" Dia mempersoalkan bagasi yang aku cuba angkat tapi tak terangkat.
Aku jongket bahu. Jangankan Ryan, aku juga blur dengan apa yang sedang terjadi. Wanita itu datang bersama beg-beg ini, dia ucap selamat dan terus masuk ke dalam rumah sementara aku perlu bawa beg dia masuk ke dalam?

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang