57

11 2 0
                                        

Persahabatan yang berteraskan kepercayaan akhirnya terlerai begitu sahaja. Aku tak sangka pengakhiran kisah persahabatan aku dengan Team A mahupun Ryan akan berakhir hinggakan masing-masing bawa diri masing-masing. Tak hairan, di Tahun akhir banyak perkara yang perlu diselesaikan.  Final Year Project, ada yang kena internship dan sebagainya.

Tahun terakhir aku di universiti sunyi tanpa Stella. Tapi, sejak dia berhenti belajar sewaktu kami tahun 3 lagi, aku dah mula biasakan diri. Stella, kini salah seorang model yang meningkat naik. Tak silap aku, dia juga pernah dapat job berlakon dalam salah sebuah drama televisyen. Tapi bukan watak utamalah. Watak pembantu yang tak ada dialog.

Tamat sahaja proses serah jawatan dalam persatuan pelajar, aku dan Ryan jarang sekali berjumpa. Bahkan di kafe pun aku tak nampak dia. Aku cuma tahu pasal perkembangan Ryan melalui cerita-cerita Danny dan Stella selaku orang terdekat dengannya.

Rozy dan Fiq memang menjauhkan diri dari Ryan. Sejak Fiq dah tak lepak dengan Ryan atau Jean, dia hanya ikut Rozy dan fokus dengan belajar dan kelas. Setakat ini dia sedikit sibuk kerana mencari tempat untuk internship.
Dengar kata, Ryan tak perlu internship kerana dia akan sambung belajar di luar negara. Aku pun tak pasti.

Tapi, dia bukan macam kami.

Jean pula langkah kerjayanya seakan-akan bertambah senang dan sempurna sebaik sahaja kami menandatangani surat jualan dengan Kingsoft. Belum sampai tempoh internship lagi, mereka sudah tawarkan kepada Jean untuk menjadi engineer game VR yang akan mereka lancarkan pada masa depan. Sejujurnya, aku senang hati apabila kerjaya Jean mudah begitu. Maklumlah, dia orang susah. Adik-adik masih kecil dan memerlukan biaya pendidikan.
Teringat pula sesi curhat di kedai serbaneka tempoh hari.

Aku pula? Macam biasa. Sibuk dengan FYP, tapi dah habis, tunggu viva dan pembentangan kemudian aku boleh cari kerja. Buat masa ni, aku ikut Danny jadi fotografer untuk pre-wedding. Danny cakap mahu buka studio sendiri, jadi dia perlukan wang. Dah la siap suruh aku bawa jubah konvokesyen lagi. Taktahu kenapa dia suruh aku bawa. Aku pun pergilah beli jubah konvokesyen dekat laman web barang 2nd hand. Satu untuk aku, satu untuk Danny.

Walaupun dia pernah berlagak yang dia tak ambil gambar potret manusia, tapi kalau ada kerja yang senior dia bagi, dia tetap ambil.
Aku pegang alat pelantun cahaya itu. Kata Danny, itu untuk menaikkan seni dalam gambar.

Entah. Aku tak faham. Aku hanya buat apa yang forografer suruh sambil melayang memikirkan benda lain. Pre-wedding klien Danny yang diadakan di taman tasik itu tak begitu menarik. Tapi, aku datang juga disebabkan Danny tunggu aku depan hostel.

"Good job! We continue after break!" Kata Danny. Pasangan pengantin itu kemudian duduk berteduh. Danny datang pada aku.
Tak sangka, buat kerja pencahayaan pun boleh berpeluh-peluh macam ni.
Danny mengambil tisu dari dalam kocek. Dia lapkan peluh di dahi aku.

"Jom duduk sana, sini panas," katanya lalu menarik aku ke kawasan rehat. Aku duduk di kerusi sementara Danny menghulurkan aku minuman sejuk. Sebaik sahaja air ais itu lalu ditekak, aku rasa segar. Bukan Danny seorang sahaja yang ambil gambar. Ada seorang videografer dan pengarah content turut ada untuk buat video pre-wedding.

"Lepas ni kita kena ambil gambar lagi ke?" Soalku. Danny menghulurkan box makanan dan chopstik pada aku. Elok jugak senior Danny bagi job dekat kami, siap ada makanan lagi. Aku buka lunchbox yang berisi nasi, sayur goreng dan ayam kukus itu. Tak adalah menyelerakan tapi sedap sebab aku lapar.
"Lepas ni kita dah boleh balik. Sesi petang videografer punya sesi. Kita ambil gambar je," kata Danny. Aku angguk.
Tak kisah. Lagipun hari ni hari cuti.

"Lepas ni, I nak ambil gambar you," kata Danny.
Aku pandang Danny.
"Bukan kau cakap kau cuma ambil gambar pemandangan dan orang yang bagi kau duit je ke? Aku tak da duit," balasku selamba. Danny keluarkan jubah second hand yang aku beli.
"Kita nak ambil gambar kita as model untuk my studio," katanya. Aku angkat kening.

Dahlah hari ni aku tak pakai make up.

"Hari ni aku tak pakai make up," kataku. Aku cuma pakai tinted lipbalm dan sedikit stik foundation sahaja. Memang tak yakin nak bergambar. Ya lah! Awalnya aku datang sini sebab nak jadi pembantu fotografer kan! Bukannya aku nak masuk dalam foto!
"Tak apa. You look pretty already," dia meyakinkan aku.

Aku garu kepala . Mengimbau kembali kepada lamaran percintaan Danny waktu kami di Tahun 3. Suasana jadi tegang waktu itu. Soalan Danny tidak aku jawab, sebaliknya berfikir.

"Aku tak ready lagi," jawapan aku pada soalan "will you date me," yang dikemukakan oleh Danny. Danny kelihatan tenang dan ketawa sahaja, macam main-main pun ada. Dia angguk sahaja dengan jawapan aku.
"Sorry," jawabku. Aku ketap bibir.

Aku dah agak Danny suka aku! Tapi, antara aku dan Danny....
Banyak sebab kami tak boleh bersama.

"May I know your reasons?" Soalnya membuatkan aku gugup. Aku telan air liur. Takkanlah aku selamba nak cakap yang aku ada seorang makcik yang nak hancurkan keluarga dia. Jadi, aku beri alasan yang mahu belajar dan kerja dahulu.

***

Stella membaling bantal kusyen ke dinding. Ryan tersentak hebat. Punca pergaduhan mereka adalah disebabkan Ryan terlupa balas mesej Stella semalam.

Petang itu, dia telefon Stella berkali-kali namun tidak di angkat. Sehingga dia sampai di rumah sewa Stella. Dia ada kunci, sebaik sahaja Ryan masuk Stella terus membaling kusyen merah itu ke arah Ryan.

"You pergi mana semalam I call tak jawab?" Soal Stella.
"I tak pergi mana. I penat sangat, I terus tidur," jawab Ryan lancar.

"Penat? Apa yang you buat sampai penat?" Soal Stella garang. Saat ini, Ryan tahu. Walau apa sekalipun alasannya, dia tak dapat menenangkan hati Stella.
"I minta maaf," Ryan mengalah. Dia tak mahu Stella terus marah.

"You ada perempuan lain eh?" Soal Stella memandang tepat ke arah Ryan. Ryan cepat geleng kepala. Tak pernah terlintas di benak fikirannya untuk menduakan Stella.

Kebelakangan ini mereka asyik bertengkar. Kadang Ryan pun tak faham dengan mood Stella. Kalau datang angin cemburu buta, boleh diserangnya Ryan bertubi-tubi. Pantang dia lambat angkat call atau balas mesej, dituduhnya ada perempuan lain.

"Mana ada macam tu sayang," nafi Ryan.

"Tak! You tipu!" Stella masih serkap jarang. Ryan ternganga. Dia pun tak tahulah macam mana dia nak jelaskan dengan Stella. Selalu sangat tuduh dia bukan-bukan.

"Babe...jangan macam ni okay," pujuk Ryan. Stella masih muncung tak puas hati. Ryan dah mula garu kepala tak tahu nak buat apa. Muka tak puas hati Stella masih tak berubah. Ryan duduk bertenang. Hal kecik je kot, merungut macam mak nenek! Tak campur dengan tuduhan tak berasas lagi. Ryan jeling Stella yang masih tak puas hati.

"Jom, I teman you shopping," kata Ryan. Wajah Stella sedikit berubah. Dia angkat kening sambil mencuri jeling Ryan.
"Okay then," kata Stella.
"Tapi jangan ingat shopping dah cukup untuk pujuk i," tambah Stella.

Ryan angguk. Dia kenal sangat dengan Stella. Stella sentiasa akan gembira kalau mereka shopping atau ke pusat beli belah! Sebut sahaja shopping, mesti dah tak merajuk lagi.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang