Aku beratur untuk membayar barang. Saat aku sampai di juruwang, aku lihat satu wajah yang aku cukup kenal.
Jean.
"Yell," dia menegur aku. Aku memandang Jean. Seluar jeans lusuh yang dipakai, serta dia yang makin cengkung buatkan aku tertanya-tanya sama ada dia sedang dalam masalah.
Tapi, kalau Jean dalam masalah sekalipun, ia bukan masalah aku.Air soya kotak beli satu percuma satu, aku beri pada Jean.
"Bagi kau," hulurku. Dia tercengang, namun tidak menolak pemberian aku. Mungkin, aku patut angkat kaki dan pergi sahaja. Ya, lah! Jean mungkin juga tak nak aku banyak tanya atau lama-lama dekat kedai. Lagipun, bekerja sambilan dalam cuti semester bukan sesuatu yang pelik. Tak semestinya aku tak buat bermakna orang lain tak boleh buat."Yell, kau tunggu aku kat kerusi kejap. Aku dah nak habis syif ni," katanya menghentikan aku. Aku menoleh dan memandanh Jean. Aku kemudian angguk.
***
Danny bangun awal untuk keluar hujung minggu. Walaupun baru sahaja balik dari bercuti bersama pak cik dan rakan universiti yang lain, dia tetap sahaja bukan jenis yang akan duduk di rumah. Apabila dia ada di ruang tamu, kelihatan Diana sedang duduk termenung di situ.
"Sis, what's wrong?" Soalnya. Sejak pulang dari luar negara, kakaknya bekerja dengan ibu, Jennifer. Tak cakap banyak, mereka juga jarang berhubung atau bertembung. Lagipun, Diana tinggal di rumah pemberian daddy, dia pula di asrama. Jarang benar mereka bertembung atau duduk bersua muka. Hubungan mereka tak adalah terlampau akrab atau terlampau jauh. Biasa sahaja. Bila jumpa tegur dan sembang macam biasa.
Lainlah waktu kecil dahulu di mana dia dan Ryan ke mana-mana asyik ikut bontot kakak sahaja."Apahal kau monyok je?" Soal Danny.
"Mummy ajak aku teman dia makan tengah hari dengan Aunty Natasha," kata Diana.
Danny senyap. Siapa tak kenal Aunty Ngah Natasha, mulut lebih puaka daripada puaka. Dalam bahasa orang muda dipanggil mulut longkang. Setiap bait kata-kata kalau tak menyakitkan hati memang tak sah.
Antara orang yang akan jadi mangsa Aunty Natasha pula ialah, Mummy dan Pak Su Ryan.Jarang dia gelarkan Ryan dengan panggilan Pak Su. Maklumlah sebaya. Cuma kalau ada Datuk dan Nenek sahaja dia guna gelaran Pak Su.
"Nak aku ikut sekali ke?" Soal Danny. Soalan yang dia tahu jawapan. Mestilah. Daripada Diana sendirian yang terpaksa tadah telinga dengar Mak Ngah asyik memerli, baik dia bawa adik sekali. Kurangnya ada lelaki, mana tahu dia segan nak cakap.
"Kobayashi dengan Jonaz ada sekali tak?" Soal Danny. Berbanding nama, dia lebih suka gelarkan nama anak-anak Mak Ngah Natasha dengan nama akhir mereka. Nash Kobayashi dan Nick Jonaz.
Diana angkat bahu tak tahu."Daddy ikut sekali ke?" Soal Danny polos. Diana diam. Takkan dia nak bagitahu yang daddy awal lagi dah keluar?
***
"How's the trip?" Soalnya ceria, meletakkan dua cawan air tin di atas meja. Jean duduk di hadapan aku. Dia kemudian menghulurkan aku nasi onigiri sebelum membukakan air tin tersebut kepadaku.
Aku ambil sahaja. Dah orang bagi, siap buka tin lagi...takkan aku nak tolak.
"Okeylah," jawabku. Percutian itu tak adalah seronok sangat, tapi masih boleh dikatakan okey. Tak adalah terlampau membosankan pun.
"Rumah percutian Chia family, takkan okeylah je?" Jean tak putus asa mengorek cerita.
Aku pandang Jean tak berkelip."Apart from the beach, aku rasa yang lain okey sahaja," komenku. Jean ketawa sinis.
"Rozy macam mana?" Soalnya. Aku pandang Jean, macam sengaja dia larikan anak mata daripada aku. Tapi, kalau dah tanya pasal Rozy tiba-tiba...
Okey. Takkan dia nak tanya pasal Fiq pula kan. Takkan dia nak tanya pasal Stella yang terang-terang dah ada pakwe!! Hish.
"Okey," balasku.
"Did she get closer with Fiq?" Soalnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...