116

12 2 0
                                    

Stella betulkan rambut. Dia pandang ke arah Ryan yang berada di tempat pemandu. Ryan sudah masuk parkir dan Stella mulai tak selesa.

"Do I look good?" Soal Stella.

"Pernah ke you tak cantik sayang?" Soal Ryan kembali. Stella senyum segaris, ucapan Ryan tidak menenangkan hatinya langsung. Stella senyum tawar. Dia menunggu Ryan bukakan pintu kereta untuknya. Ryan cuba memegang tangan Stella, namun segera di tolak. Bagi Stella, first impression itu penting, dia tak mahu ibu dan ayah Ryan ada tanggapan yang dia seorang yang manja dan mengada-ngada sampaikan nak kena berkepit dengan Ryan.

"My Ryan!" Suara ceria Madam Chia menyapa. Stella melihat Ryan berlari ke arah ibunya dan mencium pipi tua itu. Tua. Tanggapan Stella pada ibu Ryan ialah wanita itu barangkali sebaya dengan neneknya. Ya lah, mana taknya. Sedangkan Danny yang sebaya mereka pun merupakan anak saudara Ryan, mestilah ibu Ryan ada gelaran nenek. Family Tree yang agak complicated ini sebenarnya membuatkan Stella rasa kekok.

Madam Chia memandang Ryan dan Stella.

"How are you?" Soalnya menghulurkan tangan untuk bersalam. Stella senyum. Melihat ibu Ryan yang hulurkan tangan untuk bersalam dahulu membuatkan dia rasa dipelawa. Saat menyambut salam itu, belum sempat apa-apa, pantas wanita itu menarik tangannya tak sudi. Ryan senyum sahaja, tak perasan dengan perbuatan ibunya. Beza pula dengan Stella, dari salam perkenalan pertama...dia dah boleh agak penerimaan keluarga Ryan terhadapnya. Ryan dan Stella berjalan bergandingan ke ruang makan.

Pertama kali jejakkan kaki ke Fu Jian Jia, kediaman keluarga Chia membuatkan Stella rasa kerdil. Rumah yang serba mewah, dilengkapi perabot kayu yang klasik dan tampak mahal. Bahkan, jalan ke ruang makan keluarga mereka turut tampak macam istana. Walaupun keluarga Chia bukan monopoli besar berbanding syarikat-syarikat lain, namun mereka terkenal zaman berzaman dengan kekayaan keluarga yang tujuh keturunan makan tak habis.

Stella tunduk. Dia ketap gigi sahaja dengan perbuatan Madam Chia yang begitu "smooth", tak nampak langsung dia tak suka kau, padahal hakikatnya dia memang tak suka kau. Saat Stella sampai ke ruang makan; beberapa muka yang dikenalinya turut ada.

Diana Chia; boss di tempat kerjanya.
Jennifer; ibu kepada Diana Chia dan Danny Chia; merangkap kakak ipar Ryan. Tak nampak pula ayah Danny di situ.
Tuan Chia duduk di kerusi, tersenyum ke arahnya. Di sisinya, Natasha Chia sedang memerhati.

Natasha Chia, mengenakan baju corak harimau bintang. Sambil memerhati ke arahnya dengan senyuman sinis. Di tepi Natasha Chia; ada dua orang anak lelakinya yang turut sama terkenal; sentiasa menghiasi ruangan gosip media sosial.

Nick Jonaz dan abangnya Nash Kobayashi. Dua beradik yang berlainan bapa; namun berkongsi ibu yang sama.

"Wah; makan malam keluarga pun jemput artis ke?" Soalan Nick berbentuk perli berbanding ayat penyata. Ryan duduk di sebelah Nick manakala Stella ambil tempat di sisi Diana. Madam Chia duduk setentang dengan Natasha.

"Mestilah. Calon adik ipar mummy kenalah dari golongan yang cantik," tegas Natasha. Namun, cara pandang wanita itu cukup untuk buat Stella tak selesa. Ryan tampak rileks sahaja, barangkali dia tak sedar pun bahawa mereka-mereka itu tidak suka dengannya.

Lauk pauk mewah dihidangkan di hadapan mata. Ryan mengambil sepotong daging lalu dimasukkan ke dalam pinggan Stella seraya tersenyum. Stella membalas senyuman Ryan.

"Dengar cerita you nak berlakon filem ya!" Tegur Natasha. Stella senyum dan angguk. Dia tak tahu macam mana nak bahaskan dirinya dengan Natasha yang tampak lebih tua berbanding dirinya. Namun, bagi Stella, dia rasa tak selesa dengan keadaan itu. Tambahan lagi melihat bapa Ryan yang sepatah langsung tidak bersuara. Natasha juga memandangnya sinis. Bossnya, Diana Chia tampak kerdil sahaja berbanding ahli keluarga Chia yang lain, sedangkan di ofis mereka, Diana lah yang paling lantang bersuara. Lain pula dengan Ryan. Dia tampak tenang. Terlalu tenang, langsung tak cuba memahami posisi Stella yang canggung.

***

Aku meneliti laporan audit dalaman. Tak ada benda yang pelik, bahkan macam Abraham cakap, semuanya normal sahaja.
Softcopy yang ada dalam drive syarikat aku teliti semula. Tak ada satu pun yang pelik. Tapi, kenapa aku rasa tak puas hati:

Aku pergi ke meja kerja. Mencari fail-fail yang ada di dalam bilik. Walaupun orang cakap hal ofis jangan bawa balik rumah, namun aku tetap degil. Macam waktu kecil-kecil dulu cikgu cakap kerja sekolah jangan bawa balik rumah tapi aku tetap nak buat dekat rumahlah! Aku meneliti fail yang ada.

Eh...
Mana fail proposal lama aku! Aku cari semula. Aku pernah print satu proposal untuk diberikan pada Ryan. Tapi, sebab kes Ryan tolak kerjasama dengan syarikat besar, akhirnya aku bawa balik dan simpan di rumah. Aku cari fail itu, namun tak ada.
Barangkali aku letak di pejabat.

Pintu bilik dibuka.

"You're not going to eat? I bought chicken skewers!" Vlin berpeluk tubuh memandang aku. Aku pandang Vlin, macam tahu sahaja dia yang aku tengah lapar.
Aku segera berlari ke pintu.

"You cari apa?" Soalnya.

"Works matter," jawabku. Vlin senyap. Dia pandang aku tanpa riak.
"Is that so?" Soalnya.

****

Vlin melihat sahaja Yellena sedang makan dengan bersungguh-sungguh. Apabila sate yang ada dalam pinggan budak itu habis, dia tolong untuk topapkan. Masih ingat lagi sewaktu dia kecil dahulu. Ayah akan beli sate, namun dia tak dapat makan dengan puas sebab terpaksa berkongsi dengan anak buah yang masih hingusan.

Setelah ayah dan ibu meninggal, tanggungjawab untuk menjaga anak buah yang satu itu jatuh kepadanya. Ada kalanya, Vlin macam nak hantar Yellena ke rumah anak-anak yatim; namun dihalang oleh teman lelakinya Daston. Kata Daston, kehadiran Yellena menandakan bahawa Vlin masih ada keluarga di dunia ini.

"Aren't you eating?" Soal Yellena. Masih sama macam dahulu sewaktu dia kecil-kecil. Vlin mencebik.
"You makan lah," jawabnya, masih menggunakan skema jawapan dulu.

Jeda. Dia pandang Yellena. Dari kecil tak rasa kasih sayang ibu bapa. Sekarang bila bercinta, barangkali dia takkan ada happy ending dengan Danny Chia.

"Yell...you know that you're dad now are out of jail right?" Soalnya. Yell diam.
"If you go to him, you won't feel so bad about Danny," ujar Vlin. Yell senyap sahaja, masih makan sate ayam.
"I'm not giving up to search for the truth," tambah Vlin.

Yell memandang wajah tenang Vlin.

"Danny will leave me if he know about you and uncle right?" Soal Yellena. Vlin mendengus.
"Knowing him...maybe," balas Vlin.

"In fact; any normal son will," kata Vlin bertegas.

"Then, he can just leave me lah. However, I'll never leave you," ujar Yellena ikhlas.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now