Danny keluar dari kereta. Dia naik ke apartment milik Yell dan mak ciknya. Setelah beritahu nama dan tanda tangan, dia diberikan pas melawat sementara.
Jujur, dia belum pernah naik ke situ, tapi dia tahu alamat Yellena. Danny mencari-cari rumah Yellena. Biar dia bersemuka dengan mak cik Yell, senang sikit nak cakap.Lagipun, bila Yell balik kerja nanti, nampak Danny di muka pintu rumahnya, Yellena pasti akan gembira. Danny dah gambarkan bagaimana mereka bagaikan komet berlari dan berpelukkan antara satu sama lain.
Stella...
Mengarut.
Gadis itu mungkin mabuk kerana minum arak! Pedulikan dia!!"Eh hi..." sapa satu suara. Tak kenal. Jiran mungkin.
"Hi..." Danny balas acuh tak acuh.
"Tunggu Yellena?" Soalnya, wanita separuh umur, berkaca mata. Jiran barangkali. Kelihatan dia membawa barang-barang masakan.
"Husband saya dah bawa saya makan dumpling yang awak selalu hantar dekat girlfriend awak tu," ujar wanita itu.Danny diam.
"Ha?" Soal Danny.
"You lah kan pakwe Yellena yang selalu datang bawa dumpling!" Kata jiran itu. Danny senyap.
"Yang sembang dengan my husband dulu tu..." kata jiran itu.
"Kita tak pernah jumpa. My husband yang selalu cerita you datang bawa makanan dekat girlfriend," ujarnya.Danny kekok. Dia tak pernah selalu datang bawa makanan. Macam mana dia nak datang, dia dekat Afrika kot! Danny sekadar angguk kepala.
Setelah berbual dengan jiran itu, Danny turun ke lobi.Hatinya berdebar.
"Hi, boleh saya check pelawat untuk rumah 11-3" soal Danny.
"Encik ni..." penyambut tetamu di lobi apartment bertanya.
"My fiancee yang suruh check kan," ujar Danny.
Penyambut tetamu itu tampak macam tak percaya. Danny pandang kiri kanan. Apartment Yellena mesti ada rekod pelawat keluar masuk. Bahkan abang goodpanda yang nak hantar delivery makanan pun kena tulis nama. Inikan pula pelawat.Orang tak ramai. Danny keluarkan not seratus dan dilipat kecil sebelum dihulurkan kepada penyambut tetamu itu. Dengan senyuman, penyambut tetamu itu mengambil wang tersebut dan memberikan buku log kepada Danny.
"Nama pelawat ada dekat sini, unless kalau diaorang ada kad," kata penyambut tetamu itu.Danny melihat namanya. Dia buka muka surat depan.
Danny telan air liur.Ryan Chia.
Bukan sekali.
Banyak kali.
Nafasnya tersekat."Ahahaahha," terdengar bunyi tawa manja. Danny segera berpaling.
Kelihatan seseorang yang dia cukup kenal.
Tak.
Memang dia kenal pun.
Bapanya, Steve Chia.Di sisinya ada seorang perempuan. Dia pernah lihat beberapa kali namun tak pernah bertegur siapa. Vlin. Mak Cik kepada teman wanitanya.
Bapanya dan perempuan itu kelihatan bahagia. Langsung tak mempedulikan orang sekeliling. Bahkan, bapanya keluar biasa sahaja, tanpa pengawal peribadi yang mengekori.Silap. Ada pengawal. Seorang, berdiri di pintu memandang keadaan.
Danny segera memandang buku rekod tetamu itu. Tak mahu dilihat oleh pengawal mahupun ayahnya."Ada apa-apa lagi yang saya boleh tolong encik?" Ramah soalan penyambut tetamu yang telah berjaya mengambil seratus ringgit daripadanya. Danny menggeleng sahaja.
Dia ketap gigi. Stella!
Dia perlu tanya Stella apa sebenarnya yang terjadi sepanjang dia ke Afrika selama satu tahun!***
Aku mulai batuk akibat suhu bilik yang sejuk sementara mata Ryan dan Ben dari tadi melekat pada komputer. Walaupun sebenarnya aku tak ada function, tapi aku sekadar jadi penyokong dan rakan subahat.
Aku baring di atas kerusi empuk Ryan. Kerusi boss dengan kerusi kami lain macam bezanya. Fikiran aku melayang kepada Stella.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
Любовные романыAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...