155

20 3 2
                                        

Aku buka tingkap kereta Ryan lantas
menghulurkan tangan merasa angin malam. Usai Ryan hantar aku balik, aku masih berdiam. Fikiran aku kosong.

"Wanna go for a drive?" Soalan Ryan tidak aku jawab dengan gelengan mahupun anggukkan. Ryan juga tak menanti jawapan aku, sebaliknya terus pakai kembali seatbelt dan gerakkan kereta.

Entah ke mana hala tujunya. Ryan memandu di lebuh raya, bertemankan langit malam tanpa bintang berkelipan, serta lampu jalan. Aku pula, sengaja buka tingkap, membiarkan tangan menyentuh angin.

***

Vlin hampir terlelap. Hampir jam tiga pagi Yellena masih belum pulang. Pagi tadi bukan main gembira, siap menyanyi kecil sambil buat sarapan.

Vlin mendengus. Mana budak tu pergi. Selalunya tanpa ditanya dia akan cakap bahawa dia akan pulang lambat. Mesej tak berbalas, panggilan telefon tak diangkat.

***

Pantai. Ryan bawa aku sampai ke pantai. Kami berada di parkir, betul-betul menghadap pantai. Jarak dari bandar ke pantai jauh, entah berapa lama Ryan memandu, aku tak sedar.

Dia diam sahaja sambil membuka tingkap kereta. Dia matikan enjin dan duduk di dalam kereta, meletakkan lengan di cermin sisi dan memandang kosong ke arah pantai.

Melihat Ryan diam tak bercakap, aku juga berdiam diri. Tingkap yang terbuka membuatkan aku dapat hidu angin udara bayu laut. Sejuk dan tenang. Aku lentokkan kepala ke tingkap kereta.

Diam.
Baik Ryan mahupun aku, kami berdua diam sahaja melayan perasaan masing-masing.

Mungkin dalam hal antara aku dan Danny, ianya separuh salahku. Membiarkan Danny terlampau lama menunggu kata-kata sedia dari aku. Bahkan, aku dapat rasakan andai aku terima lamarannya dari awal, semuanya takkan jadi begini.

Tak. Ini semua salah Danny! He's screw us up! Dia yang menjadi punca semua ini. Ini bukan salah aku! Semuanya salah Danny! Dia yang tak setia! Aku cuma minta ruang dan peluang, bukannya aku nak tolak dia! Aku cuma mahu masa bersedia! Yang curang sekarang ni bukannya aku!

Bukan! Ini salah Stella! Kalau dia tak rampas Danny dari aku, semua ini tak akan terjadi.

Taklah!! Ini salah Vlin! Kalau Vlin tak bercinta dengan ayah Danny, mesti semua ini tak akan berlaku.

Aku memandang ke sebelah. Salah Ryan. Ryan yang tak jaga Stella dengan baik!

Aku mulai menyalahkan orang lain. Namun, jauh di sudut hati, semuanya ialah salah tak lain tak bukan...salah aku.
Aku pandang kosong ke arah pantai. Ombak menderu lembut dan perlahan. Sedar tak sedar, matahari mulai terbit.

Dan aku dan Ryan, sama-sama mendiamkan diri memandang ke arah matahari yang sedang terbit.

***

"Yell," suara husky Ryan mengejutkan aku dari lena. Entah bagaimana aku boleh terlelap. Bukankah aku sedang menikmati matahari pagi sebentar tadi?

"Hm," sahutku. Tak bermaya. Tak ada mood dan yang pastinya badan aku rasa lenguh sebab tidur yang tak betul.

"Dah sampai kedai makan, jom turun. Dah lunch hour ni," ujarnya. Aku senyap. Tekak aku tak terasa nak telan makanan. Sekarang ini, aku lebih ke arah tak mahu makan apa-apa, aku cuma nak berbaring kelesuan sambil layan perasaan.
"Kau pergilah makan. Aku tak lapar," jawabku. Sejujurnya, tekak aku tak lepas untuk telan makanan di waktu sekarang. Aku kemudian kembali melentokkan kepala ke pintu kereta dan pejamkan mata. Aku dengar Ryan mendengus.

"Tak lapar pun kena makan. We haven't eat anything yet," pujuknya. Aku mendengus, mata masih terpejam.
"Kau pergilah makan, aku tak nak..." jawabku.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang