Aku ingat cuma kena salin balik dan edit yang mana patut. Tapi, sangkaan aku meleset. Fail yang diserahkan langsung tak lengkap dan berterabur! Satu hal pulak aku dan Ryan nak kena buat dan susun semula. Aku sudah tarik muka tak puas hati dengan persatuan pelajar. Tapi marhaen macam aku, selain tarik muka, bebel sendiri tak puas hati, apalah sangat yang aku boleh buat!
Bencinya.
"Hoi, okey tak tu?" Soal Ryan. Aku mencebik. Macam mana dia boleh tenang, sedangkan aku dah nak pergi pelangkung seekor-seekor mereka yang ada di persatuan pelajar.
"Nak marah, tapi tak boleh buat apa," aku beritahu kenyataan. Ryan angguk, ketawa tak ikhlas dengan statement yang aku berikan."Meh tengok ni," katanya. Aku berjalan ke belakang Ryan. Tempat biasa yang kami duduk di perpustakaan agak terpencil, jadi jauh daripada pandangan orang. Tapi, aku tak rasa ada orang yang akan cemburu, sebab Ryan tak macam Danny. Kalau Danny, mungkin ada yang akan tengok-tengok sambil caci aku dalam diam.
Aku sempat menjeling list to do yang ada di desktop page Ryan. Disebabkan dia pelajar double degree, jadi kerjanya ada satu kali ganda aku."See..." dia menunjukkan satu fail yang dia peroleh dari internet. Berkenaan Hari Pelajar, namun milik universiti lain.
"Aku rasa yang ni macam boleh ambil rujuk," katanya. Aku memerhati skrin, setiap langkah yang diberi agak senang. Paling penting, nombor telefon vendor juga ada untuk kami."Kita nak guna event organiser ke?" Soal Ryan. Aku berpeluk tubuh. Kalau guna event organiser, aku dan Ryan tak perlu susah-susah nak cari ahli jawatankuasa kecil lagi. Tapi, kalau tak guna event organiser, aku rasa hal akan jadi besar.
Kami perlu sewa khemah, siap tempat dan macam-macam lagi. Sendiri. Dan...semua itu perlukan tenaga kerja, pelajar.
Hal khemah, mungkin pihak universiti ada.
"Kena tengok bajet," balasku.
"Tapi aku rasa macam tak perlu tau. Khemah, maskot semua uni kita dah ada," balasku. Ryan anggukkan kepala, setuju.Ryan memandang aku.
"Tenaga pelajar? Kau ingat ada ke volunteer semua kat sini?" Soalan Ryan membuatkan aku terfikir. Aku peluk tubuh, masih berfikir.
"Nantilah fikir yang tu," tambahnya.Setelah selesai berbincang, aku mengemas beg. Ryan masih sahaja duduk di kerusi menghadap laptop. Setelah tamat sahaja mesyuarat, kami berdua memulakan perbincangan.
"Aku nak balik dah ni," kata aku. Ryan memandang aku.
"Jom lah gi makan," ajaknya. Aku memandangnya, tak ada perasaan."Ada benda nak tanya," katanya tersengih. Aku mengecilkan anak mata, menjeling ke arah Ryan. Dah agak. Ada udang di sebalik mee! Aku tersengih, menunjukkan isyarat okey kepadanya.
***
Setelah bermain kejar-kejar dengan orang tak dikenali. Stella segera masuk ke dalam kamar dan bersembunyi di bawah selimut. Pengakhiran bagi peristiwa kejar mengejar ialah wanita itu memberikan sekeping kad nama padanya.
Miranda K. BH Entertainment & Modelling Agency.
Stella kemudian meletakkan kad nama itu bawah bantal tidur.
Tak lama selepas itu, dia mengambil barang-barang untuk pergi mandi. Malas sahaja dia berjalan.
Sebaik sahaja sampai ke bilik mandi aras, dia segera masuk. Saat membasahkan kepala, dia boleh dengar orang di luar sedang berbual sambil gosok gigi.
"Orang cakap sekarang ada syarikat entertainment tengah rekrut model," kata salah seorang yang berbual. Stella mendengar dengan teliti, air pancuran diperlahankan.
"Jessica, girlfriend Danny pun dah kena rekrut jugak," komen salah seorang lagi. Mereka kemudian ketawa.
"Danny tu nak yang dahi licin kaki panjang, cantik molek model. Kita marhaen sememeh mana dia nak pandang," ujar mereka lagi. Stella kemudian meletakkan kepala di bawah air pancuran.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...