89

12 2 0
                                        

Where we started - thomas rhett

Usai mengait skarf untuk Danny, aku mengeliat. Sebenarnya, tak siap lagipun. Skaf itu sebagai hadiah aku untuknya. Katanya keadaan malam di Afrika sejuk kerana sana tak banyak awan. Lagipun, tempat yang Danny nak pergi bukannya bandar, sebaliknya perkampungan orang susah. Jadi, sebagai persediaan, dia kena ada skaf.

Bukan aku tak nak belikan skaf. Tapi, aku nak uji kemampuan mengait aku.

Tak. Sebenarnya, aku nak buat sesuatu untuk Danny. Jadi, aku kait skaf dengan menggunakan lapan buku benang warna merah. Satu, sebab aku tengok drama skaf warna merah nampak cantik.

Jadi, aku buat satu untuk Danny. Aku tak pasti sama ada dia akan suka atau tidak, kalau dia tak suka aku ambil balik. Apa susah.

Telefon aku berdering.

Panggilan Ryan malam itu sedikit mengejutkan. Tak pernah dia telefon aku diluar waktu pejabat. Terutamanya pada waktu malam. Apa angin Ryan telefon aku malam-malam macam ni?

"Yell..." panggilnya. Kedengaran sedih dan berat.

"Apahal?" Soalku. Sumpah! Pelik betul Ryan menelefon aku. Dia diam, tidak menjawab aku.

"Kau tengah buat apa?" Soalnya setelah lama berdiam.

"Baring atas katil," jawabku menipu. Takkanlah aku nak cakap, aku tengah kait skaf dekat teman lelaki aku. Apa kau nak!? Takkan aku nak jujur dengan Ryan kan? Macam mana sekalipun, dia tetap majikan aku.

Aku mendengus. Sejak siang tadi perang dingin dalam bilik mesyuarat, aku dan Ryan tak bertegur sapa. Entah kenapa jadi begitu. Memanglah Ryan Presiden kami, tapi perbalahan dalam bilik mesyuarat tadi menjejaskan mood kami semua.

Terutamanya aku dan Nicholas. Gaya mereka bertiga cakap, macam kami lupa daratan, tak ingat bantuan peniaga kecil yang sama naik dengan kami di awal penubuhan Shopa dan Good System.

"Aku pun tengah baring," katanya.

Aku berkerut. Kau tengah baring pun nak cakap dengan aku ke? Aduh!

"Okay," balasku kekok.

"Okay. Aku jujur lah senang. Nick dengan kau okey ke?" Soalnya. Soalan ini patut dia tanya sewaktu kami di pejabat. Siang tadi mungkin tak sesuai, esok mungkin terlambat. Tapi Ryan pilih tanya waktu sekarang kenapa?

"Aku tak boleh tidur fikir kau dengan Nicholas," jujur jawabnya, macam ada telepati dengan aku.

Aku tarik nafas panjang.

"Nick dengan aku okey," jawabku.
"Ryan, aku dengan Nick doesn't mean bad to the company so you know," ujarku terus terang. Aku dan Nicholas dah boleh menerima keputusan Ryan. Nicholas sejak keluar pejabat tadi dia dah cakap dengan aku agar jangan panjangkan hal.

"Benda ofis stay kat ofis," kata-kata Nicholas terngiang di telinga.

"Pres. You don't have to worry. Aku dengan Nick serius cool je," ujarku. Dia kedengaran lega.

"Glad to hear it...I know you guys mean well," katanya. Aku angguk.

"Yell..." dia panggil aku lagi. Aduh! Ryan ni...dia tak boleh tidur dia nak sembang dengan aku pulak. Aku sibuk ni! Skaf Danny tak habis kait lagi. Aku nak buat sulaman nama pulak. Tak tahu ke minggu ni Danny dah nak bertolak, sempat ke ni...
Tidur lah Ryan...jangan kacau aku!
Eh! Mana makwe kau...kau telefon lah makwe engkau..

"Lately ni aku perasan kita tak sefahaman," katanya. Aku letakkan skaf di atas meja, kemudian aku memandang pemandangan dari tingkap bilik.
"Wasn't we always like that?" Soalku. Ryan ketawa kecil.
"Tak tahu," jawabnya. Aku pula ketawa kecil.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang