"PA?" Soalku pada Ryan di pejabat baharunya yang tampak kosong, cuma ada dia, meja, lampu, almari dan fail-fail.
Fail pun nampak macam hiasan sahaja.
"Come on Yell, tu je jawatan kosong kat company ni," katanya.
"Bila ada vacancy bahagian sales nanti, aku tukar lah kau ke sana," ujarnya.Aku diam. Shopa masih lagi di bawah kendalian Chia Storeline selepas mereka menjadi pemilik saham. Pengarah baharu ditugaskan ke Shopa sementara kami ahli tertinggi sukarela letak jawatan. Ryan pula dipaksa pulang ke Chia Storeline.
Aku meletakkan tangan di dagu, berfikir. Kerja sebagai pembantu peribadi Ryan...Aku tak rasa Danny akan setuju...
Tapi...
Sekarang memang susah nak cari kerja."Tumpang aku sekarang dah jadi 'orang dalam', kau kena manfaatkan aku Yell," katanya. Aku garu telinga pula, entahlah Ryan. Aku tak fikir lagi pun nak kerja semula.
Macam tu ke?
"Kau tak nak kerja sebab nak kahwin ke?" Dia serkap jarang soal aku. Amboi, sedapnya mulut!
Aku garu kepala.
Patut ke aku tanya Danny dulu? Ya...
Aku kena tanya Danny dulu. Nanti dia cemburu buta aku jugak yang susah.Aku mendengus.
"Jap, aku call Danny..." kataku. Ryan senyum sinis."Kenapa kau nak minta kebenaran Danny pulak. It's your own life...kau yang nak kerja, bukannya Danny," perlinya.
"Kalau kau cakap kau nak call ayah kau minta kebenaran aku takde lah rasa kau mengarut sangat," komen Ryan. Aku ketap gigi."Bising ah," komenku.
"You said it's my life. Suka hati lah aku nak call sesiapa pun," balas aku sambil mencebik. Ryan angkat kening.
Aku call Danny. Dia angkat, tapi macam tak nak cakap dengan aku sebab sibuk.
"Yell, I'll call you back," katanya sebaik angkat telefon.
"Jap je," balasku."Okay," Danny beri lampu hijau untuk aku terus berbicara.
"Boleh ke I nak kerja dengan Ryan dekat office baharu dia?" Soalku.
"Hmm," balas Danny."Gaji tinggi gak," aku menambah.
"Ikut suka you," jawabnya.
"Oh...oceyy," kekok aku balas. Walaupun aku cuba bermanja dengan membalas ocey pun macam dia tak kisah sahaja. Danny kedengaran seperti sedang tertekan di corong telefon. Aku juga tak tahu mengapa.
"Boleh kan..." aku minta kepastian.
"Ya," balasnya tegas.
"Yell, I need to put you on hold. I'll call you back," ujar Danny meletak telefon. Aku sedikit terkejut dengan tindakan Danny. Belum pernah dia buat aku begini, kenapa kali ini dia bertindak yang aneh-aneh? Aku mendengus.
Ada yang tak kena kah?***
Genie dan Stella diam sahaja. Kerusi kosong itu ditenung lama.
"Apa kita nak buat?" Soal Genie. Dia benar-benar buntu dan tak ada jalan penyelesaian. Stella mendengus, masih memandang kerusi kosong tersebut. Dah la air yanh dipesan pun minum tak habis.
Stella memandang ke luar jendela. Nasib baik kafe itu ada ruang privasi untuk orang-orang yang macam Stella.
Stella pegang perutnya."Jom lah makan," putus Stella. Dia malas nak fikir dengan kemungkinan yang akan berlaku.
***
"What a good boss," kata Vlin sebaik sahaja aku beritahu yang Ryan tawarkan aku kerja. Tak tahulah sama ada Vlin sekadar nak perli ataupun betul-betul ikhlas dengan apa yang dia ucapkan.
"So..." aku teragak-agak.
"Take it then. I offer you kerja you tolak, Ryan offer you nak pulak," dia perli aku.
Aku kerutkan dahi."Boyfriend you tak marah ke?" Soalnya.
"Tak cakap apa pun," ujarku. Aku berfikir sejenak. Danny tak cakap apa-apa pun bila aku beritahu yang aku akan kerja dengan Ryan semula. Kalau dia marah, dia mesti akan bersuara. Lagipun, kami berdua memang dah plan macam tu. Lebih baik suarakan ketidakpuasan hati supaya tak ada yang tersakiti.
Vlin tersenyum sinis."Once you in Chia Storeline, find any dirt yang boleh I guna untuk tumpaskan diaorang," arah Vlin. Aku mencebik. Cari lah sendiri! Aku pulak yang nak tolong cari. Dia kan bercinta dengan Steve! Dah la dia tolong Natasha untuk jatuhkan Ryan. Entah apa yang dia tak puas-puas lagi. Kata nak balas dendam, tapi...
"You still gonna seek for revenge? Berapa tahun dah, I see nothing," kataku. Barangkali Vlin dah jatuh cinta dengan Steve, sampaikan dia kuburkan hasrat lama yang ada di fikirannya. Vlin senyap.
Dia kemudian duduk di sisi aku.
"There's a conspiracy behind Daston's death Yellena," katanya.
"Steve knows nothing about it," tambahnya. Aku buat muka menyampah. Mana kau tau Steve tak tahu apa-apa."Then who knows?" Soalku.
Dia diam lama.
"Jangan cakap Madam dengan Tuan Chia, how do we get info from them? We just met them a few times," kataku. Aku menjeling. Sudahlah Vlin. Benda lepas jangan di kenang. Aku menggeleng kepala. Baik move on dan teruskan dengan kehidupan harian.
"Ryan Chia," ujarnya.
Aku pandang Vlin."He probably knew about it," kata Vlin.
Aku nganga mulut. Terkebil-kebil memandang Vlin menunggu penjelasan.
"He knew?" Soalku.
"Ryan knew Uncle Daston?" Soalku.Vlin senyap. Barangkali dia juga tak pasti.
"He might not remember," kata Vlin.
Aku nganga mulut.
Kenapa pula dia tak ingat?"Ryan can't remember things during his childhood. It's childhood trauma," ujar Vlin. Aku menjegilkan mata. Macam mana dia tahu?! Tapi, Ryan tampak normal.
***
Vlin meneliti butiran kesihatan yang Steve berikan padanya.
"Amnesia?" Soal Vlin apabila melihat rekod Ryan. Dia rasa aneh.
Steve angguk.
"That's what the report says, but only a short time period lah, I don't know much," ujar Steve.Dia tak cerita secara terperinci kerana dia pun tak tahu. Namun, Steve lebih berminat menunjukkan laporan kesihatan Natasha.
"Do you think her mental state okay untuk bersaing dengan I rebut harta ayah?" Soal Steve. Vlin memandang laporan Natasha.
Vlin sengih."You nak kata dia gila sebab banyak kali kena kaunseling sebab cinta lelaki ke?" Soal Vlin. Ada rekod dari zaman sekolah menengah Natasha menghadiri sesi kaunseling sebab kes buli dan kes berebut teman lelaki.
Kes itu direkodkan bawah perkembangan mental."Her cognitive ability doesn't seems to be a problem. Masalah hati ni, I tak rasa legit," kata Vlin.
"So; right now...you dengan Ryan je lah nak bersaing pun. But obviously, it's gonna be yours," jawab Vlin. Steve geleng.
"You don't know our dad," kata Steve."You said Ryan is too young for it," kata Vlin. Steve angguk.
"But we don't know my dad," kata Steve. Dia mahu jadi lebih berhati-hati, semuanya bertujuan untuk mengambil alih tampuk pimpinan syarikat.
***
"So...I need your help," dia menceritakan kepada aku sejarah perubatan Ryan yang dia baca.
"You need to find out macam mana Ryan lemas, when, why and who saved him," kata Vlin.
Aku mendengus."It might be our Daston," kata Vlin lalu gigit kuku.
"Daston might be dead while trying to save him," kata Vlin. Aku senyap.
Tak logik. Tapi bukannya tak ada kemungkinan."You yakin Uncle Daston ada kaitan dengan Ryan?" Soalku. Vlin angguk.
"Might be yes, might be no," kataku.
"Maybe it's all kemalangan," aku memujuk. Vlin geleng.
"It's must have a reason!" Tegasnya. Aku terdiam.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...