"That's...hmmm," Ryan mendengus mendengar luahan aku. Aku tunduk. Rasa bersalah menghantui diri. Aku ketap bibir, sambil memandang kuku.
Dengan Ryan, aku boleh cerita pasal Vlin.
Tempoh hari, Ryan dah warning aku pasal Vlin. Tapi, aku degil. Aku pun dalam dilema. Nak tak nak, Vlin masih sahaja keluarga aku."You wanna cry?" Soalnya. Aku ketap bibir lagi kuat, memang aku cepat menangis tapi kadang-kadang kena tahan juga.
Ryan bangun dan tutup tirai pejabatnya. Dia kemudian bersandar di meja. Sejurus masuk tadi, aku beritahu Ryan yang aku nak cakap dengannya pasal Vlin. Terus dia letakkan kerja di sebelah dan dengarkan aku. Ryan berpeluk tubuh.
Dia pandang aku tanpa perasaan.
"I closed the tirai. You wanna cry?" Soal Ryan sekali lagi. Aku mula menyeka air mata yang keluar perlahan.
"You want me to go out or stay?" Soalnya. Aku tak jawab.
"What if Danny know this?" Soalku.
"What will he do?" Soalku.Ryan geleng kepala. Barangkali dia pun tak boleh nak agak apa yang akan terjadi. Aku kemudian mendengus perlahan.
"I hate this!" Marahku dan menekup muka. Aku mulai menangis.Bencilah aku dengan Vlin. Cukup lah aku sorang masuk dalam keluarga tu! Dia tak payahlah nak kacau Steve Chia. Aku janji, aku sendiri akan cari kebenaran tentang pak cik Daston. Apalah sangat misterinya! Aku pun tak faham. Kami cuma jumpa secebis kertas di atas kapal layar tempoh hari, namun itu tak cukup untuk membangkitkan dakwaan atau membuktikan apa-apa. Vlin seorang peguam, dia jauh lebih arif selok belok jenayah berbanding aku.
Aku rasa tangan Ryan menyentuh lengan aku. Dia pandang aku. Aku menatap wajah Ryan.
"If Danny know about this, I'll help you talk to him okay?" Soalnya.
"Promise!" Soalku. Ryan pandang aku dengan mata yang cukup kuyu dan lembut. Dia tersenyum sebelum angguk kepala.***
Sewaktu menunggu giliran syuting; Stella termenung seketika.
Jadi, Mak Cik Vlin yang sombong dan berlagak itu merupakan perempuan simpanan kepada Steve Chia. Dan, dari gaya Yellena, gadis itu tahu akan hal itu.
Yell tahu, dan masih berani bercinta dengan Danny!
Stella masih ingat pertama kali dia bersua muka dengan Mak Cik Vlin. Kali itu, Yellena baru pindah ke rumah sewa mereka. Mak Cik Vlin langsung tak tegur Stella sebaliknya hanya memandang sinis sahaja.
Ketika itu, Stella masih lagi pelakon yang baru masuk dalam industri.Dia melihat Stella dengan ekor mata sahaja, sebaliknya membantu Yellena pindah rumah. Dari pandang Stella, Mak Cik Vlin tentu sayang sangat dengan Yell. Begitu juga Yell.
Jadi, logik sahaja kalau Yell rahsiakan perihal Mak Cik Vlin merupakan skandal Steve Chia.Hipokrit.
Dia tak sangka Yell seorang yang hipokrit.
Orang hipokrit yang berjaya tawan hati Danny Chia, crush pertamanya. Si hipokrit yang turut mendapat perhatian Ryan Chia; bahkan menjadi orang kepercayaan Ryan Chia.Stella ketap gigi. Dia terasa dipermainkan oleh Yellena.
Bahkan, Yellena cukup pintar untuk mainkan Danny juga.***
Ryan menjeling Yell yang termenung di seat sebelah. Petang itu, dia sengaja ajak Yell balik sekali. Melihat mood rakan baiknya seperti roller coaster pada hari itu membuatkan Ryan sebagai kawan terasa nak cuba naikkan semangat Yellena.
Dia faham perasaan berbelah bahagi yang dihadapi Yellena. Perasaan yang dia pernah rasa satu ketika dahulu, waktu dia masih kecil. Ryan memandang jalan raya, melihat Yell hanya mematung di kerusi penumpang. Barangkali Yell terus setuju naik kereta dengannya disebabkan dia penat dengan melayan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...