Dipendekkan drama, aku dan Ryan berjalan beriringan menuju ke bilik hotel.
"Maybe next time I should said, two room for two person," katanya. Aku kecilkan mata ke arahnya.
"Next time I'll do the booking. I'm the PA you're the boss," balasku.
Kejap! Apa maksud dia next time? Ada next time ke?
Ryan sengih. Kami berjalan kaki agak jauh juga, menuju ke bilik di tingkat lima yang ada dihujung itu."I seriously nak kena mandi. I'm feeling sticky," ujarku kepadanya. Dia angguk. Iyalah, tadi dia terjah rumah aku, aku pun terus sumbat baju dalam beg! Sempat bawa bahan asas makeup dan kecantikkan kulit sahaja dan baju. Tak sempat nak susun kemas-kemas! Puncanya gara-gara tiket jam 7 petang!
Ryan buka pintu bilik dan menyuruh aku masuk. Usai masuk, aku terus menyembamkan badan ke atas katil. Badan aku lenguh teruk dan aku cuma mahu tidur selama sepuluh minit sebelum pergi mandi.
"Yell..." panggilnya.
"Apa?" Balasku hambar.
"Kau nak mandi ke?" Soalnya kekok. Aku merengus! Tak boleh tengok aku nak baring-baring sekejap.
"Ye lah" balasku lalu berpaling.Ternganga. Terkedu. Berkelip mata aku apabila melihat dinding bilik air 88% transparent itu. Ianya cuma kaca! Memanglah bukan 100% transparent, tapi cukup untuk buat aku seram. Aku dan Ryan berpandangan.
Malu aku jadinya, begitu juga Ryan. Kami kekok sebentar sebelum aku berdehem.Kawan pun agak-agak lah! Mana Ryan nak tahu yang bilik air bilik ni cukup menyeramkan.
"Cu..cuba kau masuk," arahku.
"Hah?" Terbeliak mata Ryan.
"Ah! Aku just nak tengok seberapa mana transparent cermin tu," balasku laju.
"Oh,"Ryan masuk ke dalam bilik air. Memang lah aku tak nampak dia, tapi aku boleh nampak BAYANG-BAYANG Ryan! Kau bayangkan, aku rasa macam boleh nampak bayang-bayang dia tengah mandi! Apa kah miskinnya hotel ni tak beli bata untuk buat dinding! Apa rasional di sebalik guna cermin. Aku telan air liur lalu terpandang meja kecil di antara dua katil.
Kondom.
Telan air liur aku dibuatnya.
"Yell...nampak ke?" Soalnya.
Aku kekok! Tak tahu nak cakap apa. Aku diam sahaja sebelum Ryan keluar. Dia pandang aku.
"Aku dari dalam takde lah nampak you, tapi..." dia menggaru kepala."Kau masuk sendiri lah," katanya. Aku perlahan bergerak menuju ke bilik air tersebut. Ryan bergerak menuju ke luar, bertukar tempat dengan aku.
Aku pandang dinding kaca telap itu. Memang aku tak nampak Ryan, tapi aku insecure! Aku insecure dia boleh nampak bayang-bayang aku.
Aku angkat tangan. Adakah dia nampak bayang-bayang aku macam aku nampak bayang-bayang dia tadi?Bapak seram weh!
Macam mana aku nak mandi kalau hati aku tak tenang.
Kejap. Ryan tengah tengok mana tu!? Macam mana sekalipun, dia tetap lelaki."Yell," katanya.
"Hmm?" Ujarku lalu keluar."Aku keluar gi beli makanan. Kau mandilah," katanya kekok.
Dia melarikan anak mata dari bertembung denganku.
Dah sah! Dia boleh nampak bayang-bayang kalau aku mandi!
Seram gila!"Okay," balasku.
"Nasi goreng cina?" Dia meneka. Aku angguk. Ryan sentiasa tahu kegemaran aku. Ryan tersenyum.
"Lock the door," katanya tersenyum lantas mengambil kad kunci.***
Usai mandi, aku memakai baju tidur. Melihat diri sendiri di cermin, sangatlah tak sesuai. Aku menyesal pula basahkan rambut! Apabila pintu loceng berbunyi, aku segera berlari untuk buka pintu.
"Here's your food,"hulur Ryan. Aku melihat cuma ada satu sahaja bungkusan makanan.
"Aku dah makan," katanya membuatkan aku angguk.
Aku meletakkan bungkusan itu di atas meja sebelum duduk di meja solek untuk pakai skincare dan keringkan rambut.Ryan masuk dan duduk di atas katil. Tak lama, dia buka tablet, barangkali semak dokumen atau buat kerja pejabat yang boleh work from home. Melihat aku terkial-kial nak keringkan rambut, dia membantu aku dari belakang. Ryan mengambil pengering rambut dan membantu aku. Aku jadi kaku dan kelu, rasa kekok mulai menyerang diri sendiri.
"Dah kering," usai beberapa minit, dia kejutkan aku. Aku angguk sahaja, masih terkaku di atas kerusi.Ryan kemudian kembali ke atas meja. Dia membuka tablet kemudian berkerut memandangnya.
"You should eat and get some sleep," katanya menegur aku yang termenung di atas kerusi."I don't think I can sleep. I'm too excited for the concert," luahku memandangnya. Dia senyum ikhlas melihat aku yang menjilat bibir.
Aku dah dapat bayangkan konsert tersebut!"Well...you need to sleep so I can take my bath," dia mengisyaratkan dinding bilik air yang boleh tembus bayang-bayang itu. Aku tersentak! Betul lah! Aku segera bangun dari kerusi dan terus naik atas katil dan tarik selimut. Ryan pula yang tercengang.
"Tak makan dulu ke?" Soalnya. Yellena!!!
Macam mana kau boleh lupa! Kau tu kan lapar! Aku bangun kembali dari katil dengan muka merah padam! Aku kena makan cepat-cepat dan terus tidur supaya Ryan boleh mandi dan berehat.
Dengan cepat, aku menelan makanan. Ryan yang khuysuk dengan tablet pc tiba-tiba panggil aku."Makan perlahan-lahan. Aku ada banyak kerja lagi nak semak ni, no worries. Eat at your own phase," pesannya. Aku angguk, memperlahankan kelajuan menelan makanan.
Aku memandang Ryan. Kalau sibuk kenapa ajak aku datang ke konsert. Aku tahu jadual Ryan. Dia sibuk gila!
Aku mencuri pandang ke arah Ryan. Entah alasan apa yang digunakan olehnya sampai dapat cuti untuk berjalan bersama aku."Banyak kerja ke?" Soalku.
Dia tersenyum sahaja. Aku mendengus."Kau belanja aku sebab, you didn't want me to resign is it?" Soalku.
"Yea," dia menjawab tanpa berselindung. Aku tunduk."I was thinking why would you want to resign. But, macam mana fikir sekalipun, I still cannot brain why," katanya.
Aku tunduk."Being with you is quite..." aku cuba susun kata.
"Uncomfortable?" Soalnya menjawab aku. Aku pandang Ryan dan menggeleng."I felt bitter," kataku.
"Being with you makes me feel bitter. My ex married your long term girlfriend, and it's so complicated like that," ujarku jujur.Ryan diam.
"Didn't we moved on?" Soalnya.
"Move on bukan melupakan...we moved on. Yeah. But the pain is still there," kataku. Aku kemudian menyelak bahagian lengan aku menunjukkan parut di bahagian siku akibat jatuh basikal ketika waktu kecil dahulu.
"You see this parut. It didn't hurt anymore. But the scar remains," aku beri perumpamaan. Ryan senyum pahit.
****
"Why are you late?" Stella terus menyerang Danny usai lelaki itu pulang dari pejabat. Sejak bekerja di Chia Group HQ di bawah ayahnya, Danny bahkan tidak ada masa untuk diri sendiri mahupun Stella.
"Kerja banyak," jawabnya mudah.
Stella merengus.
"I nak pindah from your grandparents house!" Kata Stella tegas. Danny diam seketika.
"They asked us to stay with them, you didn't said no back then," kata Danny.Dia juga risaukan Stella. Perutnya semakin membesar. Kalau tinggal sendirian, tidak ada sesiapa akan tolong tengokkan Stella. Tinggal di villa datuk nenek, kurangnya ada pekerja yang boleh temani dia.
Stella menggerutu tak puas hati. Danny tak ada di tempatnya. Bayangkan ketika makan malam tadi, nenek dan datuk tak bercakap langsung dengannya! Ini bukan kali pertama hal itu berlaku! Bahkan sebelum ini, nenek sempat menjeling Stella lagi!
Itu tak masuk kalau Natasha datang berkunjung ke rumah! Dah la suka perli-perli.Stella pegang perutnya. Tak boleh begitu! Ini cicit sulung keluarga Chia di dalam rahimnya. Suatu hari nanti, segala milikan keluarga Chia akan jatuh ke tangan anak lelaki pertama! Danny, Steve adalah anak lelaki pertama dalam keluarga ini.
Stella tarik nafas! Dia tak sabar untuk check jantina bayi lelaki dalam kandungannya!

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...