62

13 2 0
                                        

Pelik bin ajaib. Ryan muncul di hadapan aku. Hari Sabtu, pagi aku bekerja sebagai pekerja sambilan Speedmart. Sebab boss percayakan aku, jadi dia terima sahaja aku untuk kerja sambilan. Lagipun, hujung minggu macam ni biasanya Danny juga akan sibuk dengan studio fotografi. Kadang mereka pergi mendaki ke hutan atau gunung, untuk ambil gambar pemandangan. Hari biasa, mereka akan bekerja dengan model-model cantik di pentas peragaan ataupun fotoshot produk.

"Yell, can we talk for a bit," panggilnya. Aku pandang Ryan.

Sebenarnya aku agak segan dia datang jumpa aku di kedai. Dah la aku pakai baju hijau katak! Kenapa dia tak jumpa aku dekat pejabat rekaan? Aku pakai lah blaus elok sikit. Aku memanggil seorang lagi pekerja sambilan, suruh dia ambil alih tugasku di kaunter. Lagipun, syif aku pagi sahaja. Dah nak habis, sekarang dah nak dekat tengah hari.

"Okey," balasku.
"Kita makan sekalilah," kataku sambil menunjukkan kedai Mee Sup di hadapan Speedmart.

***

Stella duduk bersama beberapa orang model kelas B. Mereka baru habis fotoshot untuk produk kosmetik. Foundation yang sesuai dengan semua tona kulit. Disebabkan Stella putih, dia mengenakan tone warna yang paling cerah.

"Sayangnya, Mr Fotografer Rich Tall and Handsome tak ada," komen salah seorang rakan model. Stella memandangnya. Gelaran itu mereka beri pada Danny Chia. Adik lelaki CEO mereka dan anak lelaki pengasas BH Entertainment and Modelling Agency. Studio Danny Chia, Happiness Photography merupakan rakan kerjasama syarikat mereka.

"You rasakan, antara Diana Chia, Danny Chia, Nash Kobayashi, Nick Jonaz, siapa yang paling layak untuk jadi pewaris?" Soal salah seorang rakan model.

"Diaorang tu cucu Presiden Chia kan?" Soalnya. Stella diam. Merekalah cucu Presiden Chia yang paling popular. Semuanya disebabkan Diana, seorang pempengaruh media sosial yang dah lama bertapak.  Sayangnya, mereka macam lupa pasal Ryan Chia.

"Ada sorang lagi! Boyfriend top star kita! Ryan Chia," kata salah seorang rakan. Stella sengih sahaja bila mereka cakap pasal Ryan.

"Tapi kan...Kalau presiden Chia tak ada, naib Presiden la yang akan naik. So, mestilah pewaris antara Diana ataupun Danny," kata salah seorang lagi. Wajah Stella berubah.
Jadi, Ryan takkan dapat harta keluarga Chia? Takkanlah! Ini zaman bila, nak ikut susur galur, anak sulung sahaja boleh jadi pewaris.

"Tapi guys, I dengar kan...Presiden Chia ada seorang lagi anak perempuan," kata salah seorang. Stella diam. Ryan ada kakak, Natasha Chia. Semua orang tahu. Ada lagi anak perempuan?
"I rasa lah kan...actually Ryan tu, bukan anak betul keluarga Chia! You all tengoklah, dia muda kot, Presiden tu dah tua bangka!" Kata seorang lagi.

"You tak tahu apa-apa gosip ke babe?" Soal mereka pada Stella. Telinga Stella mulai bengang.
"Korang kalau tak ada benda berfaedah nak cakap baik diam!" Marahnya lalu bangun dari kerusi.

"Loser!" Sarkastik balas Stella sebelum angkat kaki. Wajahnya merah padam. Sebaik sahaja dia pergi, mereka mengutuk Stella dengan mengatakan dia seorang model kekwat yang kaki kikis.

***

Pelan perniagaan yang dikemukakan oleh Ryan benar-benar membuka mata aku. Aku meneliti pelan yang dirangka dengan begitu baik sekali. Memang, pelajar lulusan luar negeri ada kredibiliti untuk menguruskan pelan berskala besar begini.

"Presiden...this is gold," pujiku, terbuka minda dengan pelan yang disediakan Ryan.

Pelan perniagaan Ryan berkisarkan aplikasi penghantaran barang. Aplikasi untuk produk small business owner. Pihak aplikasi dan pengurusan akan ambil sedikit komisyen, di samping menyediakan platform perniagaan atas talian untuk pemilik perniagaan.
Terus terang, di zaman perniagaan semakin maju, internet semakin meluas, platform aplikasi sangat membantu dan boleh jadi medan mengaut keuntungan.

"Kau pun rasa juga kan," soalnya yakin dengan pelan yang dibangunkan sendiri. Aku angguk.

Aku yakin, aplikasi ini satu dalam sejuta. Pioneer kepada aplikasi lain, dan paling penting ada masa depan.

"Pres, aku yakin! Aku yakin, this will go far," kataku.
Ryan tersenyum, dia pandang aku tenang.

"That's why I'm here Yellena," katanya.
Aku pandang Ryan berkelip-kelip mata. Apahal kau datang ke sini?

"Would you like to partner up with me?" Soalnya. Matanya penuh pengharapan.
"We make a good pair," katanya yakin. Aku diam.

Ryan Chia nak ajak aku jadi rakan kongsi? Maksudnya dia nak kerjasama dengan aku buka perniagaan aplikasi ni?
"Tapi...ada satu problem," ujarnya. Dia menarik nafas dalam.

"Budget. I can't find any investor," ujarnya hampa. Aku berfikir. Mustahil pelan perniagaan macam ni, complete dan padat tak dapat minat di hati para pelabur. Aku tahu, agak susah untuk dapatkan modal. Namun, dia Ryan Chia, dan business proposal ini bukanlah tak layak langsung untuk di nilai. Aku yakin, kalau ada pelabur yang berpandangan jauh, mesti mereka akan bagi perhatian pada pelan perniagaan yang dirangka oleh Ryan.

"Kau biar betul Pres?" Soalku tak percaya. Mungkin dia belum jumpa lagi pelabur-pelabur lain.

"I think my sister behind this. Macam kau tak dengar berita, pakwe dia Menteri Ekonomi," kata Ryan hampa. Dia menarik nafas dalam.
"But, I'll find a way," ujarnya yakin. Dia pandang aku. Pelbagai persoalan muncul di benakku. Kenapa kakak dia sampai begitu sekali? Apa yang terjadi dalam keluarga Chia sampaikan Natasha Chia tak mahu kalah dengan Ryan Chia sedangkan mereka adik beradik?
Kakak dia memang macam tu ke?
Sebelum ni, atas pengaruh abang dia dan Vlin, kami terpaksa gadaikan permainan kami pada Kingsoft.

"I just need you on board Yell," pujuknya.

"Why me?" Soalku. Dia kembali tersenyum. Matanya penuh cahaya dan pengharapan.
"I remember you told me before. You want to own a business," katanya.
"Why not you work with me? Kita bukan je make a good business pair, but we understand how each other work," katanya.
Aku mendengus.

"Stella tahu tak ni?" Soalku. Ya lah! Sekarang ni, kau tengah cakap dengan teman lelaki orang.
Ryan angguk.

"Dia cakap apa?" Soalku. Wajah Ryan berubah.
"He thinks it's better if I work with my ayah," ujarnya. Aku ketap bibir. Tak dinafikan, ada betulnya kata Stella. Daripada buka perniagaan sendiri, lebih baik Ryan kerja makan gaji dengan ayah dan abangnya.
"But whatever. She'll understand if you tried to pursuade her," ujarnya. Dia begitu positif.
"Pres? Aku yang pujuk?" Soalku macam tak percaya. Eh! Suka hati kau sahaja kan! Ryan sengih.

Aku ambil salinan pelan perniagaan itu untuk di lihat semula. Setakat ini, masalah utama pelan perniagaan itu ialah pelaburan.
"Tengoklah. Aku fikir dulu," tegasku membuat keputusan.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang