"How about Stella?" Ryan mencadangkan nama Stella ketika mesyuarat pemilihan wajah Shopa. Aku diam, memandang ke arah fail dan material di tangan. Sempena jualan 8.8 kami memerlukan seorang pempengaruh media sosial untuk menjadi wakil kami di mata media.
Aku pandang Abraham.
Nicholas dan Ben tak nampak terkejut. Barangkali sudah menjangka akan keputusan Ryan. Walaupun tak ramai tahu, tapi kebanyakkan pekerja tahu bahawa Ryan Chia sedang bercinta dengan Stella.
Stella memang ada jumlah pengikut yang ramai. Bahkan kes dia dan Kwan Yul tempoh hari sedikit sebanyak membantu menaikkan nama Stella di mata netizen. Bahkan, Stella juga ada pengalaman untuk menjadi jurucakap produk rambut, jadi dia antara orang yang sesuai untuk menjadi jurucakap Shopa. Selain ada muka yang cantik, Stella juga berbakat untuk tarik pelanggan.
Aku ambil fail yang aku dan Abraham usahakan.
Mesyuarat ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi melibatkan beberapa orang lagi yang ada saham kecil. Mesyuarat kami tidak dihadiri oleh Tang Foundation, major shareholder kami, katanya mereka tak mahu campur tangan hal ehwal pengurusan dan penyelidikan syarikat.Stella memang sesuai untuk jadi model. Tambahan lagi, dia teman wanita Ryan, jika dia jadi jurucakap, hal ini akan menjadi buah mulut netizen sekaligus meningkatkan pengetahuan umum tentang Shopa. Secara tak langsung, ia sangat memberi manfaat untuk cheap marketing kami. Untung! Orang gosip pasal Ryan dan Stella, sekali boleh selit dengan promosi Shopa pada media.
Walaupun cheap marketing, tapi masih lagi marketing kan?!Tapi, aku dan Abraham ada proposal lain.
Kwan Yul.
Pelakon kanak-kanak yang menjadi bualan hangat netizen. Kini sudah meningkat dewasa. Abraham jeling aku, suruh aku yang bentangkan pada mesyurat.
"Pres..." aku panggil Ryan. Ryan pandang aku.
"How about Kwan Yul?" Soalku menghulurkan proposal aku dan Abraham pada mereka yang hadir mesyuarat. Aku lihat wajah Ryan tak berubah, dia ambil sahaja fail yang aku beri.
"Bukan aku nak cakap Stella tak sesuai jadi model kita...tapi," aku menunjukkan ke arah ppt yang aku dah sediakan.
Beberapa keping foto Kwan Yul menggunakan barang-barang tempatan ditayangkan di slaid. Kwan Yul secara tak sengaja membuat hantaran sedang menggayakan barang-barang tempatan. Aku yakin, itu bukan sponsor ataupun apa-apa memandangkan barang yang dipakai ialah produk lokal.Berbanding Stella, imej Kwan Yul lebih sesuai untuk menggambarkan menyokong produk lokal.
Kwan Yul ada imej pelakon kanak-kanak, yang di mana sejak dari kecil kami lihat dia membesar di kaca televisyen. Pengikutnya ada di kalangan orang dewasa tua mahupun remaja. Kwan Yul juga merupakan seorang yang menggunakan produk tempatan. Buktinya, banyak gambar yang dia upload ada jejak penggunaan produk tempatan. Platform Shopa juga khas untuk barang-barang SME dan tempatan.
Pokok pangkal, Kwan Yul artis yang paling sesuai dengan tema beli-belah Shopa."Kau nak cakap Stella tak sesuai?" Soalan Ryan mendatangkan implikasi berat kepada mesyuarat itu. Aku jeling wajah Abraham, jelas tak selesa. Nicholas dan Ben pandang aku dan Ryan silih ganti. Aku tak pasti ayat Ryan dalam bentuk perlian atau penyataan, ataupun dia nak tegaskan yang dia nak pilih makwe dia untuk jadi jurucakap Shopa.
"Aku nak cakap, Kwan Yul lagi sesuai," tegasku.
Diam. Tak pernah mesyuarat kami rasa mendebarkan begini. Ryan pandang proposal yang aku dan Abraham siapkan.
"Okay, kita tunda meeting kita," putusnya. Nicholas, Ben, Abraham dan aku tak berganjak dari tempat duduk. Ahli lembaga pengarah yang sekadar hadir untuk buat syarat terus bangun memberi hormat. Aku masih lagi duduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...