Stella tak ada kerana pulang ke kampung halaman. Jadi, aku dan Rozy, sekali dengan Nattie jadi akrab. Hubungan Stella dengan Ryan, macam biasa sahaja, tak ada perkembangan melainkan sedang hangat bercinta dan bergayut telefon. Sampaikan dalam meeting persatuan pun aku nampak Ryan berbalas mesej dengan Stella.
Danny pula....
Aku macam dah lama tak nampak dia."Yell, lecturer panggil," kata salah seorang rakan sekelasku. Aku diam. Dah habis kelas, kenapa dia cari aku.
Danny dan Stella dah tak masuk kelas. Kata orang, Danny ikut pasukan ragbi sebagai pemain gantian. Sejujurnya, aku tak berapa gemar dengan sukan ragbi yang bagiku agak kasar dan menakutkan.Aku muncul di hadapan pensyarah. Wajahnya tenang sahaja.
"Ada apa ya Puan?" Soalku."Awak kawan baik merangkap roomate Stella kan!?" Soalnya. Aku angguk. Dia kemudian menunjukkan fail kehadiran dan pemarkahan Stella kepadaku.
"Stella ada masalah apa-apa ke? Dia dah kerap sangat ponteng kelas, assignment pun tak hantar," komennya. Aku diam.Stella tak datang kelas, aku tahu kerana dia ada kerja sambilan. Assignment pula aku tak berapa pasti. Katanya dia dah hantar...
Aku pun tak tanya la lebih-lebih, nanti dia ingat aku menyibuk pulak."Papa dia sakit puan," aku memberi alasan.
"Kalau berterusan macam ni, dia tak boleh naik semester nanti," komennya.
Aku mendengus perlahan. Ke situ pulak. Dah teruk la maknanya ni."Bukan kelas I sahaja ya. Lecturer lain pun dah mention pasal ni," komen pensyarah. Habis tu aku nak kena buat apa? Aduh!
"Puan nak saya cakap dengan dia ke?" Soalku polos. Puan pensyarah mendengus."Kalau boleh la, can you talk to her? Suruh nanti dia datang jumpa I?" Pesannya. Aku angguk sahaja.
***
Diana masuk ke pejabat. Saat dia menunggu di luar pejabat bapanya, kedengaran tawa perempuan dari dalam. Siapa? Dia memberi isyarat kepada setiausaha, namun gadis setiausaha itu awal lagi tunduk seakan-akan menyembah bumi.
Kedengaran bunyi tawa yang mesra. Sesekali terdengar bapanya ketawa.
Daddy jarang ketawa. Bahkan sepanjang dia kenal, daddy adalah orang yang tak akan ketawa begitu. Apa yang dia gembirakan sangat sampaikan boleh tertawa begitu?
Diana menolak pintu.Kelihatan Vlin dan Steve sedang berbincang. Beberapa fail berselerak di atas meja. Vlin tengah menghirup kopi,sementara Steve membelek fail.
"Hi daddy," tegur Diana. Steve tersenyum. Vlin memandang ke arahnya, turut tersenyum.
"Why are you here?" Soal Steve.
"I ingat nak ajak you lunch," kata Diana, menjeling Steve.
Steve memandang ke arah Vlin. Dia sudah ajak Vlin keluar makan, tak sangka pula Diana datang tiba-tiba."It's okay. We can have lunch next time," ujar Vlin mengalah.
"No! Kalau you nak ikut, I okay je," kata Diana. Dia sengaja ingin menguji sejauh mana hubungan daddy dan wanita itu."It's okay. I pergi dulu," kata Vlin, mengemas barang. Saat selisih dengan Diana, dia tersenyum sinis membuatkan gadis itu tidak selesa.
***
Disebabkan Rozy ada kelas, jadi aku keluar ke kafe dengan Nattie. Ramai pula orang di kafe, tempat pun tak ada. Ketika itu, Ryan dan Danny melambai ke arahku. Aku mengisyaratkan Nattie untuk bergerak ke arah mereka. Gadis itu, awalnya macam segan, tapi dia ikutkan juga.
"Hi Yell!" Sapa Ryan. Aku membalas sepatah, sementara Nattie berada di belakang aku.Ryan mempersilakan aku dan Nattie duduk. Melihat Nattie terus duduk setentang dengan Danny, aku duduk di hadapan Ryan. Makanan mereka masih banyak, barangkali baru duduk jugak kot!
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...