113

14 2 2
                                    

Tamat pengambaran. Rupanya tak adalah berlagak macam couple sangat. Sekadar Ryan dalam iklan tolong aku ikat tali kasut sebagai promo Kasut Cantik sahaja. Tak adalah susah mana. Cuma ikat tali kasut sahaja. Tak ada apa yang nak di cemburukan atau menyebabkan perbalahan pasangan.

Usai pengambaran, kami semua berehat sambil makan food truck yang disediakan oleh Abraham. Aku menikmati takoyaki yang ada.

"Wahh!!! Yell cantik lah hari ni!" Teguran Nick membuatkan aku mencebik. Ben turut memuji aku, begitu juga Abraham.
"Pakai make up tuu!" Sambut Ben. Aku menjeling mata ke atas. Mengada-ngada sungguh tiga ekor ni!
Abraham menunjukkan gambar yang dia ambil sebentar tadi. Tampak okey sahaja. Kami kemudian duduk di meja sambil main telefon.

Aku lihat mesej Vlin. Tampaknya dia ada di talian, jadi kami berbalas pesanan mengenai apa yang boleh kami makan malam ini. Sama ada masak ataupun pesan makanan.

"Yell!" Panggilan Nick kejutkan aku. Aku segera pandang Nick.

"Tengok ni Yell!" Dia menarik kerusi ke arah aku. Nick tunjukkan telefon, kelihatan Fesbook Danny, laman sosial milik Danny. Ada beberapa gambar bayang-bayang perempuan di platform media sosial milik Danny dengan kapsyen "miss the old days". Aku merenung gambar-gambar itu lama.
Barangkali gambar perempuan yang dia pernah ambil gambar dahulu. Lama aku tenung kapsyen itu. Siapa gerangan perempuan dalam bayang-bayang? Danny ni sengaja post begini sebab marahkan aku dengan Ryan syuting iklan ke? Ada gambar bayang-bayang, dan ada gambar perempuan. Tapi aku tak nampak mukanya. 

Satu lagi. Gambar belakang perempuan dekat pameran lukisan!

 Gambar belakang perempuan dekat pameran lukisan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alah! Setakat video aku dan Ryan yang tak sampai 10 saat, lagipun kami bukan watak utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alah! Setakat video aku dan Ryan yang tak sampai 10 saat, lagipun kami bukan watak utama. Cuma sekadar ada sahaja. Perlukan Danny balas aku dengan letak gambar perempuan lain dekat media sosial miliknya.

Ni namanya nak gaduh!

Aku tenung gambar bayang-bayang yang Danny post di dalam laman sosial. Gambar ni nampak macam gambar sebelum dia bercinta dengan aku. Tapi masalahnya siapa? Nampak macam perempuan. Gambar bayang-bayang perempuan kot! Bukannya aku kenal.
Lama aku tenung, dah la pakai telefon bimbit si Nick.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now