Colbie cailat - Begin again
Aku menjeling ke arah Stella. Wajahnya jelas tak selesa apabila Danny dan Ryan duduk di hadapan kami. Nak buat macam mana, tempat dah penuh.
Aku melihat ke dalam pinggan Stella, makanannya masih banyak."Stella, sikit nya you makan," Ryan menegur terlebih dahulu.
Danny hanya fokus makan, langsung tak kisah pasal apa yang terjadi di sekeliling. Masuk kali ini, sudah dekat sepuluh kali ketika kami berdua makan, kebetulan mereka berdua pun mahu makan. Dan kami berempat makan bersama-sama. Aku jeling Stella, wajahnya tampak tak selesa."Entahlah. I tak lalu nak makan," selamba balasnya. Dia melarikan diri daripada melihat Ryan yang asyik memandangnya. Aku senyap sahaja di tepi.
"Kenapa tak lalu makan?" Soalnya. Eh, Ryan ni! Menjadi sungguh. Kan Stella dah buat tak layan, tapi dia still mencuba.
Well, tak salah mencuba! Try lah, aku pun nak tengok macam mana pengakhirannya."Mungkin sebab ada makhluk tak diundang makan sekali kot!" Sinidirnya membuatkan aku hampir tersembur makanan. Aku akhirnya terbatuk kecil kerana ayat Stella yang cukup terus menusuk itu. Tanpa aku sedar, Danny mengulurkan aku botol air yang siap dibuka.Aku segera minum air dengan gelojoh sambil menjeling Stella.
Tak apa ke weh kau cakap macam tu? Gila! Tu Ryan Chia kot! Danny Chia pun ada sekali! Selamba badak kau panggil dia orang makhluk.Ryan kelihatan tenang sahaja, dia tersenyum nakal. Dan wajah senyuman itu turut menjentik hati remaja aku. Ryan Chia sangat tampan. Matanya bewarna coklat, wajahnya putih dan hidungnya tinggi. Dia juga tinggi orangnya, walaupun tak sekacak Danny yang barangkali ada darah kacukkan, tapi dia masih sahaja kelihatan okey!
"Mana makhluk tu?" Dengan gaya bodoh-bodoh Ryan buat-buat cari. Stella dah tunjuk muka meluat, tak kuasa nak layan.
"Sorry," pantas Ryan minta maaf apabila Stella tidak berminat dengan lawaknya. Aku tersenyum sinis pada Ryan, dia kelihatan agak cemerkap sambil menggaru kepalanya."Ha! Nasib baik jumpa kat sini," ujar satu suara. Gadis itu menepuk bahu aku. Aku memandangnya, salah seorang senior dari Persatuan Pelajar.
"Korang dua tahu tak ada meeting untuk pelapis persatuan pelajar?" Soalnya. Aku geleng, Ryan turut geleng. Kami berpandangan, dah tak ada notis, mana nak tahu.
"Esok, meeting pukul tujuh petang," katanya. Aku angguk.Kemudian senior itu mendengus.
"Nasib korang dua join. Batch mate korang, cuma korang dua je yang join!" Gumamnya. Aku angkat kening. Biar betul! Kami dua orang je daripada ratusan new student yang masuk persatuan pelajar.
Eh, Persatuan Pelajar University Gelgium ni tak glamor ke? Seketika kemudian, senior itu meninggalkan kami."Told ya, persatuan pelajar uni kita ni krik sikit, tapi kau degil nak register jugak," komen Danny.
"Kenapa pulak?" Soal Stella. Dia tampak lebih mahu berbual dengan Danny berbanding dengan Ryan."Well, mainly because sepanjang sejarah persatuan pelajar, presiden dia semuanya perempuan. So, tak ramai lelaki yang minat nak join," kata Danny.
"Kau tak cakap dengan aku pun," tegas Ryan. Danny memandang Ryan.
"Dah bagitau. Kau tak ambil peduli," Danny selamba badak.
"Well, kau jugak cakap lelaki perempuan sama je," ujarnya. Ryan cuba ingat, mungkin juga Danny pernah memberitahunya, tapi dia buat tak dengar. Kemungkinan hal itu berlaku bukan tak ada. Ryan cukup kenal diri sendiri, lepas dia buat keputusan, takkan ada yang boleh halang."Ryan, tak tau ke yang persatuan pelajar semua member dia perempuan?" Soal Stella. Aku diam sahaja memandang ke arah Ryan. Stella kemudian ketawa kuat. Ryan tersengih melihat Stella ketawa.
"Kenapa you tak masuk student council jugak Danny?" Soal Stella. Dia sengaja cuba mencari topik agar dapat berbual dengan Danny.
"Ex girlfriend I ada kat situ," relaks betul jawapannya.
Aku angkat kening. Stella tersengih mendengar jawapan Danny.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...