Majlis perkahwinan kami gilang gemilang. Konsep taman yang dianjurkan di ruang taman vila keluarga Ryan memang kelihatan cantik dengan bunga-bunga segar. Aku masih berurusan dengan gaun pengantin buatan ayah yang terlampau banya ruffle sampaikan boleh buat aku lemas.
"Pengantin perempuan, cepatlah!" Arah Rozy. Entah mana anaknya, mungkin ada dengan Jeans. Rozy menarik aku agar dapat bangun.
Vlin dan ayahku menunggu di luar.Katanya, aku sudah dipanggil oleh pengacara majlis untuk berjalan ke arah Ryan.
Ryan, masih belum pernah lihat aku memakai gaun ini. Waktu gambar pra perkahwinan, kami cuma selfie sahaja. Sebab kekangan masa dan kerja di pejabat yang terlampau banyak. Saat aku melangkah ke taman, aku lihat bangku-bangku yang pada pagi ini kosong dipenuhi hadirin.
Kelihatan wajah yang aku kenal, juga wajah tetamu yang aku tidak kenal tersenyum dengan kamera menatap keindahan busana pengantin aku.
"Baju yang ayah buat ni cantik sampai semua orang tengok tak lepas pandang," pujiku pada ayah yang mengiringi aku berjalan. Vlin tidak mengiringi aku, dia duduk di bangku usai masuk bersama denganku.
"Tak," jawab ayah.
"Pengantin cantik sangat," ujarnya. Aku tersenyum girang.Namun, senyuman girang aku bertukar menjadi senyuman penuh kebahagiaan apabila melihat Ryan siap bersut hitam. Rambutnya di sikat kemas, dan dia tersenyum dengan mata yang kuyu. Hari itu, dia tidak memakai cermin mata. Mata kuyu Ryan melihat aku. Bahkan saat dia tersenyum, matanya kelihatan bagaikan bulan sabit di waktu malam.
Kacak.
Sangat kacak.
Suami aku paling kacak sekali.Aku toleh ke kiri dan kanan untuk memberi senyum kepada tetamu yang hadir. Kelihatan Danny yang berdiri di satu sudut tersenyum ke arahku. Tak susah untuk kenal Danny. Yang paling tinggi itulah dia. Aku membalas senyum sebelum kembali memandang Ryan.
Ben yang menggalas tugas pengacara majlis memberi ucapan tahniah kepada kami. Saat aku dan Ryan berdiri berhadapan antara satu sama lain, secara tak sedar aku lupa masa bila ayah lepaskan tanganku sambil aku mara menuju ke arah Ryan yang sedang menanti.
"Pengantin lelaki, say something lah dekat bride," katanya. Ryan yang ternganga dari tadi umpama diketuk kembali ke realiti.
"Aduh! Blur pula pengantin kita!" Komen Ben membuatkan semua orang ketawa.
Aku pula jegil mata ke arah Ben. Main sedap mulut je nak kutuk suami aku!
Suami aku!
Aku ketap bibir, menahan diri dari tersengih.Salah seorang pengurus majlis memberi mikrofon kepada Ryan.
"Ehem," dia berdehem menarik perhatian seluruh hadirin dan media yang ada di majlis kami.
"You look like..." ayatnya tersekat. Aku senyum, tahu apa yang dia akan sambung selepas ini. Pasti, dia akan komen aku cantik dengan pakaian ini. Ya lah! Ryan mana pernah nampak aku pakai gaun!
Mata bundar aku menatap mata kuyu Ryan. Dia masih memegang mikrofon, cuba menghabiskan ayatnya. Dia ketap bibir, tersenyum nakal. Aku yang tak sabar menunggu, menarik lembut mikrofon dan membalas
"Like what?" Soalku lembut.
Namun, kami berdua masih lagi ada romantisnya. Dalam kenakalan kami berdua, ada hadirin yang bertepuk tangan."My dream come true,"sambutnya dan semua hadirin membuat bunyi "awhh" "ayyy" dan "aaa".
Aku tersenyum lebar mendengar kata-kata Ryan.
Aku meminta mikrofon daripada Ryan. Dia tersenyum lalu menghulurkannya kepada aku."If I'm your dream come true," ujarku perlahan.
Jeda. Semua hadirin bahkan pengacara majlis juga diam menantikan apa yang bakal terpacul dari mulut aku.
Aku tarik nafas dalam-dalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Roman d'amourAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...