Aku hanya mampu urut leher melihat gambar aku dan Ryan di laman sosial milik majalah Exonomic. Itu belum masuk komen netizen di ruangan komen.
Tempoh hari, aku tak rasa gambar kami "scandalous" macam tu.
Mulanya aku tak perasan, namun Vlin yang hantar screenshot gambar membuatkan aku hanya mampu mengeluh.
Siapa lah edit sampai jadi macam tu?Aku cuba untuk beritahu Ryan, namun dia lebih sibuk mesyuarat dengan Kasut Cantik yang ada di bawah kami. Maklumlah, mereka baru sahaja alami masalah dan kerugian besar, jadi mereka mahu berbincang dengan Ryan mengenai apa yang kami perlu lakukan selepas ini. Saat aku lalu di bahagian setiausaha, mereka memuji chemistry antara aku dan Ryan, tak kurang ada yang kata kami sepadan. Aku hanya mampu mengeluh dan menidakkan sahaja, namun lagi aku nafikan lagi sakan pula mereka menyakat. Sudahnya, aku hanya mampu pulang ke kerusi kerja sambil serba salah.
Aku kena terangkan pada Stella apa yang berlaku.
Aku juga perlu terangkan pada Danny.
***
"You and your girlfriend look good together," Komen Kimberly. Matanya terkebil-kebil memandang Ryan.
Ryan sengih sahaja, dia malas untuk terangkan panjang lebar dan malas nak bercerita. Akhirnya, dia anggukkan sahaja. Di ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang cakap dia dan Yellena sepadan, tak kurang ada beberapa netizen yang cakap Ryan sebenarnya bercinta dengan Stella, artis baharu. Tapi, dia mahupun Stella tak berikan penjelasan. Ryan sudah bercerita awal lagi pada Stella, namun gadis itu sedikitpun tidak terusik. Dia lebih pentingkan kerjanya dengan Team Variety Show berbanding gosip picisan ini.
Sedangkan, Stella tahu yang majalah Exonomic, dah buat Yell dan Ryan nampak macam "cp" ; couple sangat. Kata Stella, gosip bodoh macam tu tak perlu masa yang lama untuk reda. Bagi Ryan, Stella agak berani dan tak peduli apa sahaja asalkan dia fokus dengan kariernya.
"I can say, your couple lah yang paling berjaya antara entrepreneurs muda yang nak tolong orang muda," komen Kimberly. Kimerly sambil berbual, dia melihat laman sosial di mana ramai netizen yang meninggalkan komen "i ship" di ruangan komen.
"Maybe we should recruit Yell to our team," sampuk Ratson. Ryan memandang dengan senyuman.
"Sorry, She's mine," tegas Ryan.
***
Tawa Danny meledak sebaik sahaja aku selesai bercerita mengenai kes majalah Exonomic. Dia juga dah tahu yang aku dah dekat 30 kali telefon tapi Stella tak menjawab. Perasaan risau, takut, serba salah dan marah menyelebungi aku. Buat masa ini, aku tak berani tinggalkan sebarang komen di media sosial milik majalah Exonomic. Ryan juga buat senyap sahaja. Aku kena tunggu Ryan buat komen, baru boleh aku balas, betul tak?
Dan, aku perlu jelaskan perkara sebenar kepada Stella. Setelah itu, kalau ikut muka tak malu aku, aku akan minta nasihat dan pandangan Stella selaku orang dalam industri untuk berhadapan dengan permasalahan ini.
Bukanlah besar sangat masalahnya. Bukan kena kecam pun. Tapi, kalau dah orang ramai salah anggap yang kau bercinta dengan Ryan, sedangkan masing-masing kami dah ada pasangan, memang haru biru jugak hidup aku. Masalah utama aku ialah, sekarang ini aku tak tenang.
"Yell, you okay?" Soal Danny, menyedari aku dah lama palau dia di corong telefon.
"No, I'm not," balasku acuh tak acuh. Aku pun dah tak tahu macam mana nak berhadapan dengan semua perkara ini.
"Chill lah Yell. Actually the photographer pun edit ikut kehendak coordinator jugak, makan gaji biasalah," Ujarnya. Aku diam. Danny pernah buat kerja-kerja begitu dahulu, mestilah dia pun faham bagaimana urusan belakang tadbir dijalankan.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...