"That's sound shitty..." komen Danny.
Aku bercerita kepada Danny mengenai apa yang terjadi di pejabat. Tak tahulah bagaimana reaksi Danny kerana kami hanya voice sahaja. Sebab penampilan aku sekarang tak elok untuk panggilan video.
"Kesian Ryan. I'm so worried about him," ujarku menceritakan bagaimana Ryan nak pengsan dan hidungnya berdarah.
"He might be stress, with works, relationship," balas Danny. Dia lebih banyak berdiam dan mendengar, sesekali cuba beri komen.
"I should find him citrus lemon tea. Orang cakap, boleh beri ketenangan," balasku.
"I'm so worried," tambahku.Danny senyap.
"You're really care about Ryan right?" Soalnya.
Aku tersentak. Eh, soalan apa ni! Bunyi macam ada nada cemburu.
Tapi, takkanlah dia nak cemburu. Mana logiknya dekat situ."Of course! He's my boss, he's my friend," ujarku.
"Ahaa," kata Danny. Aku kerutkan dahi.
"My uncle Ryan,, always said that you're his bestie," kata Danny. Aku ketawa sarkastik.
"Aaa, macam tu pun bolehlah," ujarku. Danny kemudian ketawa, tapi bunyi macam tak ikhlas."Bye sayang, I ada benda nak buat," katanya kemudian mematikan panggilan. Aku angkat kening, mungkin Danny sibuk. Segera aku keluar dari bilik. Kelihatan Vlin sedang memasak di dapur.
"This weird. You're cooking," komenku.
"I do cook whenever I like," balasnya. Aroma nasi goreng menjelajah ke segenap rongga hidungku. Seterusnya buat aku berkeroncong lapar.
"If you want some, go and take the plate!" Tegasnya."I want fried egg," ujarku.
"Sunny upside," pintaku. Dia menjeling ke arah peti, beri arahan supaya aku ambil telur dari dalam peti sejuk. Aku keluarkan dua biji telur sebelum terpandang satu balang berisi citrus lemon dan madu yang di peram dalam balang kaca."By the way, can I have some of your citrus lemon inside the fridge," pintaku.
"For what?" Soalnya.
Aku berikan dua butir telur yang sudah dibasuh kepada Vlin. Macam profesional, mudah sahaja dia pecahkan telur ke dalam kuali. Elok pula tu kejadiannya!
"I want to give it to my boss," kataku."Ryan Chia?" Soalnya.
"Well; macam lah I ada boss lain kan..." balasku acuh tak acuh. Aku garu kepala, masih berharap Vlin benarkan aku ambil stok yang dia telah siapkan. Vlin kemudian angguk sambil beri isyarat setuju.
***
"Where did you get citrus tea?" Soal Ryan.
"From the fridge?" Jawabku acuh tak acuh. Hari itu, aku teman Ryan untuk berjumpa dari wakil kasut cantik. Sambil menunggu, aku dan Ryan berbual-bual.
"What did your parents said about Chia Storeline," aku cuba korek cerita. Ryan diam. Tampak macam dia tak nak bangkitkan hal itu dengan aku."Nothing much," balasnya.
Aku mengeluh."By the way, kenapa Team Kasut Cantik nak jumpa kita?" Soalku polos. Macam mana aku fikir sekalipun, aku masih tak boleh nak brain kenapa brand Kasut Cantik mahu aturkan pertemuan dengan kami. Kalau ada produk baru sekalipun, mereka boleh sahaja lancarkan dekat aplikasi, tak perlu menerusi aku dan Ryan.
Ryan senyap. Dia pandang aku.
"Better we prepare for the worst," katanya lemah. Aku terkebil-kebil. Aku pandang Ryan tak berkelip. Apa kau maksudkan sekarang ni? Aku tarik nafas dalam-dalam.
"Worst?" Soalku. Aku terkebil-kebil seketika apabila untaian rambut masuk ke dalam mataku. Time ni pulak ada rambut nak masuk mata. Mata aku jadi gatal.Ryan membantu aku. Perlahan, hujung jari Ryan mencapai untaian rambut yang memasuki mata aku dan meletakkannya ke belakang telinga. Lembut sahaja pergerakkan Ryan, cukup smooth dan lancar. Tercengang jugalah aku seketika.
"Don't worry," tambahnya. Dia senyum ke arah aku. Aku diam.
Apa yang don't worry? Aku telan air liur. Ryan sekadar senyum sahaja.***
Steve memeluk Vlin dari belakang. Vlin membiarkan tangan itu melingkar di pinggangnya."You should change career from lawyer to business consultant," puji Steve apabila memberitahu jumpah keuntungan Chia Storeline yang berjaya dilaksanakan oleh Natasha. Vlin senyum segaris. Dia tak terlampau teruja dengan pencapaian Natasha. Lagipun, dia dah boleh agak sebelum ini. Saat lihat proposal Yellena, dia tahu perniagaan itu boleh berkembang pesat.
Dia tak aneh Ryan menolak proposal tersebut. Ryan bukan jenis kapitalis yang akan musnahkan perniagaan kecil.Natasha Chia lain.
Sikap tamak dan keinginan untuk membuktikan yang anak perempuan sama hebat dengan anak lelaki menebal dalam dirinya. Tak hairan kalau dia nak bersaing dengan Ryan pakai cara kotor.Lagipun, itu memang permainan keluarga Chia sejak dulu lagi. Tak ada apa nak dihairankan.
***
Petang itu, aku dikejutkan dengan mesyuarat tergempar Good System. Saat aku masuk bilik mesyuarat, kelihatan Abraham dan Ben sedang monyok. Ryan sebaliknya tampak tenang.
Tapi, aku tahu, di sebalik wajah yang tenang itu, melebihi sesiapa, Ryan lagi risaukan platform Shopa kami.
Abraham dah cakap secara ringkas mengenai mesyuarat tergempar di corong telefon. Beberapa syarikat sme kecil kami terpaksa gulung tikar kerana tak dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang tak menentu. Walaupun ada platform seperti Shopa yang memudahkan urusan kedai mereka, namun kewujudan syarikat mega gergasi dengan modal kapitalis mampu mempengaruhi penjualan mereka.
"Chia Storeline memang nak musnahkan kita ke cemana boss?" Soal Ben. Ryan menggeleng tak tahu.
"We need to do something," balas Ben.
"Kau ingat selama ni aku dengan Yell tak do something ke? Kau tahu tak PR team dah berapa hari tak tidur sebab hal ni!" Ujar Abraham. Aku setuju. Kami di bahagian kami turut mengalami masalah. Kami dah buat promosi, masalahnya tak jalan.
"Kalau berterusan macam ni, our stock will go downhell," komen Ben.
Ryan diam sahaja, macam batu!
"We need to take fast action boss!" Ben beri semangat.
Abraham mendengus.
"We've been trying," tambah Abraham mewakili aku dan kumpulan kami.Ben mendengus.
"Since they have Nick with them, bila-bila je diaorang boleh atasi sistem sedia ada kita. And it's not only Nick, they have been hiring many excellent workers and computer programmers, software developers out there," kata Ben. Nampak tak dia buat homework.
Aku diam, menjeling jam tangan dan Ryan sikih ganti. Dah lewat malam pun kami masih meeting tergempar."So, what do we need to do? Improve our sistem?" Soalku. Abraham dan Ben senyap.
"That's why we call you and boss to this meeting Yell," ucap Ben. Dia pandang Abraham. Abraham mesti dah tahu, tapi dia diamkan sahaja biar Ben yang cakap.
"We need hacker Ryan Chia to hack their system during their upcoming sale!" Kata Ben. Aku jeling Abraham. Dia nampak tenang, sah dia dan Ben dah cakap hal ni sebelum bawa masuk mesyuarat. Aduh! Apa reaksi Ryan? Aku pandang Ryan. Dia tampak tenang.
Ryan mengeluarkan telefon.
"Tu je benda yang korang nak cakap sampaikan panggil aku dengan Yell untuk meeting tergempar malam-malam macam ni," soal Ryan. Ben dan Abraham senyap.
"Yell, kau datang naik apa?" Soal Ryan.
"Mak cik aku hantar tadi," jawabku.
"Jom lah aku hantar kau balik. Aku ambil kereta tunggu kat lobi," katanya mengeluarkan kunci kereta dari poket.
"Boss, shouldn't you say something about our proposal?" Soal Ben.
"Oh..." Ryan garu kepala.
Dia kemudian senyum.
"Rejected!" Katanya tersenyum.Ben dan Abraham berpandangan. Aku menjeling ke arah Ryan. Dia dah pun tinggalkan kami bertiga di bilik mesyuarat.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
Roman d'amourAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...