150

16 1 5
                                        

Dah berbaik dengan ayah. Tapi, tak adalah berbaik sangat. Namun, jika kira makan bersama sebagai dah berbaik semula, aku simpulkan dalam satu ayat, hubungan aku dan ayah "semakin" baik.

Aku melihat jadual kerja minggu hadapan. Menguruskan jadual kerja Ryan menjadi tugas utama aku sebagai Setiausaha. Tak adalah pembantu peribadi sangat, sebab Ryan tak suka aku campur hal pejabat dan hal hidup dia!

Aku pejamkan mata lantas memeluk komputer riba. Penatnya! Aku kemudian beralih, melihat kotak cincin lamaran Danny yang ada di tepi katil. Perlahan, aku mencapai kotak merah baldu itu dan membukanya.
Cincin permata yang sangat cantik kemas terletak di dalamnya. Permata yang berkilau itu tak terlampau mewah atau besar sampaikan aku rasa tak selesa.

Simple dan cantik.

Aku memandang cincin itu lama sebelum tersenyum. Rozy dah kahwin. Fiq pun dah kahwin. Ryan dan Stella akan datang.
Lepas tu aku dan Danny pula!
Ayah dah mulai berbaik dengan aku. Kerja baharu pun dah ada, dan setakat ini kesibukkan kerja aku...
Moderate!

Mungkin ini waktu untuk aku terima lamaran Danny. Ah! Lambat laun pun aku tetap akan terima! Lagipun, aku bercinta dengan Danny seorang sahaja! Kalau bukan dengan Danny, aku tak nak kahwin dengan orang lain! Danny pun...hanya akan kahwin dengan aku.

Perlahan, aku menyarungkan sendiri cincin itu ke jari manis.
Sempurna! Tak ada kata-kata lain melainkan sempurna! Umpama cincin ini telah menemui tuan yang tepat. Saiz juga sepadan! Elok terletak sahaja permata itu di jari manisku. Aku hulurkan tangan, melihat cincin kemas tersarung di jari manis.

Sssekali aku tersengih kecil dan bahagia sambil menendang ke arah udara! Seronok pula aku sorang-sorang!

"Yell!!" Vlin muncul di muka pintu. Aku cepat-cepat cover line supaya orang tak perasan. Aku memandang ke arah Vlin.
"Have you read the news?" Soalnya. Aku ternganga.

***

Stella memandang ke arah tajuk berita di mana dia dan Danny viral sebagai tajuk muka depan. Gambar itu di ambil sewaktu pertemuan empat orang di mana Danny hantar dia pulang.

Saat itu, mereka di foto oleh paparazi.

"Aren't we going to say something?" Soal Genie. Stella diam.

"No, we're not saying anything," tegas Stella. Genie telan air liur sambil memandang ke arah Stella.

***

"You saw the news?" Aku terus telefon Ryan sebaik sahaja melihat gambar Danny hantar Stella pulang ke rumah terpampang di dada akhbar.
Sambil sebelah tangan melihat komen di komputer riba, aku pegang telefon kuat-kuat, menanti apa yang Ryan akan cakapkan.

Aku harap dia tak salah faham. Seingat aku, gambar ini mesti di ambil waktu Stella merajuk dengan Ryan waktu dinner tempoh hari. Baju yang dipakai juga sama.

"Yea," balasnya.

"Gambar tu waktu Stella suruh Danny hantar dia balik lepas makan dengan kita," terangku. Aku cuba menerangkan dengan berhati-hati agar Ryan tak salah faham dengan Danny. Ryan senyap sahaja.

"Danny suruh kau call aku ke?" Soalnya.

"Tak. Aku yang nak call. Aku tak nak kau salah faham tentang hubungan Danny dengan Stella. Macam kita gak, diaorang kawan baik," ujarku. Ryan senyap di corong telefon.

Aku juga begitu.

"You know Danny means well right," pujukku.

"Yell," dengan tegas dia panggil nama aku. Aku menjawab ya dengan segera sebelum Ryan diam kembali.
"You okay?" Soalnya.
Aku mendengus.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang