22

18 2 0
                                        

Suasana di kafe itu agak tenang. Mana tidaknya, Steve dah tutup kafe itu semata-mata mahu berjumpa Vlin. Berbanding skandal, Vlin merupakan kawan dan soulmate yang memahaminya. Dia belum pernah berjumpa mana-mana orang yang dapat faham dirinya sebagaimana Vlin memahaminya.

Soulmate.

Vlin mendengar sahaja luahan Steve. Baru-baru ini Diana Chia menghadapi masalah plagarism dalam tesis master. Katanya dia tidak tahu. Buat masa ini, kes itu masih belum heboh lagi.

"I segan dengan Legal Team Chia Group kalau nak minta tolong diaorang," komen Steve. Kalau boleh, dia tak mahu masalah peribadi dia diketahui. Tempoh hari, kes Danny dan Ryan tangkap penjenayah berjaya dapat buatkan ayah gembira.

Kali ini, sudah jelas anak perempuannya yang membuat plagarisme dalam tesis. Pasti malu kalau orang tahu. Berita itu tak cukup untuk membanggakan ayahnya sebagaimana ayahnya bangga dengan Ryan yang bantu polis tangkap penjenayah.

"You nak I tolong?" Soal Vlin.
"You ada kenal mana-mana lawyer yang boleh settlekan kes ni diam-diam ke?" Soal Steve. Dia risau kalau ayah tahu. Jangan kata ayah, kalau Natasha tahu lebih bermasalah lagi.

"I boleh jadi lawyer," ujar Vlin. Steve ketawa besar mendengar ayat Vlin.
"Babe, you kan designer..." katanya. Vlin memang kelakar, sesuka hati boleh ubah kerjaya.

"I graduated degree from law school," balas Vlin. Steve tercengang. Wajah Vlin selamba. Masih banyak yang misteri dan dia belum tahu tentang Vlin.
"I pass bar exam kot, I ada lesen," terang Vlin. Riaknya selamba.

"You graduated from law school tapi you kerja interior designer!?" Tegas Steve. Vlin garu kepala.
"Tu passion I. Law School tu...cerita lama lah," kata Vlin. Steve memandangnya sambil minum kopi pekat.Vlin memang bijak dan aneh.

Vlin Beck, dilahirkan dalam keluarga sederhana. Tumpuan ibu bapa beralih padanya kerana dia seorang pelajar genius. Umur 10 tahun, dia diterima ke sekolah permata pintar, tempat pelajar genius negara berkumpul. Pada umur 15 tahun, dia dan   beberapa orang pelajar yang sekelas dengannya dalam sekolah permata pintar diterima masuk ke universiti. Dia memilih bidang perundangan. Saat itu, ibu bapanya tidak lagi peduli kerana mereka sudah ada orang baru dalam keluarga iaitu Yellena Suh, anak kakaknya yang berkahwin setelah tamat sekolah.

"You percaya I boleh handle kes tu?" Soal Vlin. Steve memandang Vlin. Buat masa ini dia cuma boleh harapkan Vlin.
"I nak you cover up kesalahan Diana," ujarnya. Vlin tidak memberi sebarang reaksi.

"Boleh ke?" Soal Steve. Pucuk dicita ulam mendatang. Vlin senyum sinis.
"You percaya I ke tak?" Soal Vlin kembali. Steve memejamkan mata sebelum tersenyum.

"You ni mysterious sungguh. Cakap. Ada apa-apa lagi ke yang I tak tahu pasal you!" Kata Steve. Vlin tersenyum.

Senyuman yang ada seribu satu makna.

***

Tak sangka taman yang agak jauh ini cantik. Aku dan Danny menaiki bas bersama. Sebelum kami pergi, dia sempat berlari balik asrama untuk ambil kamera. Kali ini dia dah tak suruh aku duduk atas ribanya. Siap minta maaf lagi pasal kes tersebut.
Dia tak sangka lawaknya dengan perempuan lain boleh jadi sexual harassment pada mata aku. Dia turut berjanji yang dia tak akan buat lawak bangang macam tu lagi.

Entahlah. Gayanya macam ikhlas, tak tipu. Tapi, dia tak ada sebab pun nak tipu aku.
Eh! Kejap! Dah kenapa aku nak kena kisah pulak kalau dia tipu aku?

Padang rumput menghijau, air terjun cantik. Tenang.
Rasa macam taman dalam drama orang putih, tapi versi nyata. Ada beberapa orang budak sedang main layang-layang, ada yang sedang berkelah.

"Yell," panggil Danny. Aku menoleh. Dia yang dari tadi ambil gambar kehidupan dan pemandangan ambil gambar aku secara kandid.
Aku terkejut, tak sempat buat ✌🏽 peace.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang