19

22 2 0
                                        

Balai polis.

Aku berdiri di belakang Danny. Baru aku sedar bahawa Danny memang tinggi dan badannya tegap. Ryan pula sedang berurusan dengan beberapa orang polis.

Aku sedang berhadapan dengan dua masalah.

Pertama, tiga orang yang kena pukul tu tuduh aku,Ryan dan Danny yang mula pukul mereka. Tak dinafikan, memang aku yang bagi penendang dahulu. Dan...aku juga yang dah patahkan gigi depan salah seorang daripada mereka dengan tendangan 360 darjah. Silap haribulan, jangan kata mereka, dengan aku sekali melingkup dalam lokap untuk malam ni. Mereka juga tuduh aku atas cubaan mencederakan dengan sengaja disebabkan tendangan maut aku sebentar tadi dah membuatkan gigi salah seorang daripada mereka patah.

Rozy dan Stella pula masuk ke dalam sebuah bilik berasingan untuk beri keterangan.

Masalah aku yang kedua, pihak polis suruh waris atau ahli keluarga terdekat aku untuk datang jemput dan jamin. Walaupun aku dah dewasa, tapi tetap kena ada ahli keluarga.

Kau ingat Vlin senang-senang nak datang ke?

"Yell," suara Danny mengejutkan aku dari lamunan. Wajahnya yang sedikit lebam itu kelihatan redup. Nasib sahaja dah sapu ubat. Ryan pula terkehel bahu, katanya tak serius.
"Aku nak kena tidur lokap ke?" Soalku. Danny cepat menggeleng.

"I dengan Ryan uruskan. You nak call parents you ke?" Soalnya. Lembutnya bahasa. Tak pernah dia berbahasa selembut ini dengan aku. Cara pandang dia pun berbeza. Sebelum ini, dia selalu menjeling aku, kini dia berusaha untuk pandang mata aku walhal aku cepat melarikan anak mata aku dari bertentang dengannya.
"Tak nak lah. Takut," balasku. Dia angguk.

"Okay," putusnya.
"You tak cedera kan?" Dia memastikan bahawa aku dalam keadaan baik sekali lagi. Tangan Danny mencapai lengan aku, dia memandang aku mencari luka atau kesan calar. Pantas, aku menolak lembut tangannya, tak selesa.
"Yell," panggilnya apabila melihat aku seperti melayang.

Mampus aku kalau Vlin tahu!

"Don't worry okay. Trust me," dia cuba meyakinkan aku.  Danny mencuit pipi aku. Aku membundarkan mata, apahal mamat ni? Gila ke? Aku tunduk. Danny lagaknya biasa sahaja, aku yang tak selesa. Aku rasa dia memang tak kisah bab skinship antara lelaki dan perempuan. Buktinya, selamba badak sahaja dia cuit pipi aku tanpa rasa bersalah.

Beberapa detik kemudian, Ryan datang pada aku dan Danny.

"Stella dengan sorang lagi mana?Tak habis lagi?" Soalnya. Danny menjawab soalan Ryan. Mereka berdua masih lagi di soal siasat, rasanya tak ada apa-apa yang akan terjadi. Mereka cuma beri kerjasama untuk polis tangkap dalang di sebalik penipuan ini.

"Betul lah Danny macam kau cakap. Scam ni, dah ramai student kita kena. Cuma tak heboh," ujar Ryan. Aku teringat kepada kata-kata Ryan tempoh hari. Maksudnya sebelum kami edarkan poster awas penipuan kerja sambilan lagi.
Wajah Ryan bertukar risau. Aku melihat Ryan. Ryan sepertinya rasa bersalah.

"Polis cakap apa?" Soalku.
Ryan garu kepala.
"Entahlah. Dalam siasatan," jawab Ryan. Aku angguk. Aku sebenarnya nak tanya sama ada dakwaan terhadap aku digugurkan atau belum. Aku mencuit lengan Danny, cuma dia sahaja yang tahu kerisauan aku sama ada kena tidur lokap atau tidak untuk malam ni.

"Lawyer dah sampai?" Soal Danny. Ryan angguk.
Danny memandang aku.
"The guys are not going to press charges against you," Danny menenangkan aku yang gundah gulana.
"Lawyer kitaorang dah sampai," kata Ryan padaku. Ryan memandang aku.
"Don't worry Yell; you sekali kitaorang cover," bisik Ryan.

Dakwaan mereka mengatakan aku yang menyerang. Nasib sahaja Ryan yang bercakap dengan pihak berkuasa, kalau aku yang kena soal tadi...
Nasiblah anak orang kaya ni ada peguam.
Kalau polis telefon Vlin untuk aku, tak ke nama dia takda pasal cari pasal?!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang