127

15 3 2
                                    

300 orang kini tinggal 213 orang sahaja. Aku lihat pekerja yang datang seperti hidup segan mati tak mahu. Aku ketap gigi. Gila.

Dan satu hal lagi, beberapa orang pelabur kami sudah khabarkan mereka ingin tarik diri dan membayar pampasan. Maknanya, kalau tak ada tindakan, kami akan gulung tikar. Ryan dan aku mungkin akan bankrup.
Tapi memandangkan kami tak ada pinjaman bank, mungkin tak lah sampai bankrup!

Jelasnya, kami akan kehilangan Shopa yang kami uruskan selama ini.

Melihat pekerja mengemas barang aku jadi sayu. Syarikat yang mula dengan kami berempat, dari satu aras pejabat sewa sampai kami boleh sewa aras bawah jugak...
Dan kini...
Kami balik ke kosong.

Hidup yang macam roda. Terkadang atas, terkadang bawah.

Semuanya gara-gara Natasha Chia.
Petang itu, Ryan adakan mesyuarat tergempar sebelum kami semua pulang. Dah la malam tu aku kena teman Stella.
Aku garu kepala. Bila mesyuarat nak habis ni...

"Now...they are pulling strings with our investor," kata Ryan menjelaskan situasi semasa syarikat. Abraham mendengus. Aku juga melepaskan keluhan berat. Ben, jelas nampak tak gembira.

"I've decided," kata Ryan.
"We're going to attack them," kata Ryan ketap gigi. Aku diam. Serang balas?

***
Stella cuba hubungi Yellena. Danny dah macam patung cendana berdiri dengan sejambak bunga, menanti Yellena. Rancangan Stella, Yell akan datang ke yatch tersebut dan bertemu dengan Danny semula.

Tut...tut...

"Sorry Stella, I can't make it!" Selamba sahaja kata Yell sebaik sahaja dia angkat telefon.

"Tapi you cakap, you onz!" Stella marah. Habis rosak plan dan parti yang dia rancang.

"Something come up at the office!" Balas Yell.

"Tak kira! You kena datang sini jugak!" Stella merungut dan bertegas. Kedengaran Yell menghela nafas.
"Tak boleh. Sorry," ujarnya.

"You need to come!" Kata Stella.

"Eh Stella...I cakap tak boleh, meaning tak boleh. The company needs me," ujar Yellena. Stella ketap gigi.
"Then you choose, company ke friendship kita!" Kata Stella main ugut-ugut.

"Stop jadi budak boleh tak. I sibuk, call you later," kata Yellena meletak telefon. Stella tercengang. Dia ketap gigi dan genggam penumbuk! Sebenarnya kau bukan nak jaga syarikat! Tapi kau nak jaga teman lelaki aku!!!

***

Aku kerutkan dahi. Stella tak pernah macam ni, tiba-tiba buat perangai annoying. Aku tunggu Ryan dan Ben. Ryan memandang aku sementara Ben memulakan kerjanya untuk hack sistem Chia Storeline. Mengikut logik Ryan, malam ini lagi mereka perlu lancarkan serangan terhadap laman web Chia Storeline. Esok hari minggu, kebanyakkan pekerja senior macam Nicholas yang boleh handle kes major macam kena hack tak kerja. Jadi, mereka ada banyak masa untuk sabotaj Chia Storeline dan sale mereka.

Aku jeling Ryan. Dia menghadap komputer.

"Ben, kau gi ambil air dekat aku jap," ujarku. Ben kerutkan dahi. Dia yang duduk sebelah Ryan pandang aku berkerut.

"Apa kau dah tak ada kaki tangan?" Dia berkerut membalas aku. Namun, sepertinya tersedar bila aku jegil mata sambil pandang Ryan.
"Ye lah. Aku pun nak buat kopi," katanya. Dia angguk mengerti.
Melihat Ben hilang dari pandangan, aku duduk di kerusinya. Aku pandang Ryan.

"You don't have to do this if you don't want," ujarku.
Ryan senyum pahit ke arahku.

"I'm so tired kena pijak," katanya.
Dia menekan-nekan papan kekunci. Jari jemari Ryan yang panjang dan cantik itu menari-nari di atas papan kekunci. Skrin komputer keluar tulisan hitam putih yang aku tak faham.
"Ben was right...we need to do something before going down. It's not war if we keep on losing," ujarnya bagaikan dah terpengaruh dengan Ben. Aku lihat wajah Ryan tampak penat. Kesan eyebag jelas kelihatan.
Yakin, dia sudah beberapa malam tidur tak lena.
Ben kemudian masuk. Dia berikan aku secawan air dan kopi kepada Ryan.

Aku bangun. Ben dan Ryan duduk menghadap komputer. Jari jemari menekan-nekan papan kekunci membentu satu alunan muzik tiktaktiktaktak, berdetik bunyi kekuncinya.
Aku pandang belakang Ryan.

Entah kenapa, aku rasa sedih.

***

"She's not coming?" Jelas wajah kekecewaan pada muka Danny. Dia meletakkan jambangan bunga ros merah di atas meja kopi. Suasana romantik dengan botol champagne bertukar suram.

"She said Ryan needs her," kata Stella.

Danny mendengus. Stella ketap bibir. Semuanya Yellena!

"I rasa, sejak you pergi...Ryan dengan Yell ada something!" Kata Stella. Danny mencebik. Mengarut.
"It's always Yellena. Ryan tu sikit-sikit Yellena!" Stella menggerutu.

"Enough," Danny minta Stella berhenti. Tak faham betul.
Yell dengan Stella kawan baik! Kawan baik yang tersangat baik! Yell tu sikit punya sayang dengan Stella sampai sanggup bahayakan diri untuk Stella waktu mereka di zaman universiti dahulu.

Tak faham kenapa Stella nak mempersoalkan persahabatan Yell dengan Ryan.
Bagi Danny, itu bukan masalah sekarang.

Stella memandang Danny, dia senyum sinis.

"You ingat girlfriend you tu baik sangat?!" Marah Stella.
Danny tarik muka masam. Kalau tahu dia tak minta tolong Stella siapkan parti ini. Kalau tahu lagi baik dia upah event organiser! Danny menjeling, malas nak layan.

"Dah la Stella...we should go home," kata Danny. Stella buat tak dengar. Dia labuhkan punggung dan mengambil snek makanan.

"I tanya, you memang ingat Yellena tu baik sangat kan!" Kata Stella. Danny akhirnya melepaskan keluhan. Dia malas nak bergaduh. Lagipun dia dengan Stella boleh dikatakan member jugak! Mereka kenal dah lama.

"Yes. She is!" Danny mengiyakan. Memang pada matanya Yell cukup sempurna dan baik. Gadis itu tampak macam tak ada perasaan, tapi sejak mula bercinta dia dapat rasakan yang Yellena sangat ambil berat tentang kehidupannya.

"You really think so huh," Stella ketawa sinis. Danny angkat kening dan angguk.

"She's perfect for me," kata Danny.

"She's a freaking liar and scandal enabler you know!" Jerit Stella. Danny ketap gigi. Perempuan ni minum arak ke? Aduh! Malas lah kalau nak layan perempuan mabuk ni! Stella kemudian ketawa kuat apabila melihat muka Danny yang tak tahu apa-apa.

"You know nothing ain't you!" Kata Stella masih dengan sisa tawa.

"Yell...Ryan...they know about yoyr father cheating on your mom with Yell's aunt!" Stella buka cerita. Danny ketap gigi.

"Stella! Kalau you nak mengarut, you can stay here enjoy the drinks, I nak blah! Nanti call je PA you!" Danny ketap gigi tak puas hati. Dia mula melangkah ke pintu sebelum di halang Stella.
"You tak percaya dekat I?" Soal Stella.

"I saw it with my own freaking eyes!" Kata Stella.

"And my PA tell me she saw Yell and Ryan going out from hotel room!" Tambah Stella.

Muka Danny merah padam. Stella kemudian menarik tangan Danny.
"We don't know what they are doing behind us," Stella mendekatkan diri pada Danny.
"If she really loves you, she'll come here. But no...she choose to stay with Ryan," bisik Stella.
Dia merengus.

Apa yang Stella bisikkan sekarang tak logik dan cuma ayat mabuknya sahaja. Dia meloloskan tangan dari genggaman Stella.
"Stella, you better stop this act before I got annoyed!" Marah Danny.

Stella senyum sinis.

"You tak percaya I?" Kata Stella.

"It's all bullshit!" Tegas Danny.

"See for yourselves," kata Stella kemudian duduk.
"Go and ask your beloved daddy...who is his scandal..." kata Stella.

Danny segera keluar tinggalkan Stella sendirian.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now