48

14 2 0
                                    

Everything I Need - Skylar Grey

Aku bangun awal pagi. Semalam setelah makan malam, kami semua terus masuk tidur. Hari ini, kami akan melawat ke Gua Entah. Aku pun tah tahu kenapa nama diberi Gua Entah, tapi aku ikutkan sahaja itinerari yang direka khas oleh Rozy dan Fiq. Katanya lepas sarapan pagi.

Trip percutian kami tak begitu padat. Aku bangun awal menyiapkan roti bakar untuk sarapan semua orang. Walaupun di rumah itu sebenarnya ada pembantu yang datang dan membelikan bahan-bahan mentah, tapi aku tak terserempak pula dengan mereka.

Aku tidur di bilik berasingan dengan Rozy dan Stella. Ryan di biliknya, Danny juga ada bilik. Fiq pula tidur di bilik tetamu, manakala Rozy dan Stella kongsi bilik. Awal lagi, barangkali semua orang masih letih dengan perjalanan semalam. Sengaja aku bangun awal, niat untuk tengok matahari terbit sambil makan roti bakar dan kopi di balkoni yang menghadap laut. Jam masih awal. Seronok juga ada di sini, pagi boleh tengok matahari terbit kerana ianya laut timur. Jadi, tak adalah matahari terbenam. Kalau nak tengok matahari terbenam, tak ada di sini!

"Yell, awal bangun..." sapa satu suara. Danny.
Aku memandangnya sambil tersenyum. Dia bukanlah jenis yang akan bangun awal pada sangkaan aku.

"Awalnya bangun," komenku.

"Ah..." dia garu kepala. Semalam, rasanya dia tidur agak lewat.

"Nak tengok morning sun?" Soal kami serentak. Aku ketawa. Aku tunjukkan padanya roti bakar dan air kopi.
Danny angguk.

"Jom keluar," ujarnya.
"Tapi aku ingat nak tengok sunrise dekat balkoni je," kataku. Sebenarnya aku jenis malas nak keluar. Lagipun, sebelum kami ke sini, Ryan semangat sekali menceritakan bagaimana rumah peranginan mereka ada matahari terbit.
Katanya, matahari terbit menandakan permulaan yang baharu. Tak kira apa terjadi sekalipun, andai kata matahari terbit, pasti semuanya akan okey dan berlalu.

Disebabkan Ryan yang begitu bersemangat, aku juga teringin nak tengok matahari terbit.
Tapi, tak nampak pula kelibat Ryan. Dia pun morning person macam aku jugak, takkan tak bangun lagi.
Eh! Apa ni Yell! Jangan fikir!!!

"Jom," Danny tak berputus asa. Aku senyum. Mungkin aku patut temankan Danny. Lagipula ini rumah percutian keluarga Chia, mesti dia lagi tahu tentang tempat yang best untuk lihat cahaya pagi. Danny mengambil satu botol kosong dari dalam laci, dia menuangkan kopi ke dalamnya. Aku pula ambil cawan plastik yang ada di meja dan letakkan roti bahagian kami ke dalamnya. Aku turut bawa jem strawberi yang ada di situ.

"Jom," ajaknya sekali lagi.
Aku senyum.
Okey jugak tengok matahari pagi. Mana tahu boleh rawat hati semalam yang terluka.

***

"Morning sayang," sapa Ryan. Jessica masih ada di dalam pelukkannya. Gadis yang tidak berbaju itu masih sahaja tidur nyenyak. Namun, tidurnya sedikit terganggu apabila hujung hidung Ryan terkena hidungnya.

"Apa kacau I pagi-pagi ni?" Soal Stella.

"I ingat nak ajak sayang tengok morning sunrise," kata Ryan. Dia begitu bersemangat bercerita tentang rumah percutian dan matahari terbit pada Yell sebelum mereka datang ke sini.
"I nak tidur. You kalau nak tengok sunrise you pergi sorang," kata Stella.

Namun, Stella masih lagi memeluk Ryan.
Ryan tersenyum. Tak apalah kalau Stella tak nak tengok matahari pagi. Dia pun bukan jenis yang memaksa. Tapi, Ryan memang dah plan nak tengok matahari dengan Stella. Tambahan lagi, dia ada satu tempat istimewa diberi gelaran tempat rahsia untuk lihat matahari terbit.

Kalau Stella tak mahu....tak apalah.

"I rasa Yell marah I," kata Stella tiba-tiba.
"Hah?" Soal Ryan. Dia tak begitu perasan apa yang Stella katakan.
"Dia tak cakap sangat dengan I," kata Stella. Ryan mendengus, membelai rambut Stella.
"Yell memang macam tu kannn," dia cuba menenangkan perasaan Stella.

Stella mendengus.
"I don't know apa yang dia tak puas hati," kata Stella.
"Sayang tanya lah dia," kata Ryan, mengoles pipi Stella yang lembut.
"Tu lah kan," Stella bersetuju dengan cadangan Ryan.

"Cepatlah cuddle dengan I," rengek Stella. Ryan memakai baju putih manakala Stella lebih selesa tak berbaju. Ryan tersenyum sahaja sebelum memeluk Stella.
Mungkin, lain kali dia boleh ajak Stella tengok matahari.

***

"Waahhh!!!" Aku tersenyum melihat suasana yang begitu cantik. Walaupun agak sukar untuk aku panjat batu-batu yang sedikit cenuram dan tajam, tapi memang berbaloi.

Batu menghala ke arah lautan itu, tak ada orang. Cuma ada aku dan Danny untuk melihat matahari pagi. Memang cantik, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana tenang. Aman damai yang aku suka.

"Mana kau tau ada tempat macam ni?" Soalku pada Danny, masih lagi kagum dengan pemandangan. Danny duduk di atas batu, dia kemudian menanggalkan baju sweater dan dijadikan lapik untuk aku duduk.
"Duduk sini," katanya meletakkan sweater sebagai lapik untuk aku duduk.

"Tak yah weh," kataku menolak. Aku kembali melipat baju sweater dan diberikan pada Danny. Dia cuma pakai baju t-shirt hitam sahaja. Baju hoodie ungu tua aku terang, tebal dan okey sahaja untuk aku duduk atas batu.
"Tak!!! You duduk atas lapik," arahnya. Dia menghampar kembali baju dan duduk berpeluk lutut. Serba salah, aku akhirnya turut sahaja kata Danny.

Dia kemudian membuka plastik roti bakar. Melihat Danny lapar, aku segera tuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Ni sebenarnya tempat rahsia Ryan," katanya. Aku duduk tahan diri daripada senyum. Aku pandang ke arah matahari yang berada di ufuk timur.

Aku menggigit hujung roti bakar sambil memandang matahari yang bakal naik. Dah nama pun keluar awal pagi, memang muka sememeh tak pakai gincu lah kan! Aku makan roti sambil memandang ke arah sinaran matahari.

"Cantik," ujarku sepatah.

"Hm, cantik...." balas Danny. Aku jeling Danny. Dia memeluk lutut sambil memandang aku yang sedang makan roti. Dia tersengih apabila mataku terpandang anak matanya.
"Tengok apa!" Gerutuku lalu menolak kepalanya agar memandang cahaya matahari. Wajahku panas, rasa segan pula dia menatap muka tak pakai make-up!

Danny sengih kemudian makan roti dan minum kopi sambil memandang ke arah matahari naik. Kami tak bercakap sangat, cuma menikmati sahaja pemandangan indah.

***

Rozy bangun dari tidur. Namun, dia tak nampak Stella di katil. Segera dia bangun dan memanggil nama Stella. Fiq, Dia dan Stella tidur di Tingkat 2, manakala Ryan, Danny dan Yell tidur di Tingkat 3. Rozy bangun cepat-cepat mengejut Fiq.

Fiq yang masih mamai hanya ikut Rozy dan terus ke ruang tamu.
"Apahal ni woi!" Marah Fiq. Dia semalam tidur paling lewat kerana ada kerja.
"Stella hilanggg!!!" Kata Rozy cemas. Dia hampir mahu menangis. Dia memandang ke ruang tamu, mungkin perlu cakap dengan Yell.

Saat itu, pintu besar terbuka. Kelihatan Danny dan Yell baru pulang dari luar.
"Yell!" Dari Tingkat 2 Rozy menjerit. Yell terkejut mendongak ke arahnya. Pantas Yell dan Danny memanjat tangga cuba membantu apa yang patut. Mana tahu...ada sesuatu yang menyebabkan Rozy cemas.

"Stella hilang!" Kata Rozy. Wajah Yell berubah cemas.
"Semalam dia tak balik bilik!" Kata Rozy. Yell cuba menenangkan Rozy.

"Kena bagitau Ryan," ujar Yell. Rozy sepantas kilat berlari ke Tingkat 3. Belum sempat Fiq dan Danny menghalang Rozy lebih pantas. Fiq segera berlari menarik Rozy, namun gadis itu lebih laju merisaukan rakannya.
Yell turut mahu naik ke Tingkat 3, memberitahu Ryan tentang kehilangan Stella. Namun, Danny lebih pantas menghalang.

"Stella hilang. Jom bagitau Ryan," ujarnya polos. Danny tercengang, tak tahu cara yang terbaik untuk jelaskan pada Yell yang kelihatan polos tak bersalah.

"Apahal bising ni?" Soal Stella keluar dari bilik Ryan. Rozy garu kepala malu sendiri sambil tersengih. Fiq dah kerutkan dahi. Ryan keluar dari belakang Stella, masih memakai baju yang sama.

Yell memandang ke arah Stella dan Ryan ternganga kecil sebelum tunduk.

***

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now