Pembukaan Hari Pelajar di mulakan dengan bunyi gesekan biola. Semua orang menepuk tangan sebaik sahaja Ryan menamatkan persembahan biola. Selepas dia memainkan not yang terakhir, Ryan sempat menjeling Stella yang sedang leka bersembang dengan Rozy.
Danny dan Yell tak kelihatan, barangkali sibuk dengan persiapan luar dewan.
"Good job Ryan!" Tegur Samantha setelah tamat majlis perasmian. Ryan angkat kening. Setelah tamat, mereka berkumpul di bilik persatuan pelajar.
"Siapa ada nampak beg warna hijau?" Soal Ryan. Wajahnya bertukar riak, cemas apabila beg nya tiada. Semalam, beg hijaunya masih ada. Pagi tadi dia tak sempat lihat kerana dah datang lewat, terus ambil biola dan naik ke pentas. Tak perasan langsung dengan beg hijau di situ.
"Beg hijau? Entah," balas salah seorang.
"Beg tu macam koyak sikit, beg lama," ucap Ryan, cuba menerangkan keadaan begnya semasa hilang. Mungkin juga ada orang datang kemas dan buang beg koyak itu. Bukannya tak ada kemungkinan.
Wajah Ryan bertukar sedih. Beg kesayangan kot. Beberapa saat kemudian, Yellena pula masuk ke dalam bilik persatuan.
"Semuanya dah ready Ryan," ujar Yell sebaik sahaja nampak Ryan. Ryan angguk, kelihatan macam tak terlalu fokus.
"Yell...Ryan...korang free tak pagi sampai petang esok?" Soal Samantha. Yell diam. Ikutkan jadual, setiap petang mereka tidak ada sebarang komitmen, cuma perlu standby sahaja dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Lagipun, Hari Pelajar yang berlangsung selama tiga hari itu akan tamat pada petang lusa. Majlis penutup cuma akan ada konsert dari live band universiti sahaja.
"Free," jawab Ryan. Yellena ketap gigi. Dia tahu, kalau Samantha tanya mesti akan ada kerja yang dia nak pass pada Ryan!
"Boleh korang tolong kitaorang dekat booth rumah hantu?" Soal Samantha. Yellena sudah jegil mata. Ryan diam lama sebelum anggukkan kepala.
***
"You nampak Yell?" Soal Danny pada Stella yang memakai kostum Maid. Selain jadi pelayan cafe, mereka turut jadi model tak berbayar untuk ambil gambar dengan pelajar lain.
Pandai betul kawan mereka yang lain. Cuma orang yang ada "rupa" sahaja yang disuruh jadi pelayan, sementara mereka yang lain bertugas di dapur. Lain pula dengan ajk yang terlibat dengan komuniti teratas seperti Yellena dan Ryan, awal lagi dah dikecualikan.
"Sibuk kot. Majlis tertinggi mestilah nak pastikan semua okay," kata Stella. Dia pelik juga kenapa Danny asyik cari Yell.
"You ni, asyik-asyik Yell aje. Kenapa?" Soal Stella. Dia mahu korek rahsia. Danny tersengih."By the way, thanks sebab tolong I dapatkan kerja jadi model online shop tu," kata Stella. Dia benar-benar rasa berterima kasih pada Ryan dan Danny kerana telah membantunya.
"Small matter lah. Fotografer tu kawan club yang I join. Kebetulan tengah cari fresh look," ujar Danny. Dia tak tahu sangat. Cuma Ryan yang beriya minta dia tanyakan pada ahli kelab sama ada perlukan model baru fresh look atau tidak.Kebetulan ada, jadi dia pun bagi nama Stella sebagai cadangan.
Tak sangka terpilih.
Mungkin sebab cadangan "Danny Chia", dia pun tak pasti.Saat itu, beberapa orang pelajar perempuan memanggilnya untuk bergambar. Stella cuma memandang sambil mencebik tak puas hati. Dia berpeluk tubuh sebelum merasakan seseorang mencuit pinggangnya.
"Rozy! I geli!" Dalam marah Stella ketawa. Rozy sengih.
"Hot betul Danny pakai suit butler macam tu," komen Rozy. Para pelajar dari fakulti linguistik cuma membuat acara stand up comedy sahaja, mereka tak ada booth khas, jadi dia bebas melepak kalau bukan waktu dia bertugas pakai maskot untuk ajk komuniti.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...