Aku lihat wajah Stella murung sahaja. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, dia segera memeluk aku. Aku menepuk belakang Stella. Kelihatan seorang pekerja merangkap pengurus Stella turut ada di ruang tamu rumah sewa kami.
Pertemuan dengan Ryan sebentar tadi tak berapa lancar. Dia teragak-agak untuk menerima pelaburan nilai lima juta yang Vlin tawarkan. Jadi, aku kena lebih cekap dalam memainkan peranan. Vlin kelihatan tenang sahaja, walhal dia yang beriya-iya nak tawarkan modal yang begitu banyak pada Ryan.
"You tengok internet tak?" Soal Stella berbisik. Aku geleng. Dari tadi aku puas fikirkan macam mana nak buat Ryan terima pelaburan Vlin. Ryan pun satu. Sebelum ni bukan main lagi nak cari pelabur, ini rezeki dah datang bergolek. Kau tunggu apa lagi? Eh!
Aku jeling Genie, pengurus Stella. Riak wajahnya tak begitu baik. Aku kemudian membawa Stella duduk dan Genie menunjukkan satu laman net.
"Artis baru pukul Kwan Yul"
Tajuk berita beserta gambar Stella menarik rambut Kwan Yul ditangga. Aku mendengus. Apa pulak ni! Takkan lah Stella pukul Kwan Yul! Apa logiknya!"Apa ni?" Soalku.
"Ni sebenarnya cut scene drama! Tapi entah siapa yang post pulak," kata Genie.
"Sengaja nak bagi Kak Stella dapat masalah," tambah Genie. Stella sudah pun menangis, aku pula yang memeluknya sambil menepuk belakang."Ryan tahu tak?" Bisikku. Stella geleng.
"Ryan busy. I tak nak kacau," jelasnya. Aku angguk faham. Ya lah. Sebab tak cukup dana yang dia sibuk, kalau ambil dana Vlin, macam kuranglah sikit masalahnya."Company tak kata apa-apa ke?" Soalku. Sepatutnya pihak syarikat pengurusan akan ada public relations yang akan keluarkan kenyataan menafikan. Namun, tak ada khabar. Aku pandang Genie...macam mana syarikat buat kerja?
"Syarikat cakap, biar dulu. Kak Stella kena dapat exposure," ujarnya.Aku mengeluh. Bad exposure! Kau ingat gosip bodoh macam ni boleh naikkan nama Stella! Entah pemikiran apa yang ada dalam syarikat bodoh tersebut.
"Stella, kita saman lah company bodoh tu!" Marahku. Bengang pula aku main taktik kotor macam ni. Stella geleng. Aku yakin, hatinya hancur setelah melihat ruangan komentar netizen."Nanti, bila I popular sikit, you kan nak bukak company. You ambil I lah jadi produk you," ujarnya. Aku pandang Stella. Wajahnya merah padam.
Awwww...
Baik betul lah bidadari seorang ni."You okey ke ni?" Soalku. Dia menjuihkan bibir dan menggeleng.
"I sedih baca komen." Bisiknya. Aku memeluk Stella erat."Babe...diaorang tak kenal Stella. They can say anything they want," pujukku. Stella kelihatan tenang.
***
Vlin memandang keluar balkoni. Dia mengambil telefon dan menghubungi nombor Ryan. Harapkan Yellena, memang Ryan takkan ambil pelaburannya. Lagipun, Yellena bukan nya panjang akal sangat! Harap sahaja anak pembunuh, tapi berlagak baik.
"May I help you," soal Ryan sebaik sahaja angkat telefon.
"I nak jumpa you lagi esok," kata Vlin.
"Without Yellena," tambahnya. Ryan bersetuju.***
Seharian aku berfikir macam mana nak pujuk Ryan terima tawaran Vlin. Sampaikan aku buntu tak tahu nak buat apa. Akhirnya, aku ada idea untuk jual ladang limau peninggalan nenek dan atuk. Lagipun, aku dan Vlin tak pulang ke kampung. Selepas Vlin menjual rumah gym muay thai atuk dan rumah kedai nenek yang dia selalu buat kelas taekwando, kami dah tak pulang ke kampung.
Aku pandang geran itu. Sayang memanglah sayang.
Tapi, Vlin dah bagi geran pada aku, aku boleh buat ikut suka hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...