176

15 3 0
                                    

Aku duduk di atas sofa,lengkap berpakaian pengantin. Aku pandang sekeliling lantas tersandar. Usai pulang ke rumah kami, Ryan senyap sahaja. Kehadiran wanita yang mengaku sebagai ibu kepadanya jelas menggoncangkan emosi Ryan pada hari pertama perkahwinan kami. Aku memandang pendingin hawa di ruang tamu. Ibu mertua? Siapa dia yang sebenarnya? Muncul secara tiba-tiba dan membuatkan Ryan tak keruan.

"Princess,heyy..buat apa termenung dekat sini?" Soalnya. Ryan hanya memakai tuala dan meletakkan tuala muka di atas kepalanya.

Aku tercengang melihat Ryan.

"Kenapa you duduk Ryan tamu tercengang ni? Kenapa tak salin baju lagi?" Soalnya.

Aku tutup mulut. Niat di hati nak bertanya tentang wanita yang hadir tadi terkubur sebaik sahaja melihat otot kekar Ryan di bahagian perut dan lengannya. Ryan menggosok perutnya sambil memandang aku.

"Cepat lah mandi. Tak kan nak sia-siakan effort I pergi gym for tonight?" Katanya. Aku cuba bangun dari sofa, namun tenggelam dek kain yang terlampau mengembang.

"Nak mandi lah ni, but I tak boleh nak capai zip belakang dress ni," ujarku. Aku berusaha untuk bangun dan menunjukkan lengan yang pendek tidak dapat capai bahagian belakang aku.

Ryan ketawa, dia kemudian bergerak ke belakang aku. Perlahan dia menarik zip bajuku perlahan. Saat hujung jarinya menyentuh belakang aku, bergetar seluruh tubuh. Aku telan air liur apabila jari jemari Ryan menyentuh bahagian belakang aku. Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku hampir tak keruan apabila dengus hangat nafas Ryan menggigit belakang leherku. Dia hanya bernafas, namun aku sudah mula menggila.

Saat Ryan mula meliar tangannya, aku menghentikan Ryan.

"Abang, kasi I mandi dulu," pintaku. Aku pandang Ryan tak berkelip. Ryan senyum sinis, masih memegang hujung ropol pada baju aku.

"Kejap eh," kataku menggigit bibir. Ryan senyum nakal.
Dia mengekori langkah aku ke bilik mandi. Saat aku tolak daun pintu kamar mandi, dia juga mengekori aku.

"Hello, excuse me," aku mengisyaratkan yang aku mahu mandi.
Dia berdiri, membelakangkan tangan.

"Should I help you more?" Soalnya.

Aku kerutkan dahi. Tolong? Nak tolong apa? Nak tolong aku mandi? Mengarut? Kalau setakat nak buka paip air, tak payah mengada.

"You nak tolong I mandi?" Soalku.
Dia diam seketika. Lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik air sekali dengan aku.

"The dress! I shall help you with the dress," ujarnya. Aku jegil mata.

***

Wanita berambut panjang itu duduk di meja makan. Tuan Chia, Puan Chia, Steven Chia dan Natasha Chia diam tak bersuara.

"You guys only served this shit?" Soalnya kepada pembantu rumah.

"I want salad," dia menolak makan malam ke tepi. Wanita lewat 40-an itu membuka kaca mata hitamnya. Dia pandang Tuan Chia dan Puan Chia lantas tersenyum.

"Mama, ayah. Aren't you glad that I'm home?" Soalnya. Puan Chia tunduk.
"Bukan ke dekat Venice you elok je. Kenapa you balik?" Soal Tuan Chia.
"I dah suruh you jangan balik!" Marah Tuan Chia.

Wanita itu tertawa sinis.
Dia pandang Natasha yang sedang makan puding. Acah terpaling sopan.

"I heard you bercinta dengan Finance Minister," katanya.
Natasha tersentap, dia pandang ke arah wanita yang muda sedikit daripadanya.
"Aren't you too old for this love play?" Soalnya sarkastik.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now