170

26 3 4
                                        

Apabila aku buka mata, kelihatan Ryan sedang tersenyum. Aku sengih malu, masih berbaring di atas lengannya. Menyedari perbuatan itu agak keterlaluan dan barangkali Ryan sudah lenguh. Aku segera angkat kepala.

Ryan menggerakkan lengannya, barangkali lenguh disebabkan aku.

"You okay?" Prihatin aku menyoal. Dia mendepakan tangan ke hadapan, menggerakkan jari agar peredaran darahnya berjalan.

"Jom bangun," kataku sebelum Ryan geleng.

"Bagi I tidur lima minit lagi," pujuknya. Aku membisu, sebelum menawarkan tangan aku untuk menjadi bantalnya. Dia tidak menolak, sebaliknya terus menarik aku.

Aku melihat Ryan. Wajahnya lebih kepada comel berbanding tampan. Matanya beralis lentik.

"Cepatlah bangun," aku menyentuh hujung hidung Ryan yang pura-pura tidur. Dia terus mengeliat. Aku bingkas bangkit. Niat di hati untuk buat sarapan dan mandi pergi kerja.

"Cepat bangun, pergi mandi. Nak masuk office," kataku. Dia memandang aku dan mengangguk.

Sewaktu Ryan mandi, aku cepat-cepat menyiapkan sarapan. Untuk orang yang pemalas macam aku, selalunya sarapan bijirin sudah cukup untuk alas perut. Namun, memikirkan Ryan ada di dalam rumah, aku patut masak sesuatu yang lebih berkhasiat.

***

Usai Ryan sudah mandi, dia bersandar di dinding sebaik sahaja memandang aku yang sedang bersilat di dapur.

"Princess, you buat apa?" Soalnya memandang aku yang sedang mengangkat telur mata ke dalam pinggan.

"I make your breakfast," jawabku. Aku segera letak pinggan di atas meja lalu menyuruh dia duduk.
"You don't have to thou. We could grab some breakfast outside," katanya mendengus.
Aku tarik tangan Ryan agar dia datang duduk di meja.

"Sure nice. But I want to do this for you," kataku. Ryan tidak melepaskan tangan aku. Perlahan dia mengusap jari jemari aku.
"I tak nak you penat my princess," katanya. Aku sengih.

"I selalu je penat. But never of you," balasku. Ryan sengih lebar. Aku ketap bibir.

"Dah lah I nak mandi," kataku. Ryan kerut dahi dan menarik aku agar duduk di atas ribanya.

"You tak makan sekali?" Soalnya.
Aku sengih sambil menjawab bahawa aku sudah makan semasa memasak tadi. Namun, jawapan itu jelas tak buat Ryan gembira.

"Let me go abang, I nak mandi," kataku.

Dia geleng.

"I tak suka kalau I seorang je makan you tak makan sekali," katanya. Aku angguk mengerti. Aku angkat kening, cuba bangkit dari riba Ryan, namun dia masih sahaja memaut aku.

"Next time kita makan sekali okay," pujukku. Mata Ryan membundar.
"Still got next time?" Soalnya. Aku kecilkan mata.
"Aren't you marrying me? It's too late to back off you know?!" Tegasku.

Ryan senyum melebar dan mengangguk.

"Heheeh," dia ketawa. Mendengar ketawa hehehe dari Ryan buat aku rasa cringe dan turut nak ketawa.
"What's with the hehehehe?" Soalku.

"Tak sabar nak kahwin," jawabnya sebelum mendapat cubitan maut!

***

"Oh come on! I want the real sample! Kalau you bagi I pdf tapi the real printed one tak sama macam pdf pun tak guna jugak!" Marah Vlin kepada perancang perkahwinan yang diupah oleh Steve.

Mendengar Vlin meninggikan suara, Steve segera datang untuk melihat situasi.

"She's right. Kami nak sample yang printed," katanya melihat sampel kad undangan perkahwinan Yellena dan Ryan. Segala persiapan diuruskan oleh perancang perkahwinan yang Steve upah.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang